13 Julai 2015

Remaja terlibat kes gaduh di Plaza Low Yat ditahan




Sumber : Sinar Harian


KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang remaja lelaki  warga tempatan berusia 22 tahun yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di Plaza Low Yat, semalam.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata kejadian pada 7.38 malam itu berpunca daripada perasaan tidak puas hati suspek yang ditahan pegawai keselamatan Plaza Low Yat kerana dituduh mencuri sebuah telefon bimbit.

"Pengawal keselamatan bertindak menyerahkan remaja itu kepada pihak polis, lanjutan daripada itu, remaja terbabit menghubungi rakan-rakannya lalu bertindak memukul pekerja di situ dan memecah barang-barang di dalam kedai terbabit yang menyebabkan kerugian dianggarkan bernilai RM70,000," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya polis sedang menjalankan siasatan bagi mengesan rakan suspek yang terlibat dan meminta orang ramai tidak mengaitkan kejadian itu dengan isu perkauman yang menjadi viral di laman sosial.

"Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap penyebaran berita palsu yang boleh mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam mengikut undang-undang yang ada," katanya.
 
Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Muez Abd Aziz berkata, pihaknya turut menjalankan siasatan mengenai dakwaan terdapat penjualan barang tiruan di Plaza Low Yat.

"Kami menghantar petugas untuk membuat risikan sama ada wujud penipuan oleh penjual atau sebaliknya, sekiranya ada penipuan, maka KPDNKK akan mengambil tindakan lanjut," katanya.

Muez berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima aduan rasmi daripada  pengguna berhubung penjualan barang-barang tiruan di plaza itu, namun pemantauan sentiasa dijalankan bagi menjaga hak pengguna agar tidak ditipu.

Sementara itu Pengerusi Biro Aduan Awam Parti Gerakan, Wilson Lau Hoi Keong berkata, insiden pergaduhan itu bukanlah berkaitan isu perkauman, sebaliknya berpunca daripada kes dakwaan mencuri.

Beliau kesal dengan tindakan pihak tertentu yang mengaitkan kejadian itu  sebagai insiden pergaduhan kaum yang menjadi viral di laman sosial.

"Akibat tidak berpuas hati, suspek menghubungi rakannya seramai tujuh orang dan menyerang kedai itu," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Plaza Lowyat di sini, hari ini.

Sementara itu, See Ming Ho, 28, pemilik kedai telefon terbabit mendakwa kejadian itu berlaku pada 5.30 petang.

"Lelaki itu berpura-pura ingin membeli telefon jenis Lenovo S860 dengan saya, apabila saya ingin mengambil hadiah percuma...lelaki terbabit telah lari bersama dengan telefon bimbit itu.

"Saya menjerit dan didengari oleh salah seorang petugas (Oppo) dan telah menghalang lelaki itu daripada keluar bangunan," katanya. - Bernama
Read more ...

Senarai Pemenang Giveaway EFG Mega Raya 2015

Salam 25 Ramadhan. Hari ini kami umumkan pemenang #duitraya Giveaway EFG Mega Raya 2015 yang Exchange Feed Group (EFG) lancarkan pada 10 Jun sehingga 9 Julai. 

GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015
Serlahkan kejelitaanmu dengan Helenz Signature

Pemenang SEO Giveaway EFG Mega Raya 2015

1. http://tengkubutang.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html (RM300)
2. http://www.blogparihh.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html (RM200)
3. http://suriaamanda.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100_25.html (RM100)


Pemenang #duitraya Giveaway EFG Mega Raya 2015 (RM100)

47 - AMY J
http://www.amysyeera.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
48 - NOOR NAJWA
http://muslimahsejati96.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
50 - MIRABEADS AZIE
http://www.azirahman.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
52 -ZAIDALIFAH HUSSIN
http://kumahuitu.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
54 - ENGKU MUZAHADIN
http://engkumuzahadin.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
61 - AKULA
http://anakbonda.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
66 - UMMUL AZKEE
http://housewifearts.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html

128 - SAYE NIZA
http://nizatuangcerita.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
129 - RIANA LITTLE CUTTIES
http://rianalittlecuties.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html

170 - LELA NURJATI
http://leylanurjati.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
Kepada semua pemenang di minta whatsapp mommy irra 0133560192. Berikan detail
-url blog
-nama
-no akaun maybank/cimb
-email
Lagi cepat korang beri detail, lagi cepat korang dapat duit raya.



Terima kasih kepada semua penyertaan (SENARAI PESERTA) , semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.


Terima kasih kepada penaja UTAMA:

Selamat hari raya maaf zahir batin!

Read more ...

#Cabaran20Hari Menu Wajib Pagi Raya


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Menu Wajib Pagi Raya

Untuk pagi raya , apa yang perlu ada ialah KETUPAT DAUN PALAS. Sememangnya dah jadi tradisi dalam keluarga angah untuk sediakan ketupat pada hari raya. Bila ada ketupat sudah tentunya wajib ada rendang. Mak angah akan sediakan dua jenis rendang iaitu rendang ayam dan juga rendang daging.
Bila angah balik ke kampung, buakn sahaja ketupat yang disediakan tetapi ada juga kadang-kadang laksa, mee kari dan juga lain-lain. Sememangnya hari raya pertama merupakan hari untuk memakan apa-apa sahaja. 
Sekian
Read more ...