9 Julai 2015

#Cabaran20Hari Kuih Raya Paling Best

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Cabaran untuk hari ini ialah bercerita mengenai kuih raya paling best. Baiklah untuk cabaran ini , angah akan membuat senarai ranking kuih yang paling angah suka.

Kuih Samprit

Kuih Samprit atau dengan ejaan lain Semperit merupakan kuih yang paling angah suka. Bila tiba hari raya , mak sedara angah akan siapkan beberapa balang kuih samprit dan salah satunya untuk angah seorang. Boleh dikatakan stock samprit akan dihabiskan oleh angah. Hehehe. Angah memang suka kuih ni sejak kecil sampailah sekarang.
Sebab rasa yang manis dengan ceri atas tu , memang sedap. Kalau bagi satu balang besar, sure angah boleh habiskan dengan masa yg cepat. 


Kuih Almond London



Untuk seterusnya , angah suka kuih Almond London. Ye lah , sebab ianya berasakan coklat. Siapa tak suka coklat? Mungkin ada , tapi angah merupakan penggemar coklat tegar. Angah suka almond london yang isinya mempunyai biji badam yang besar. Kadang-kadang ada yang angah pergi rumah jiran , pastu bila makan kuih ni , badam yang ada hanyalah ciput. Sangat tak menyelerakan.

Kuih Siput



Ini merupakan satu-satunya kuih raya yang pernah angah buat. Haha , bukanlah buat , cuma gentel -gentel dengan menggunakan bekas yang disediakan. Memang nak buat simple je. Apa yang angah suka, bila rasa yang pedas pedas dengan crispy. Memang menyelerakan. Sambil tengok cerita-cerita time raya, memang menyeronokkan.

Sekian. 




Read more ...