14 Mei 2015

Akhirnya , HATI PEREMPUAN dah habis!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Akhirnya , HATI PEREMPUAN dah habis!!

Akhirnya , HATI PEREMPUAN dah habis!!

Penangan sebuah drama tempatan , rasanya agak dahsyat! Boleh dikatakan semua orang berkata-kata tentang teruknya perangai perempuan dalam drama ini. Yang membingungkan ialah , walaupun ramai yang mengutuk, membenci, dan menghina tentang drama ini , mereka masih menonton drama Hati Perempuan.
Bersyukur kerana tiada seorang pun dalam keluarga angah yang berminat menonton cerita ini. Angah pun tak tau kenapa takda seorang pun yang suka drama ni dalam ahli keluarga angah. Yang angah boleh nampak , ialah JIRAN angah.
Angah lihat , apabila di waktu petang , ketika semua jiran- jiran bersembang di kawasan kejiranan , apabila tepat sahaja pukul 7 , mereka akan berpusu-pusu balik rumah semata-mata untuk melihat drama yang dibenci ramai ini. Tinggallah hanya ibu bapa angah sahaja.
Alhamdulillah , akhirnya drama yang begitu mendapat perhatian masyarakat yang inginkan kasih sayang telah tamat. Dan juga angah bernasib baik kerana menjadi salahs eorang daripada mereka yang tidak berminat dengan drama klise. 

Persoalannya :-

Apakah pengajaran yang dapat diterima dan juga dibelajar hasil menonton drama terbaik Malaysia ini? Mungkin , ianya emngajar kita untuk berada di rumah ketika waktu Maghrib? 
Sekian. 
Read more ...

Wajah Baru 2015


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Ini adalah wajah baru yang baru sahaja angah siapkan pada malam semalam. Jenuh untuk angah menukar warna yang sesuai. Kalau sebelum ini , blog ini dominan dengan warna merah , tetapi angah dah tukar. Sebab rasanya warna merah ,kadang kala buat angah sakit hati atau tetiba nak rasa marah.
Untuk wajah baru , ianya bukanlah edit secara keseluruhan. Hanya warna tema dan juga header saja yang telah berubah warna. Apa -apa pun angah suka dengan warna sekarang ni , nampak lebih moden. Apa pendapat anda?
Untuk header , angah hanya meletakkan nama blog dan juga gambar muka angah sahaja. Ianya simple tetapi cool. Hahaha. Apa -apa pun in shaa Allah , blog ini akan kekal sebegini sehingga akhir tahun. 
 Sekian.


Read more ...

Review Nota Purba | Fendi Rocka "Move on!"

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Anda mungkin sudah tahu apa itu EFG. EFG merupakan salah satu cara untuk mempromosikan blog melalui perkongsian feed link di blog yang terlibat. Setiap blog yang join secara langsung pautan feed blognya akan terpapar di blog lain mengikut jadual yang dipersetujui , ini dimaksudkan pertukaran yang membantu meningkatkan trafik blog secara sihat melalui ukhuwah blog/ blogwalking dan belajar teknik untuk meningkatkan prestasi blog ahli.
Bermula hari ini, setiap seorang ahli EFG ada direview. Dan insan pertama yang bertuah di review adalah blogger yang menetap di Selangor.
Di kenali dengan nama pena FR atau Fendi Rocka, pemilik blog yang misteri ini menggarapkan hasil tulisan yang berseni lantaran dari sifatnya yang menyerupai seorang anak seni yang mengacarakan rancangan Melodi di TV3 iaitu Awal Ashari.


Blog Nota Purba
Blog beliau "Nota Purba" pasti akan menjadi salah satu blog yang anda tidak lupa untuk singgah. Sebab apa? Yang tu anda kena pergi sendiri ke blog Fr. Satu entry sahaja sudah cukup untuk menjawab persoalan di atas.
Blog yang jauh dari gosip-gosip liar Nota Purba berkisar tentang apa yang terjadi kepada penulis itu sendiri di dalam kehidupan seharian
Jika di lihat dari mata kasarnya dan di baca dari nalurinya, pasti pembaca di luar dapat merasakan aura di sebalik pemilik blog Nota Purba yang penuh misteri.
Fr merupakan ahli EFG yang ke 24 daripada 41 orang ahli EFG. Walaupon EFG mempunyai ramai adik-beradik, Fr sangat disayangi dan disenangi oleh semua adik beradik EFG. Fr yang kuat mengusik itu mengeratkan hubungan kami semua bagaikan sebuah keluarga besar yang bahagia di alam maya.
Kata-kata kekuatan FR dalam hidup adalah "Move on!"
Fr seorang yang kelakar. Pasti semua terhibur bila ada fr. EFG dah menemuramah Fr secara maya dan jawapan bagi soalan di bawah ini dah boleh memberi clue siapakah Fr sebenarnya. Haha
What is chemistry in academic words (not less than 200 words)
"Chemistry adalah bila mata kita saling berpandangan, timbul buih-buih cinta, dan common sense mula keluar dari kepala, kat situ kimia jahat memainkan peranan. ulang 50 kali utk cukupkan 200words.", Fr.


Sekian. 
Read more ...