18 Mei 2015

Review : Kambing Perap Sos Ladahitam ZGNS


Kadang-kadang kita tak  tahu nak makan apa kan?Rasa macam menu sama jer hari-hari..Rasa macam dah cuba semua menu..Jemu...

Apa kata kita cuba menu western pulak. Sendiri masak punyer...puashati!!

Jom cari kambing perap sos ladahitam Zulls Grill N Spices (ZGNS), pastu korang bakar /grill dan hidanglah ikut citarasa korang.







Hidangan yang  mudah disediakan. Hanya perlu bakar sahaja. Daging telah siap diperap dengan sos ladahitam istimewa. Dressing sos juga disertakan bersama-sama setiap pack.
Harga berpatutan.  Hidangan sampingan korang boleh sediakan sendiri ikut citarasa masing-masing.

Kat mana nak cari?...Jom aku share lokasi dan reseller yg ada :





Agro Bazaar Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani. Lokasi belakang masjid.





BK Fishmart Bandar Kinrara Puchong. Berdepan dengan foodcourt.



Az Zain Rawang. Belakang Petronas Taman Bersatu.


Korang boleh juga menghubungi nombor2 berikut :



Bukit Mertajam/Sungai Petani 019 5250815
Melaka 017 6293482 (Nurul) / 017-6832142 (effa)Klang  017-3210336



Untuk kawasan-kawasan lain, boleh terus hubungi 012 3180912 / 013 3400912

TAWARAN JUGA DIBUKA KEPADA SESIAPA YANG INGIN MENJADI WAKIL JUALAN DI TEMPAT ANDA. HUBUNGI KAMI MELALUI WASAP/TELEGRAM/SMS UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Boleh layari mukabuku kami :

Zulls Grill N Spies

Read more ...

Wajah Anda Ketika Tua !

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Angah nak kongsikan dengan anda satu video yang menarik. Video yang memaparkan tentang wajah sepasang kasih di masa akan datang. Bagaimanakah wajah mereka ketika di saat mereka tua. Sebuah video yang menarik kerana ianya telah memberi satu perasaan yang tersendiri kepada mereka yang melihat video ini.



Jika kita boleh melihat wajah kita ketika tua , adakah kita masih lagi akan bersyukur? Adakah jika kita melihat pasangan kita di dalam keadaan tua , kita masih mencintainya? Sebuah video yang begitu menarik bagi angah sendiri.
Tetapi , sememangnya manusia tidak boleh mengubah ciptaan tuhan. Apa yang kita boleh lakukan hanyalah teruskan kehidupan. Untuk apa yang ditonjolkan di dalam video ini , bagi angah ianya satu nilai yang baik ditunjukkan. Bagaimana perasaan seseorang itu terhadap pasangan apabila umur telah berubah.

Anda bagaimana? 
 
Read more ...

Keputusan Final Exam Semester Keempat



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah, pada tanggal 15 Mei yang lalu , seluruh warga UiTM yang mengambil diploma dan juga asasi telah mendapat keputusan peperiksaan akhir bagi sesi semester yang lalu. Begitu juga dengan angah , angah merupakan pelajar diploma seni muzik. Jadi, angah juga mendapat keputusan untuk semester yang lalu.
Kisah Lalu :-



Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana keputusan yang angah harapkan akhirnya berjaya. Semester 4 yang semakin susah berbanding semester 3 , tetapi berjaya mendapat keputusan yang lebih baik. Untuk semester 4 ini , angah belajar 11 subjek. Alhamdulillah , angah masih berjaya mengekalkan keputusan DEAN LIST untuk kali ke 4 berturut-turut.

MUD 251 : Keyboard Skills II
MUD 252 : Fundamental Of Composition
MUD 254 : Conducting
MUF 250 : Principal Study IV
MUF 251 : Theory Music IV
MUF 252 : Aural Skills IV
MUF 253 : Diploma Forum IV
MUF 254 : Malaysian Music IV
MUF 255 : Performing Group IV
MUG 281 :  Songwriting
MUG 282 : Modern Harmony
 
 Angah nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu angah sepanjang semester ini. Ibu bapa , pensyarah , rakan-rakan , senior-senior , junior-junior dan semuanya. Alhamdulillah , berkat doa tak putus-putus daripada ibubapa , akhirnya angah berjaya untuk semester ini
In shaa Allah , selepas ini angah hanya mempunyai satu semester sahaja lagi untuk selesai membuat diploma di UiTM Shah Alam. Tak sabar bila melihat senior-senior semua dah bergraduasi. Selepas ini giliran angah pula. In shaa Allah.

Sekian. 
Read more ...