18 Julai 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin #SHRMZDB


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Angah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog Diari Jejaka Hangat. Minta maaf dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Angah minta maaf jika ada sebarang salahd an silap angah lakukan sepanjang masa angah berblogging ini.

Di kesempatan ini , angah ingin bercerita mengenai persiapan angah untuk raya kali ini. Memandangkan anda boleh lihat betapa sibuknya angah untuk raya kali ini sehingga tak dapat nak update entri untuk beberapa hari kebelakangan ini. Angah minta maaf. Bukannya apa, sebab angah tak dapat nak update entri disebabkan laptop tak berada dekat dengan angah. 

Untuk raya kali ini , angah hanya mempunyai satu baju sahaja. Kerana apa? Kerana baju yang angah beli iaitu jubah (*Seperti di dalam gambar.)  adalah sangat mahal. Jadi , untuk tidak menghabiskan duit dengan lebih banyak lagi , angah memutuskan untuk mempunyai hanya satu sahaja koleksi baju raya untuk raya kali ini.

Masak ketupat? Rendang? Kuih Raya? Sudah tentunya tidak!! Suka untuk angah tegaskan disini bahawa angah bukanlah seorang yang reti memasak. Angah hanya boleh menolong apa yang patut sahaja. Untuk pengetahuan semua , raya kali ini family angah membuat ketupat daun palas. Alhamdulillah , angah reti untuk membalut ketupat tersebut untuk tahun kedua!! Alhamdulillah.

Sekian. 
 
 
Read more ...