7 Julai 2015

#Cabaran20Hari Lagu Raya Pilihan





Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lagu Raya Pilihan

Angah mempunyai 2 pilihan di dalam lagu raya yang terbaik. 

Pertama, angah suka lagu yang didendangkan oleh SALOMA iaitu Selamat Hari Raya. Angah suka lagu ini sebab liriknya yang memberi maksud sebenar ketika raya. Boleh dilihat bagaimana raya disambut. Selain itu, melodi dan juga lagu itu sendiri yang ceria membuatkan angah rasa inilah hari raya yang sebenar.

Selamat aidil fitri

Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini



Di masa bulan Ramadan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira



(Korus 1)
Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri



Selamat hari raya
Pada saudari saudara semua
Marilah dengan gembira
Merayakan aidilfitri yang mulia



Di sana kelihatan
Bermacam kuih ketupat dan rendang
Mintak bu kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong



Dam dam dum bunyi mercun
Kanak-kanak segera datang berduyun
Dam dam dum mercun berdentum
Semaraklah hari raya ini tahun



(Korus 2)
Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati



Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat mari ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan



Selamat hari raya!

Untuk lagu kedua pula, angah suka lagu dendangan Dato Siti Nurhaliza iaitu Sesuci Lebaran. Mengapa? Sebab ianya merupakan lagu yang malar segar. Maksudnya sampai sekarang masih lagi segar menjadi ingatan orang ramai. Bila tiba ketika musim raya, pasti lagu ini akan berkumandang.


 Sesuci... di hening subuh sunyi

Sesuci... terdengar nurani
Sesuci... salam untuk Ilahi
Bagaikan memanggil insafi pada diri



Lebaran... terasa kesayuan
Lebaran... takbir bersahutan
Lebaran... memuji keagungan
Bergema suara syukuri nikmat Tuhan



( korus )
Hiasi diri indah
Riangkan hati gundah
Bersihkan jiwa... sesuci lebaran
Agar sempurna amalan
Berdoalah insan
Di pagi raya
Moga-moga terampun dosa



Pohonlah ampun maaf
Kepada ibu bapa
Sahabat dan sanak saudara
Sama sama kita gembira



Bermesra tua muda
Bantulah miskin hina
Menyambut hari mulia
Sama sama kita gembira




Read more ...