19 Mei 2015

Gempar!! Takut Kahwin Muda !??



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Jangan Takut Kahwin Muda!

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar.
Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?” Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin.
Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang.
Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani hubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi. Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian.
Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah. Simple bukan? Kenapa perlu pening? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas).
Perlu tidak? Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi. Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi.
Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang. “Seganlah. Nanti orang kata apa.” “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.” Hai, ni mentaliti Barat.


Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang. Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri.
Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama. Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya. Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.
Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan. Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia

Sumber : Kau Jodohku
Read more ...

Review Aku Penghibur | Role Model Sebenar !!



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Review ahli EFG yang seterusnya. Siapakah yang bertuah? kalau sebelum ini , Nota Purba telah direview , kali ini tibalah masa untuk blogger seterusnya direview. Seronok berada dalam EFG kerana setiap ahli sangat sporting.

"Aku penghibur? Apa yang nak di hiburkan? Macam mana nak menghiburkan?"

Ya, itulah persoalan jika kita lihat di sebalik domain akupenghibur.com. Unik dan versetail. Mungkin juga, bila melihat nama domain ini, tanggapan pertama kita ialah ialah sebuah web yang berasaskan hiburan. Tapi hiburan apa yang cuba di sampaikan?
Aku Penghibur bukanlah sebuah nama yang asing dalam dunia Blogging. Nama yang tercipta hasil dari kata-kata Datuk Aznil Hj Nawawi yang mengatakan "awak boleh jadi penghibur yang baik". Disebalik kejayaan dalam dunia Blogging achik sebenarnya ia adalah dari doa seorang mak dan keluarga yang tiada henti, sokongan dari kawan-kawan reality dan maya serta pembaca di Blog. Achik juga seorang yang 'low profile' 

Bagi angah sendiri pemilik blog ini iaitu acik sudah mula angah kenali ketika di awal angah terbabit di dalam blog. Beliau merupakan salah seorang antara blogger terawal yang angah kenali. Pada mulanya angah ingatkan blog akupenghibur.com ini biasa-biasa sahaja , tetapi apabila blog itu terpilih untuk memenangi Best Lifestyle Blog untuk tahun 2014 dan juga tahun 2013. Kemenangan itu membuktikan bahawa blog acik bukanlah blog biasa-biasa , semestinya mempunyai rahsia tersirat.
Pemilik yang mesra disapa acik ini selalu memberi tunjuk ajar kepada blogger yang masih hijau terutamanya tentang pentingnya ilmu untuk mengendali sebuah blog. Sebagaimana kata pepatah cina, 'jika mahu kuda yang laju berlari, berilah makan rumput yang berkualiti.' Acik berpendapat, untuk menjadi blogger yang baik harus bersedia untuk menerima kritikan, punyai semangat yang jitu serta konsisten dan kreatif dalam penulisan.
Secara peribadi pula, Acik seorang yang ramah dan berbudi bahasa sehingga menyebabkan dia sering menjadi rujukan kami di EFG. 'Makan sorang' tiada dalam kamus hidup dia. Idea-idea bernas dan kritikan yang diluahkannya cukup berguna, bagai kata-kata seorang abang kepada adik. Bukan terlalu menghormati,tetapi blogger beginilah yang patut dijadikan role model, dahlah comel, boleh jugak bawak bergurau dan tegas pada masanya!
Entri yang angah suka ialah entri Apabila Lelaki Hanya Ada Diploma Dan Perempuan Mempunyai Ijazah. Ianya berkenaan perkahwinan tidak setaraf atau sekhufu. Bagi angah ianya satu entri yang baik kerana pada zaman ini banyak kejadian sebegitu , dimana lelaki dan wanita yang ingin berkahwin tetapi berbeza taraf pendidikan, akhirnya menyebabkan mereka tidak berkahwin atas dasar tidak setaraf. Untuk ketahui dengan lebih lanjut anda bolehlah ke entri tersebut.
Jika tiba-tiba, dalam satu hari tu, anda macam tak tahu nak buka web apa. Cubalah pergi ke akupenghibur.com. Pelbagai input menarik yang boleh kita dapat.

Sekian. 
Read more ...

Review | Q'SARRA BEAUTY SKINCARE

Q'SARRA BEAUTY SKINCARE



Produk Q'Sarra Beauty Skincare adalah produk kecantikan dari Malaysia, selamat digunakan dan dijamin berkesan serta telah mendapat kelulusan GMP Dan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Tak perlu ragu-ragu jika digunakan.

produk hilangkan jeragat

Produk Q’Sarra Beauty diformulasikan dengan menggunakan bahan seperti Collagen, Serbuk Mutiara, Argan Oil,Vitamin E dan Vitamin C. Produk ini bebas dari bahan kimia berbahaya.

PERUBAHAN PADA WAJAH ANDA SEAWAL 7 HARI

Produk Q'Sarra Beauty Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit Muka. Q'Sarra Beauty Skincare dapat membantu pelbagai jenis masalah kulit muka:-


✔ Menghilangkan kedutan
✔ Mengatasi masalah jerawat
✔ Mengatasi masalah jeragat
✔ Menyerikan kulit yang kusam
✔ Menghilangkan jerawat & parut bekas jerawat
✔ Menghilangkan & menyamarkan blackhead & whitehead di wajah
✔ Mengecilkan pori-pori
✔ Pigmentasi atau warna kulit tidak sekata
✔ Mencerahkan & memutihkan warna kulit
✔ Meremajakan & membuatkan kulit nampak bercahaya
✔ Menegangkan kulit muka
✔ Mengatasi msalah kulit muka hangus
✔ Mengatasi kulit berminyak
✔ 100% Satisfaction

Produk Q'Sarra Beauty Skincare ini berupaya membantu anda merawat dan mencegah pelbagai jenis masalah kulit muka seperti jerawat & jeragat yang teruk,parut-parut jerawat & jeragat, white&black head,kulit kusam,kulit kering,kulit berminyak,tona tidak sekata,mencerahkan & memutihkan warna kulit dan pelbagai lagi masalah yg lain.




Tidak hairanlah mengapa pengguna Q'Sarra Beauty berpuas hati dan menjadi pengguna setia setelah mencubanya. Q'Sarra Beauty Skincare adalah produk kecantikan Bumiputera dari Malaysia dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya. Telah diakui oleh Biro Farmaseutikal Kementerian Kesihatan Malaysia.

KEISTIMEWAAN


Q'Sarra Collagen Soap Gold
produk hilangkan jeragat
  • mampu mencerahkan kulit secara semulajadi
  • mengecutkan jerawat
  • mengataasi masalah jeragat, kulit kering, kulit kusam dan wajah akan jadi lebih bersih, lembut dan tegang selepas dicuci
  • sesuai untuk semua jenis kulit
Q'Sarra Day Cream (SPF 30)
produk hilangkan jeragat
  • dapat membantu menghilangkan jeragat, bintik-bintik hitam dan parut
  • mencerahkan kulit wajah dan membantu menghilangkan kedutan di wajah
  • melindungi wajah dari sinaran cahaya matahari dengan SPF30
  • boleh dijadikan alas bedak atau foundation bagi mencegah debu dan kotoran pada wajah
  • sesuai untuk semua jenis kulit
Q'Sarra Night Cream
produk hilangkan jeragat
  • membuang sel-sel kulit mati
  • merawat pada waktu malam dengan kulit lebih halus dan tegang
  • menghapuskan jeragat, jerawat, parut dan pigmentasi
  • melembabkan dan mengebukan kulit
  • memberi kelembapan pada kulit muka
  • mengecilkan Pori-pori
  • mengembalikan keremajaan kulit
  • anti kedutan
  • mencerahkan Kulit muka
  • sesuai untuk semua jenis kulit

CARA-CARA PENGGUNAAN SET Q’SARRA BEAUTY SKINCARE

  1. Basuh muka & leher guna soap collagen gold Q’sarra Beauty. Jika anda memakai mekap seperti foundation atau compact powder, cuci muka dengan soap collagen gold Q;sarra Beauty ulang cara yang sama sebanyak 2kali (double cleanse) kerana siap collagen gold Q’sarra Beauty mampu mencuci dengan bersih make-up anda tanpa mengguna make-up remover.
  2. Olehkan(sapukan) Day Cream Q’sarra Beauty keseluruh wajah dan leher. Day Cream Q’sarra Beauty juga boleh disapukan dikelopok dan kawasan mata. Tidak perlu sapuan yang terlalu tebal kerana kulit wajah hanya menyerap apa-apa krim dalam kuantiti yang memadai dan diperlukan sahaja, yang selebihnya tidak akan memberi apa-apa manfaat dan membazir sahaja.
  3. Pada waktu malam, ulangi cara 1 diikuti dengan sapuan night cream Q’sarra Beauty keseluruh wajah dan leher. Sebaiknya sapuan night cream Q’sarra Beauty ini dilakukan 1 jam sebelum tidur. Night cream Q’sarra Beauty juga boleh disapukan dikelopok dan kawasan mata. Tidak perlu sapuan yang terlalu tebal kerana kulit wajah hanya menyerap apa-apa krim dalam kuantiti yang memadai dan diperlukan sahaja, yang selebihnya tidak akan memberi apa-apa manfaat dan membazir sahaja.

Testimoni pelanggan:

produk hilangkan jeragat

produk hilangkan jerawat


produk hilangkan jerawat

Tempahan dan Pertanyaan

Sebarang tempahan dan pertanyaan, boleh hubungi terus nombor ini melalui aplikasi Whatsapp ataupun mesej

produk hilangkan jerawat



Read more ...

Promote Fanpage Bulan Mei 2015 #1


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah , untuk kali ini , angah denganberbesar hatinya ingin mempromotekan fanpage facebook yang terpilih. Tahniah diucapkan kepada mereka yang terpilih. Bagaimana angah dapatkan fanpage-fanpage tersebut? Sudah semestinya melalui fanpage diari jejaka hangat.
Bagi angah sendiri, fanpage blog di facebook merupakan sesuatu yang banyak membantu. Kadang- kadang dengan fanpage jugalah angah akan ping entri-entri angah. Alhamdulillah , banyak juga pembaca yang datang daripada fanpage di facebook. Banyak juga kebaikan yang lain.
Walaubagaimanapun , jom like fanpage-fanpage berikut :-



Alhamdulillah. Anda nak fanpage blog anda ada juga di senarai ini? Nantikan update seterusnya di fanpage diarijejakahangat. 

Sekian. 

Read more ...