8 Mei 2015

Kenangan 1 : PERWIRAfm



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini , angah terpanggil untuk menceritakan suatu kenangan terindah. Suatu perasaan yang angah tak dapat nak gambarkan hanya menggunakan kata-kata. Ianya merupakan satu impian menjadi kenyataan. Memang sangat seronok dan istimewa.
Gambar di atas menunjukkan  ketika angah bersama pasukan Wind Orchestra UiTM. Ianya merupakan suatu pengalaman yang istimewa kerana sebelum ini , kali terakhir angah main wind orchestra hanyalah ketika di sekolah menengah. 
 Smemangnya wind orchestra merupakan penyebab utama angah masuk ke dalam bidang muzik. Walaupun ianya dikatakan bidang yang negatif ,persetankan semua anggapan orang lain. Yang penting angah suka dengan apa yang angah lakukan.
 Di dalam konsert ini juga , angah merasai pengalaman baru , kerana angah bermain instrument yang baru iaitu Bass Clarinet. Alhamdulillah. Semuanya jadi nyata. Untuk pengetahuan semua , itu adalah gambar ketika tahun 2014. Angah pernah menceritakannya di dalam entry  Perwira Debut Konsert.
Apa-apa pun ianya merupakan pengalaman yang tak boleh dilupakan. Terima kasih semua.

Read more ...

Cinta yang sejati lahir dari hati yang tulus.



(Gambar Hiasan)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Cinta merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya, perasaan kasih sayang, tarikan, asas kemesraan dan keserasian antara pesorangan, rela berkorban untuk orang lain, perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain.Ia dapat ditunjukkan melalui perasaan, emosi, kelakuan, pemikiran, persepsi dan sikap. Ia mempengaruhi, mendasari dan menetukan pola utama hubungan antara perorangan dan pengenalan diri. 
 
Beberapa bahasa, termasuk bahasa Melayu apabila dibandingkan dengan beberapa bahasa mutakhir di Eropah, terlihat lebih banyak kosa katanya dalam mengungkapkan konsep ini. Antaranya ialah kasih, sayang, rindu, dan berahi.  
 
Cinta jarak jauh merupakan situasi di mana sepasang kekasih(yang halal)berjauhan di antara satu sama lain.Manusia sering menginginkan cinta.Dalam cinta ada suatu ketulusan perasaan yang membuatkan manusia yang merasainya gembira, sedih, rasa keyakinan, rasa dimiliki, dan sebagainya.

Cinta yang pertama ialah mencintai Allah dan RasulNya,lebih dari kita mencintai orang lain.Kedua adalah mencintai makhluk Allah,dan di sini bermula pecahan-pecahan cinta.

Dalam cinta biasanya tersimpan seribu macam perasaan yang amat sukar digambarkan. bermula dengan rasa suka, hati berdetak, mulut tersenyum tanpa bicara, muka bertambah seri, dan akhirnya cinta itu menjadi milik kita. Amat mudah untuk melafazkan cinta, tetapi amat mudah juga melupakan cinta. Cinta yang sejati lahir dari hati yang tulus.

Sekian. 

Read more ...