10 Mei 2015

Selamat Hari Ibu , Mak!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Tidak ada sutera yang begitu lembut seperti belaian seorang ibu,Tidak ada tempat yang paling nyaman selain pangkuan seorang ibu,Tak ada bunga yang lebih cantik selain senyummu,Tak ada jalan yang begitu berbunga-bunga seperti yang dicetak dengan langkah kakimu. 
Kau adalah alasan kenapa aku ada.
Keajaiban dalam hidup, adalah terlahir dari rahimmu.Seorang wanita yang telah memberi kami cinta dan pengorbanan.
Aku Ingin mengambil satu kesempatan di hari ini, untuk mengucapkan terima kasih atas semua yang telah kau lakukan untuk hidupku... 

Terima Kasih Ibu.. Love You!!! 

"Ingat jangan pernah mimpikan syurga ,tanpa taat kpd kedua ibu bapa"Nasihat  guru seolah-olah terbang dan menghinggap dikepala ku..Tertunduk malu, kesal dan sebak-terbayang wajah seorang tua yg pernah bersusah payah membesarkan aku, pernah suara ini meninggi, pernah hati ini rasa sakit hati yg mendalam.. 
Maafkan aku.
*selamat hari ibu, semoga hubungan ini berkekalan dunia dan akhirat.. :(

Read more ...

Ini bukan foto gempa bumi di Nepal!

Assalamualaikum dan salam sejahtera





Foto oleh Na Son Nguyen yang diambil pada 2007.


SALAH satu foto viral yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki memeluk seorang kanak-kanak perempuan dikatakan disalah tafsir sebagai mangsa gempa bumi Nepal dan mangsa peperangan di Syria.
Menurut BBC, foto tersebut paling banyak dikongsi di laman sosial Facebook dan Twitter.
Pelayar di laman media sosial meletakkan kapsyen 'anak yatim di Burma', 'mangsa peperangan di Syria' dan yang terbaru 'mangsa gempa bumi Nepal'.
Sebenarnya, gambar tersebut diambil hampir seabad lepas di utara Vietnam.
Jurugambar, Na Son Nguyen berkata, gambar tersebut diambil pada Oktober 2007.
"Gambar tersebut diambil di Can Ty, sebuah kampung di Ha Giang (Vietnam)," kata Nguyen.
"Saya sedang melewati kampung tersebut dan berhenti selepas ternampak kanak-kanak tersebut sedang bermain di hadapan rumah mereka.
"Kanak-kanak perempuan berkenaan, mungkin berumur dua tahun, menangis kerana kehadiran orang asing.
"Abangnya yang mungkin berumur tiga tahun atau lebih, memeluk adiknya untuk menenangkannya," jelas Nguyen apabila ditemuramah BBC.
"Keadaan tersebut sayu dan juga comel. Jadi saya ambil gambar," ujar Nguyen tersenyum.
Nguyen kemudian berkongsi gambar tersebut di blognya dan terkejut apabila gambar tersebut diguna secara meluas tiga tahun kemudian.
"Ada orang mereka cerita tentang kanak-kanak tersebut.
"Seperti ibu kanak-kanak tersebut telah tiada dan ayah mereka meninggalkan mereka," kata Nguyen.
Menurut Nguyen, 'salah guna' foto tersebut tidak berhenti setakat itu.
"Saya jumpa gambar tersebut dikatakan adalah mangsa perang di Syria," katanya lagi.
Nguyen berkata, beliau cuba menjelaskan berhubung situasi sebenar foto tersebut tetapi gagal.
"Saya rasa foto tersebut adalah foto saya yang paling banyak digunakan, malangnya untuk konteks yang salah," luah beliau.

Sumber : Sinar Harian 

Sememangnya gambar yang dimanipulasikan oleh sesetengah pihak sudah menjadi-jadi masa kini. Ada yang dimanipulasikan untuk kepentingan mereka sendiri. Ini merupakan perbuatan yang salah di sisi undang-undang.
Sekian 
Read more ...

Tutorial Block / Ban Notifikasi Game Di Facebook


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

game facebook , block


Sememangnya satu masalah bagi pengguna facebook untuk masa sekarang ialah apabila mendapat notifikasi games daripada rakan-rakan. Siapa lagi yang bermain game di facebook? Anda adalah tersangatlah ketinggalan , orang sekarang dah tak main game di facebook , tetapi menjadi keyboard warrior di ruangan page politik. *opss.
Haha , kadang-kadang angah sendiri rasa terganggu apabila melihat ada notifikasi yang tidak perlu , iaitu daripada aplikasi games. Jadi , untukmenyelesaikan masalah yang dianggap seperti masalah berat ini, angah telah menyediakan penyelesaian mudah untuk anda semua. 
Untuk block notification game dari facebook, ikuti 4 langkah mudah ini.

1. Pada paparan utama, klik pada sebelah kanan-atas, 
2. Satu list akan keluar kemudian klik pada 'Setting'.

Tutorial Block / Ban Notifikasi Game Di Facebook
3. Klik pada 'Blocking'

Tutorial Block / Ban Notifikasi Game Di Facebook


4. Scroll sedikit mouse anda sehingga jumpa 'block apps'. Masukkan perkataan awal nama game, satu list akan keluar dan pilih game yang anda hendak block. Senarai game anda boleh lihat di notification anda. Boleh masukkan seberapa banyak yang anda hendak blok.

Tutorial Block / Ban Notifikasi Game Di Facebook


5. Selasai dan anda kini akan lebih tenteram tanpa gangguan 'invite' untuk game dari rakan anda. :) Jika ada lagi game terbaru, ulang dari langkah 1-4 untuk sekali sahaja. :)

Contoh senarai game yang di'block'/sekat/ban.

Tutorial Block / Ban Notifikasi Game Di Facebook


Bagaimana ? Adakah berhasil? Angah harap anda semua berjaya mengikut tutorial ini satu-persatu , sememangnya gangguan notifikasi dari games ini membuatkan tidur kita tak lena, betul tak? Hehehe

Read more ...