1 Julai 2015

Jangan lantik menteri buat kenyataan seperti badut



Assalamualaikum dan salam sejahtera




Sumber : Sinar Harian

SHAH ALAM-  Sekiranya rombakan Kabinet dilakukan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disaran melantik menteri di kalangan anak muda yang bersih, cerdik dan beriman supaya boleh memacu negara kita ke depan.
Pensyarah Sains Politik Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM), Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff berkata,‎ sudah tiba masanya menteri yang dilantik memahami denyut nadi rakyat dan bukannya dari golongan yang bercakap seperti tin kosong.
“Lantiklah menteri yang dapat memahami kesempitan hidup rakyat dengan keadaan ekonomi sekarang.
"Jangan lagi melantik menteri yang mengeluarkan kenyataan seperti badut,” katanya kepada Sinar Online.
Terdahulu sebuah portal melaporkan, Najib telah memberi bayangan kemungkinan akan ada rombakan Kabinet tidak lama lagi.
Najib, ketika menjawab mengenai  spekulasi itu, tidak menafikannya dan menggesa orang ramai bersabar.
"Tunggulah," katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini.
Sementara itu Agus ketika bercakap mengenai cadangan seorang pemimpin yang mahu kedai mamak tidak beroperasi 24 jam sehari, beliau mempunyai pendapatnya sendiri.
“Saya bertanya, bagaimana dengan karaoke, kelab malam dan disko yang dibuka sampai ke pagi? Tak hendak tutup ke tempat seperti ini?
"Jika tutup restoran 24 jam, bagaimana kita hendak mengisi kekosongan perut rakyat yang bekerja pada sebelah malam? Mengapa harus disekat hak rakyat untuk makan dan berniaga?” katanya.
Terbaharu, Najib berkata, kerajaan menolak cadangan tersebut dan menegaskan kedai mamak akan terus beroperasi 24 seperti biasa. 
Read more ...

Duit Raya RM50 Dari Cik EN




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Follower Cik EN
Hari ini setelah melihat kerancakan blogger bagi GA dan hadiah hadiah dah lama rasanya cik en tak menyumbang sesuatu kepada follower cik en kan?
So kali ini cik en nak share duit raya dengan peserta yang bertuah.
Hadiah yang cik en nak bagi semestinya duit raya RM50 kepada seorang peserta bertuah
dan akan ada hadiah sampingan sumbangan cik en

HADIAH

Hadiah Utama : Duit Raya rm50
10 Hadiah saguhati : Kad Raya 2015 Cik EN
yang lelain akan dimasukkan bloglist dan sesiapa yang bertuah akan cik en review dan diberi keutamaan pada blog yang follower bawah 1000.


Read more ...

#Cabaran20Hari Pengalaman Pahit Di Bulan Puasa




Assalamualaikum dan salam sejahtera

Untuk cabaran kali ini , angah akan menceritakan pengalaman pahit di bulan puasa.

Kehilangan seorang nenek.

Pada tahun 2008, ketika angah di tingkatan satu , angah telah kehilangan nenek angah iaitu ibu kepada mak angah. Kehilangan nenek yang rapat dengan sangat membuatkan angah kehilangan suatu yang besar dalam hidup. Sememangnya nenek angah menghidap pengakit strok sejak beberapa tahun sebelum itu.

Terpaksa Ponteng Puasa

Angah terpaksa ponteng puasa ketika angah masih kecil , jika angah tak salah, kerana angah terlupa nak makan burger yang dibeli pada malam sebelumnya. Disebabkan burger tersebut terlampau sedap dilihat, akhirnya akan ponteng puasa dengan memakan burger tersebut yang berada did alam peti ais. 
#Cabaran20Hari 

Read more ...

Wordless Wednesday 51 : Apologizing?

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apologizing : 

Does not always mean you are wrong and the other person is right.
It just means you value your relationship more than your ego.


Sekian
Read more ...