20 Mei 2015

Review : Set Kurus Terbaik

Set Kurus Terbaik

Set Kurus Terbaik


Pastinya Hari Raya nanti, ramai yang teringin kurus untuk bergaya bersama baju raya terbaik masing-masing. Sebagai wanita, spare part di bahagian perut, lengan dan peha amat membimbangkan jiwa dan raga. Walaupun berpuasa cukup sebulan, namun lemak-lemak degil amat sukar dibuang. Di sini CN nak berkongsi bersama anda Set Kurus Terbaik hanya dari Shaklee dengan bajet yang rendah dan mampu milik. 

Dengan Set Kurus Terbaik ini, anda bukan sahaja boleh selim melim di pagi raya, malah bertenaga sepanjang berpuasa. Tiada lagi muka lesu dan lembik ke tempat kerja kerana berpuasa. Bonus untuk ibu menyusu, bukan sahaja dapat kurus, malah susu badan bertambah-tambah dan pekat ! 

Set Kurus Terbaik


Cuma perlu diingatkan, jika anda mengambil Set Kurus Terbaik ini, pastikan anda minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari untuk memudahkan suplemen tersebut menjalankan tugasnya dengan mudah dan lancar. Tanpa air, siapalah suplemen yang berderet-deret ini. 

Keberkesanan sesuatu suplemen juga bergantung kepada tahap kekonsistenan pengambilan suplemen tersebut. Jika anda skip pengambilan suplemen dan makan ikut suka hati, jangan mimpilah nak dapat badan selim melim macam Fazura tu ! Semua itu perlu usaha dan kekonsistenan ye. 


Berminat untuk dapatkan Set Kurus Terbaik ini ? Hanya hubungi nombor di bawah atau anda boleh terus membeli belah di SINI>>>



=====================================================================

Untuk maklumat lanjut tentang pembelian produk Shaklee / konsultasi / keahlian / jana pendapatan dari rumah sila hubungi CN seperti di bawah:

Email: norazimah15@gmail.com
 SMS/whatsapp : 017-4992305

=====================================================================




TESTIMONI SET SLIMMING


Set Kurus Terbaik


============================================================================


Set Kurus Terbaik


=========================================================================

Set Kurus Terbaik



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Read more ...

Muzik : Keluarga Alat Muzik Brass



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Keluarga Alat Muzik Brass


Alat muzik brass. Di dalam orkestra simfoni atau wind orkestra , terdapat alat muzik brass , wood wind , perkusi , dan juga strings. Untuk kali ini angah akan ceritakan tentang alat muzik brass. Angah mengenali alat muzik brass ketika di bangku sekolah menengah. Angah merupakan salah seorang pemain alat muzik brass.

 Alat Muzik Brass 


Cornet
cornet

Cornet  merupakan satu alat yang hampir serupa dengan trumpet. Berbeza hanya dari segi saiz , ton kualiti yang lebih merdu. Cornet banyak digunakan untuk Concert Band, Brass Band, dan juga Jazz Ensemble.

Trumpet
Trumpet

Trumpet merupakan alat muzik yang tertinggi sekali di dalam keluarga brass. Sejarah mengenai trumpet dapat diketahui bermula 1500 sebelum masihi lagi. Ada pelbagai jenis trumpet yang bterdapat di pasaran , tetapi yang sering digunakan ialah B trumpet. "Range" bunyi trumpet bermula dari F♯ bawah midle C sehingga 3 oktaf.

Flugelhorn
Flugel Horn

Flugel horn merupakan alat yang asalnya menyerupai trumpet, tetapi mempunyai lebih luas permukaan "serombong"nya. Bunyi yang dihasilkan di katakan adalah ditengah-tengah antara trumpet dan juga french horn. Flugel horn banyak digunakan di dalam brass band , jazz dan juga pop muzik.

French horn
French Horn
French horn ataupun lebih dikenali dengan nama Horn. Terdapat pelbagai jenis horn di luar sana. Antaranya mellophone,  marching horn dan juga Vieena Horn.  Di dalam orkestra , kebiasaanya pemain horn akan dikategorikan kepada dua , "high" horn ataupun "low" horn.

Trombone
Trombone

Trombone, berbeza dengan alat muzik lain di dalam keluarga brass , trombone tidak mempunyai"valve" tetapi trombone mempunyai "slide". Slide itu digunakan untuk mengubah bunyi yang dihasilkan. Trombone juga mempunyai pelbagai jenis, antaranya tenor trombone, bass trombone dan juga alto trombone.

Baritone Horn
Baritone Horn

Baritone Horn merupakan alat bernada rendah yang terdapat di dalam keluarga brass. Ianya sama seperti tuba, euphonium dan juga trombone. Ton yang dihasilkan ialah diantara bunyi trombone dan juga euphonium. Walaupun baritone horn dan juga euphonium kelihatan serupa, tetapi euphonium mempunyai tiub yang lebih besar dan juga "serombong" yang lebih besar.

Euphonium
Euphonium

Euphonium merupakan alat muzik yang bermaksud "sweet sound". Selalunya orang akan keliru euphonium dan juga baritone horn. Tetapi kedua-duanya mempunyai perbezaaan ketara. Bunyi yang dihasilkan euphonium lebih "darker" manakala bunyi baritione horn pula lebih"bright". 
Tuba
Tuba

Tuba merupakan alat muzik terbesar dan paling rendah bunyinya di dalam keluarga brass. Terdapat pelbagai jenis tuba antaranya ialah contrabass tuba, bass tuba, tenor tuba, dan juga subcontrabass tuba. Kebiasaanya tuba dimainkan di dalam wind orchestra simfoni dan juga jazz.


Kedudukan Alat Muzik Brass di dalam orkestra


Wind Orkestra

Wind Orkestra


Full Orkestra

Full orkestra


Sememangnya semua alat-alat muzik di atas merupakan alt muzik yang klasik yang popular di Barat. Di Malaysia, alat muzik ini popular di kalangan pelajar sekolah yang mempunyai pancaragam. Selain itu , terdapat juga pertandingan-pertandingan yang diadakan di Malaysia.

Anda nak tahu angah pernah main alat yang mana? Hampir ke semua di atas angah pernah main. Tetapi alat yang paling lama angah main ialah Euphonium iaitu dari tingkatan satu sehinggalah tingkatan lima.

Sekian. 


Read more ...

Sinopsis Drama Dia ... Isteri Luar Biasa...



Assalamualaikum dan salam sejahtera




Sinopsis Dia .. Isteri Luar Biasa


SINGLE is simple, double is trouble...
Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan!
Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy... Mesti ada jalanlah…
Dewi serius! Walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.
“Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu  aku chawNo husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu” - DEWI YUSRA
Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan ‘Suami Sementara­’ dari lelaki baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang. 
“Saya Amzar... errr... Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu...” - RADEN AMZAR
Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni?
Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr. Radin Amzar, lelaki terpilih  sebagai ‘Suami Sementara’nya untuk seorang zuriat? Bagaimana pula rancangan Kamarul yang terlalu menyintainya?
Temui jawapannya dalam DIA... Isteri Luar Biasa, kisah seorang gadis yang terpaksa bangkit dari peristiwa kelam hidupnya.
Sumber : Penulisan2U

Sebuah drama terbaru yang mengisi slot Akasia di TV3. Drama yang baru sahaja disiarkan ini mula menjadi perhatian ramai. Setelah beberapa drmaa sebelum ini yang begitu popular dan menjadi perbualan ramai. Sekali lagi , rakyat Malaysia dihidangkan dengan novel adaptasi daripada novel.

Seperti mana yang anda ketahui, drama adaptasi novel merupakan kegilaan masa kini. Semua drama yang ditayangkan adalah adaptasi daripada novel. Tidak kira dari syarikat televisyen yang mana sekalipun. Sehinggakan filem pun diambil daripada novel. Walau bagaimanapun, jom kita lihat bagaimana tarikan dan jalan cerita drama ini , adakah ianya mampu menarik perhatian semua orang?
Sama - sama kita nantikan.. 

Read more ...

Wordless Wednesday 45 : Normal?


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sometimes i pretend to be normal. 
But it gets boring, so i go back to being me.

Sekian.
Read more ...