2 Julai 2015

Pelancaran album Unplugged Datuk Siti Nurhaliza


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Sumber : Astro Awani


KUALA LUMPUR: Keinginan untuk membawakan lagu berunsur ketuhanan telah menjadi titik-tolak penciptaan lagu Mikraj Cinta yang dimuatkan dalam album terbaharu Datuk Siti Nurhaliza yang berjudul Unplugged.
Lagu yang mengajak pendengar menghayati hubungan antara diri dan Yang Maha Mencipta itu menjadi penyeri dalam buah tangan terbaharu penyanyi tersebut dan ia dimuatkan bersama 15 lagu popular beliau sebelum ini yang disuntik susunan muzik segar.
“Lagu Mikraj Cinta ini telah dihasilkan awal memandangkan saya telah membuat persembahan di Istana Budaya ketika pementasan teater Sirah Junjungan.
“Ketika itu saya telah memandang ke hadapan dan akhirnya membuat keputusan untuk meletakkan lagu ini dalam sebuah album bersama lagu-lagu lain,” ujar beliau mengenai single sempena Ramadan yang disusun oleh Hafiz Hamidun itu.
Penyanyi kesayangan negara itu ditemui dalam sidang media sempena pelancaran album tersebut dan majlis berbuka puasa bersama artis-artis Universal Music di ibu negara pada Rabu.
Menurut Siti Nurhaliza, beliau gembira mendapat kerjasama Hafiz yang berbakat besar dan sinonim dengan penciptaan lagu-lagu Islamik. Komposer tersebut dikatakan memang menjadi pilihannya dan juga pasukan produksi.
“Lagu Mikraj Cinta ini walau berunsur ketuhanan, ia tidak kedengaran mirip nasyid tetapi lebih kepada sebuah lagu kontemporari yang sesuai dengan konsep album keseluruhannya,” kata beliau yang membuat permintaan khas agar diterapkan bunyi-bunyian biola seperti yang kerap dialun dalam muzik Arab.
Turut dimuatkan dalam album Unplugged adalah dua lagi lagu baharu genre pop berjudul Engkau dan juga Menatap Dalam Mimpi susunan komposer Aubrey Suwito.
Rakaman album Unplugged berkenaan diambil daripada Konsert Unplugged Datuk Siti Nurhaliza yang berlangsung pada 7 April yang lalu.
Seleksi lagu yang dimuatkan dalam album ini merupakan antara lagu-lagu hits beliau sepanjang dua dekad berkecimpung dalam industri hiburan. Hampir kesemua lagu dalam album ini diterbit dan mendapat sentuhan daripada Aubrey.
“Saya memang sejak dulu mengambil tarikh-tarikh yang sangat istimewa dalam penghasilan sesuatu. Contohnya pada awal penglibatan saya dahulu, saya merakamkan album pada bulan Ramadan dan ia dilancarkan pada tarikh ulang tahun kelahiran iaitu pada 11 Januari.
“Kebetulan tarikh pelancaran kali ini setelah genap dua bulan selepas konsert Unplugged dan saya rasa ia sesuai dilancarkan memandangkan orang masih ingat lagi pada persembahan tersebut,” ujar beliau.
Dalam majlis pelancaran tersebut, turut ditayangkan kepada hadirin klip video lagu berkenaan yang telah menjalani penggambaran di pelantar terbuka Menara Kuala Lumpur.
Berdasarkan sambutan menggalakkan di laman sosial, Siti Nurhaliza beranggapan album berbentuk cakera padat (CD) tetap menjadi pilihan peminatnya kerana boleh dijadikan koleksi bersama album-album beliau terdahulu.

Sekian
Read more ...

Review Blog Bertuah





Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada tanggal 30 Jun 2015 , angah telah menerbitkan satu status di fanpage berkenaan pencarian blog untuk direview. Angah telah memutuskan untuk mereview hanya 2 blog sahaja. Alhamdulillah , sambutan yang diberikan adalah terbaik. Terima kasih diucapkan kepada semua yang menyertai pencarian blog ini.

  1. http://www.masturadin.com/
  2. http://www.yoorinmelacolea.blogspot.com/
  3. http://www.fadzirazak.com/
  4. http://ayunirafilah.blogspot.com/
  5. http://www.alialisakreatif.blogspot.com/
  6. http://kathyrbain.blogspot.com/
  7. http://ekjozbuluh.blogspot.com/
  8. http://jmbelog.blogspot.com/
  9. http://aenoyou.blogspot.com/
  10. http://syiralokman.blogspot.com/
  11. http://alia-irdina.blogspot.com/
  12. http://ombakbergigis.blogspot.com/
  13. http://diariseorangkapten.blogspot.com/
  14. http://muslimahsejati96.blogspot.com/
  15. http://dewqracintakita.blogspot.com/
Blog yang terpilih ialah :-




Blog pertama ialah Belog Kathy R'bain. Seorang blogger yang peramah. Siapa yang tak kenal akak Kathy kan?? Dari segi blog pula , angah suka dengan header tersebut. Cantik dan menarik. Antara entri yang menarik adalah seperti mengenai Gempa Bumi Sabah dan lain-lain lagi.

Tahniah diucapkan kerana ranking Alexa yang bagus. Macam mana boleh dapat ranking yang bagus? Ada apa-apa rahsia tak? Cuba share sikit dengan angah. Hehe. Secara keseluruhannya , angah suka dengan blog dan juga tuan blog. Boleh dikatakan angah suka blogwalking ke blog akak Kathy sebab ada macam-macam perkara menarik dalam blog tersebut.







Blog kedua ialah blog Diari Seorang Kapten. Bermula sejak tahun 2010 , nampaknya sama umurlah kita , angah pun berblogging sejak tahun 2010. Apa yang angah suka tentang blog ini ialah , tak banyak warna. Bila tak banyak warna , senang untuk kita tengok isi-isi lain dalam blog ini. Great!!


Tahniah!! Sebab dah masuk dalam paper. Hebatlah ni jika dah dapat masuk dalam paper. Apa rahsia anda? Apa -apa pun angah nak ucapkan selamat berblogging kepada tuan blog. 

Sekian. 








Read more ...

#Cabaran20Hari Pengalaman Manis Di Bulan Puasa





Assalamualaikum dan salam sejahtera

Cabaran diteruskan lagi untuk edisi ke 6 iaitu berkenaan Pengalaman Manis Di Bulan Puasa.

Susah sebenarnya untuk angah ceritakan kenangan manis ketika bulan puasa. Memandangkan angah susah nak ingat kembali kenangan yang ada ketika di bulan puasa. Cuma yang boleh angah ceritakan ialah mengenai beberapa kisah menarik ketika angah di bulan puasa.

Setiap malam bermain mercun dan bunga api.

Ketika angah kecil, seminggu sebelum raya, satu keluarga angah akan pulang ke kampung untuk menyambut raya di kampung. Apa yang menarik, nenek angah akan menyediakan kayu panjang dan dicucuk di sekeliling rumah untuk digantungkan pelita.
Pelita tersebut diisi dengan minyak gas, kemudian selepas berbuka puasa, angah akan menyalakan api di pelita-pelita tersebut. Kemudian bermain mercun dan bunga api sehingga rasa puas. Memang seronok. 
 Makan makanan moreh.
Pada waktu angah kecil, angah tinggal di berek polis Kuala Kangsar, di setiap malam akan diadakan solat terawih. Yang lucunya ialah apabila selepas orang ramai selesai Terawih, angah dan kakak angah akan turun dan mengambil moreh yang disediakan, walaupun kami tidak solat terawih bersama orang lain.
 Sekian.

#Cabaran20Hari 

Read more ...

Kata Kunci ( Keyword ) 30. 6. 2015



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Baiklah. Kali ini angah nak ceritakan pada anda mengenai keywords yang terhasil pada tarikh 30 jun 2015. Dari mana angah dapat statistik ini? Sudah semestinya daripada Nuffnang. Boleh dikatakan angah menerima beberapa keyword yang pelik. Ada juga keyword zaman dahulu yang kini kembali menjadi perhatian orang ramai.


Keyword yang menjadi carian orang ramai. Entri yang dihasilkan pada bulan Mac 2015 yang lalu kembali menjadi hit setelah menjadi carian orang ramai. Inilah dikatakan bahawa entri yang kita buat pada masa sekarang mungkin akan berbisa pada akan datang.



Entri yang dihasilkan pada bulan Mei yang lalu kini kembali menjadi perhatian. Suka apabila angah melihat entri-entri terdahulu menjadi carian orang. Di dalam entri tersebut, angah bercerita mengenai alat muzik brass.


Sebuah entri yang hit. Entri ini mendapat pageview yang banyak berbanding entri-entri yang lain. Mungkin kerana tajuk atau kisah seram menjadi carian orang ramai. Apa- apa pun angah gembira dengan apa yang terjadi.


Ada juga orang mencari blog jejaka. Dan akhirnya keluarlah nama blog angah. Hehe, terima kasih.



Entri mengenai cara untuk mengetahui telefon anda original atau tidak. Sememangnya angah menghasilkan entri ini menggunakan bantuan daripada laman web yang lain. Terima kasih. Angah rasa entri ini bermanfaat untuk anda yang ingin mengetahui bahawa telefon anda original atau pun tidak. Tetapi hanya untuk LENOVO.



Melekat juga keyword ini? Sememangnya angah hanya mengupdate entri berkenaan sekolah berasrama penuh. Memandangkan angah merupakan bekas pelajar sebuah sekoalah berasrama penuh di utara Malaysia, jadi angah dengan rasa gembira terus update entri tersebut. Entri yang dihasilkan pada bulan Januari 2013.


Sebuah entri sinopsis berkenaan sebuah drama yang kini sedang hangat diperkatakan orang ramai. Banyak artikel yang angah lihat yang menyatakan bahawa ianya drama maksiat. Apa- apa pun kita nantikan kesudahan episod drama ini.



Sebuah entri mengenai kejayaan Dato Siti Nurhaliza. Ianya mengenai artis wanita yang paling menyerlah bagi tahu 2014, dan sudah tentunya penyanyi No 1 negara mendapat tempat pertama.


Entri yang menceritakan tentang sambutan hari ibu, adakah haram disambut? Angah menerbitkan entri ini untuk memberikan pendedahan mengenai hukum sebenar apabila menyambut hari ibu.



Sekali lagi , keyword yang hampir sama dengan sebelum ini. Mengenai cerita jalan puncak alam. Apa -apa pun entri ini merupakan entri paling hit sejak beberapa bulan.


Kesimpulannya 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi datang ke blog Diari Jejaka Hangat. Terima kasih kerana mencari kata kunci dan akhirnya datang ke blog ini. 


Read more ...