11 Mei 2015

Penampilan Chong Wei bantu tewaskan Korea Selatan



Assalamualaikum dan salam sejahtera 



MALAYSIA mengejutkan juara tiga kali Korea Selatan 3-2 pada perlawanan pembukaan kumpulan 1D kejohanan Piala Sudirman 2015 di Dongguan, China malam tadi.

Mata pertama negara diperoleh menerusi pasangan beregu lelaki Goh V Shem/Tan Wee Kiong yang mengejutkan beregu nombor satu dunia Lee Yong Dae/Yoo Yeon Seong.

V Shem/Wee Kiong yang tewas set pertama 20-22 bangkit mempamerkan corak permainan luar biasa dan lebih agresif untuk menang set kedua 21-14.

Pada set penentuan, pasangan negara yang ketinggalan 17-19, mengejar lawan dan menyamakan kedudukan 20-20 sebelum kembali ketinggalan 24-25.

Namun kesilapan kecil yang dilakukan pasangan Korea Selatan memberi kemenangan dramatik kepada pasangan negara untuk menamatkan perlawanan 27-25.

Namun perjuangan skuad negara terbantut seketika apabila pemain perseorangan wanita Lim Yin Fun gagal menyekat kehebatan pemain Korea Selatan, Sung Ji Hyun pada perlawanan kedua.

Yin Fun yang berada di ranking ke-111 dunia terpaksa tunduk kepada pemain di ranking kelapan dengan 9-21 dan 7-21, sekali gus membolehkan Korea Selatan menyamakan kedudukan 1-1.

Bagaimanapun penampilan sulung bekas pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei selepas penggantungannya, ternyata tidak mengecewakan apabila beliau menyumbang mata kedua buat negara.

Chong Wei yang mendapat sorakan gamat daripada para penyokong ketika tampil di gelanggang mempamerkan corak permainan bertenaga dan membuktikan bahawa beliau masih berbisa dan bertenaga pada usia 33 tahun serta digantung lapan bulan.

Kemunculan yang dinanti-nanti ramai ternyata tidak menghampakan apabila Chong Wei yang kini di ranking ke-46 menundukkan Lee Dong Keun 21-12 dan 21-10.

Pasangan beregu wanita negara Vivian Hoo/Woon Khe Wei yang turun pada perlawanan keempat gagal menambah mata negara selepas tunduk kepada pasangan Chang Ye Na/Jung Kyung Eun.

Vivian/Khe Wei yang hampir menguasai set pertama bagaimanapun terpaksa akur dengan ketangkasan pasangan ke-12 dunia itu, satu ranking di bawah pasangan negara dengan 20-22 dan 9-21.

Namun beregu campuran negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying melengkapkan kemenangan Malaysia selepas menewaskan Kim Ha Na/Kong Sung Hyun 23-21 dan 21-13.

Skuad badminton negara akan berdepan India esok untuk  membuka peluang ke suku akhir.

Sementara itu Chong Wei berkata beliau amat berpuas hati dengan prestasinya dan gembira dengan semangat yang ditunjukkan skuad negara.

"Saya puas hati dengan prestasi saya walaupun tidak turun gelanggang sudah tujuh bulan, tapi masih dapat merasai suasana kejohanan. Ini permainan pertama, saya harap boleh main lebih bagus lagi.

"Beregu kita main bagus, dan mata pertama mereka jadikan saya lebih semangat," katanya menerusi rakaman temubual Astro Arena di Dongguan.

Dalam persaingan Kumpulan 1C pula, Denmark mencipta kemenangan pertama mereka selepas menundukkan pasukan England 4-1. - Bernama

Sumber : Sinar Harian
Read more ...

Check Prestasi Blog


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Hari ini , angah telah check prestasi blog. Saja , untuk angah ketahui bagaimana prestasi blog. Jadi , angah menggunakan aplikasi web daripada Website Speed Test. Sebenarnya ,ada banyak lagi aplikasi di laman web yang boleh anda cuba.

Pertama kali angah check . ianya agak bagus. Tetapi bila dilihat bali , masih banyak yang perlu diperbaiki. Setelah angah baiki  beberapa bahagian dalam blog , ianya berganjak hanya sedikit sahaja. Walau bagaimana pun , angah akan usahakan lagi agar blog ini menjadi bagus dari segi kelajuan.
Kenapa Kelajuan?
Sebab angah sendiri tak suka dengan blog yang loadingnya lembab , walaupun ada faktor lain loading blog lembab , contohnya internet sangat perlahan , tetapi kita sebagai pemilik blog hendaklah sentiasa upgradekan blog kita. Sentiasa check sama ada blog kita makin maju atau tidak.
Sekian



Read more ...

Tutorial Custom Widget Follower ( Google Friend Connect )


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Setiap blogger mempunyai citarasa tersendiri. Ada blogger yang suka menghias blognya sehingga menjadi begitu banyak widget menarik dan widget yang tidak perlu. Ada juga blogger yang tidak suka widget yang terlampau banyak. Seperti angah sendiri , angah suka bila blog angah tidak berserabut dengan widget-widget pelik.
Apa yang penting ialah bila pembaca rasa selesa ,jadi , angah telah membuat satu perubahan kecil iaitu pada widget Follower Google Friend Connect. Angah telah mengecilkan saiznya. Kalau sebelum ini , angah mncuba godek-godek kod dlm html tapi tak berjaya juga , alhamdulillah ,akhirnya berjaya juga.
Cara-caranya :-
1.  Pastikan anda ada meletak wdget Follower di blog anda. Copy kod di bawah ini , dan masukkan ke dalam Add Gadget / HTML/Javascript.

<script type="text/javascript" src="http://www.google.com/friendconnect/script/friendconnect.js"></script><div id="div-185zgcjgylt4r" style="width:260px; "></div><script type="text/javascript">var skin = {};skin['FACE_SIZE'] = '32';skin['HEIGHT'] = '100';skin['BORDER_COLOR'] = 'transparent';skin['ENDCAP_BG_COLOR'] = 'transparent';skin['ENDCAP_TEXT_COLOR'] = '#000000';skin['ENDCAP_LINK_COLOR'] = '#000000';skin['CONTENT_BG_COLOR'] = 'transparent';skin['CONTENT_LINK_COLOR'] = '#000000';skin['CONTENT_TEXT_COLOR'] = '#000000';skin['CONTENT_HEADLINE_COLOR'] = '#000000';skin['NUMBER_ROWS'] = '4';google.friendconnect.container.setParentUrl('/' /* location of rpc_relay.html and canvas.html */);google.friendconnect.container.renderMembersGadget( { id: 'div-185zgcjgylt4r',   site: '03512417411061533210'},  skin);</script>
2. Ubah perkataan yang bewarna merah dengan kod blog anda sendiri. Buka page source blog anda , kemudian cari kod ini :-


google.friendconnect.container.setParentUrl

Kod anda yang anda perlukan akan berada di bawah kod yang telah anda cari di atas.
3. Setelah anda menukar kod yang berwarna merah dengan kod blog anda , save dan lihat preview.
4. Anda boleh mengubah setting  yang berwarna biru mengikut kemahuan anda.
skin['FACE_SIZE'] = '32';skin['HEIGHT'] = '100';
skin['BORDER_COLOR'] = '
transparent';
skin['ENDCAP_BG_COLOR'] = '
transparent';
skin['ENDCAP_TEXT_COLOR'] = '#000000';
skin['ENDCAP_LINK_COLOR'] = '#000000';
skin['CONTENT_BG_COLOR'] = 'transparent';
skin['CONTENT_LINK_COLOR'] = '
#000000';
skin['CONTENT_TEXT_COLOR'] = '
#000000';
skin['CONTENT_HEADLINE_COLOR'] = '
#000000';
skin['NUMBER_ROWS'] = '4';
5. Sekarang , anda mempunyai dua widget follower. Jadi , anda boleh delete widget follower yang lama , dan gantikan dengan yang baru.
In shaa Allah , segala-galanya akan berhasil. Angah telah mencuba , dan berjaya , kalau angah dah berjaya , tentu anda juga akan berjaya! In shaa Allah. Bila widget Follower ini menjadi lebih kecil , angah dapat banyak juga ruang untuk widget-widget lain diletakkan 
 
 Sekian.
Read more ...