7 Mei 2015

Jom teka umur anda??!!




Assalamualaikum dan salam sejahtera

Inilah aplikasi web yang angah cerita dalam entri sebelum ini. Apa yang angah pasti , ianya bukanlah tepat kerana ianya menggunakan algorithms. Jadi , sememangnya untuk mendapatkan umur yang tepat dengan nombor umur anda yang sebanar adalah sangat sukar.



Dalam gambar angah yang pertama diatas , ianya salah!! Sebenarnya kedua orang dalam gambar pertama berusia sebaya. Dalam gambar kedua , ianya hampir tepat , tetapi angah tak semuda itu, dan kakak angah tak setua itu.


Manakala di gambar terakhir iaitu gambar adik beradik pula ,rasanya ada banyak sangat salah dalam aplikasi web itu meneka umur. Bagaimanakah adik bongsu boleh menjadi paling tua?

Sekian.

Anda nak check umur anda? Klik :- http://how-old.net/

Read more ...

Apa itu Algorithms How-old.net ?!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Algorithms How-old.net

Muncul satu lagi aplikasi yang sedang hangat diperkatakan. Boleh dilihat di ruangan laman facebook mahupun laman sosial yang lain , ada gambar yang memaparkan umur seseorang hanya melalui wajah sahaja. Apakah aplikasi itu? Jom lihat penerangan di bawah.
Salah satu alasan yang biasa dipersalahkan jika hubungan cinta itu putus di tengah jalan, umur pasangan terlalu tua ataupun muda. Berita baik untuk anda di luar sana, anda kini boleh mengetahui umur sesiapa sahaja tanpa perlu bercakap dengan si dia. Sekaligus mengelakkan harapan berputik di hati.
Perkenalkan How-Old.net – prototype dihasilkan oleh Microsoft yang mampu menghabiskan masa rehat lelaki sihat menjadi aktiviti mengambil gambar gadis-gadis idaman di pejabat. Hanya berbekalkan gambar dan algorithms khas, laman web ini mampu meneka umur sesiapa sahaja dengan ‘tepat’.
Algorithms How-old.net dikatakan akan digunakan untuk Window 10 nanti, membolehkan log-in menggunakan wajah lebih selamat dan tepat. Secara ringkas, proses meneka bermula dengan melihat jantina dan umur > menghasilkan real-time data dari proses pertama > menghasilkan real-time insight berbekalkan proses pertama dan kedua.
Anda boleh cuba bermain dengan Microsoft di sini.

Sumber : Vocket
Read more ...

7 Gambar Istiadat Diraja Pertabalan Sultan Perak


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sumber : Perak Today


Istiadat Tabal Adat bagi pertabalan Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Shah berlangsung di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini semalam dalam suasana penuh tradisi dan adat resam Kesultanan Melayu Perak.     
Istiadat Tabal Adat yang menandakan kesinambungan teraju pemerintahan Perak itu bermula dengan para jejawat yang membawa masuk masing-masing 16 lembing dan payung kerajaan mengambil tempat di kiri kanan Balairung Seri.   
 Paluan nobat yang memainkan lagu 'Raja Berangkat' serentak mengiringi keberangkatan tiba Sultan Perak dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim yang masing-masing lengkap berpakaian songket kuning diraja.
    







Daulat Tuanku !
Daulat Tuanku !
Daulat Tuanku !

Read more ...