10 Jun 2015

Pelancong ‘kaki bogel’ hina menteri, rakyat Sabah

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sumber : Sinar Harian




SEORANG lelaki yang didakwa berbogel di puncak Gunung Kinabalu telah memuatnaik status penghinaan terhadap penduduk Sabah dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun
Lelaki tersebut yang menggunakan nama Emil Kaminski di laman sosial Facebook berkata: "Masidi Manjun, anda adalah si *****, bukan Menteri Pelancongan," tulisnya.
Dia juga bertindak memuatnaik beberapa foto bogelnya di puncak gunung di beberapa lokasi di luar negara.
Dalam satu lagi perkongsian, Kaminski turut menghina rakyat Sabah.
"Saya tersekat di sini (Tawau) untuk beberapa hari sehingga isu pelancong bogel ini reda.
"Nasib baik mereka di sini tiada internet," katanya lagi.
Perkongsian tersebut kemudian menjadi viral dan menarik perhatian beribu-ribu warganegara Malaysia untuk mengecamnya.
"Halang lelaki ini dari masuk Malaysia!," kata Raj.
"Kemana kamu pergi, kamu perlu hormat. Tiada siapa halang kamu untuk pergi ke mana-mana atau panjat gunung (Kinabalu). Tetapi jangan bertindak sesuka hati di gunung ikut suka kamu," kata Swann, seorang warganegara Singapura.
"Minda warganegara barat memang berbeza. Pada mereka (berbogel) ini normal. Tetapi, Malaysia adalah negara Islam dan kamu perlu hormat," kata Darren.
Pada 5 Jun lepas, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman memberitahu, arahan telah dikeluarkan oleh pihak polis kepada Jabatan Imigresen untuk menghalang pelancong tersebut dari meninggalkan Sabah.

Sekian. 
Read more ...

Wordless Wednesday 48 : Someone



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Never lose yourself while trying to hold on to someone who doesn't care about losing you.


Sekian
Read more ...