23 Mei 2015

Nenek 65 tahun selamat lahir anak kembar empat!!??

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Gambar arkib Annegret Raunigk ketika usianya 55 tahun bersama anak-anak dan cucu-cucunya.


BERLIN - JERMAN. Seorang  nenek 65 tahun yang mempunyai 13 orang anak dan 7 cucu selamat melahirkan bayi kembar empat, Selasa lalu.
Annegret Raunigk melahirkan tiga bayi lelaki dan seorang bayi perempuan pramatang secara pembedahan di Hospital Berlin.
Keempat-empat bayi tersebut dilahirkan ketika usia kandungannya 26 minggu dan kini berada dalam keadaan baik dan mempunyai peluang cerah untuk hidup.
Annegret yang mempunyai 13 orang anak yang berusia di antara 9 hingga 44 tahun mengambil keputusan untuk mempunyai anak lagi selepas anak bongsunya, 9 tahun inginkan seorang adik.
Menurut AP, Annegret hamil melalui kaedah IVF yang dilakukan di Ukraine kerana prosedur tersebut adalah diharamkan di Jerman.
Keputusannya untuk melahirkan bayi di usia emas mendapat kritikan beberapa pakar perubatan kerana menganggap warga emas itu tidak mampu secara fizikal untuk mengandung empat bayi.
Walaubagaimanapun, Annegret percaya setiap orang perlu diberi peluang untuk memilih jalan hidup yang diingininya.

Sekian. 
Read more ...

Ajaibnya Gambar Ini!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera


"This is a picture taken directly above these camels in the desert in Saudi Arabia during sunset. It is considered one of the best pictures of the year by National Geographic. Look closely, the camels are the little white lines in the picture. The black you see are just the shadows. Enlarge the picture."
Gambar yang angah jumpa di facebook, sebuah gambar yang dilihat biasa-biasa sahaja, tetapi sebenarnya, ianya ialah gambar yang luar biasa. Apa yang anda lihat di dalam gambar tersebut hanyalah bayang-bayang unta, manakala unta yang sebenar hanyalah garis-garis kecil itu sahaja.

Sekian. 
Read more ...