2 Ogos 2015

Busy. Muet. Exam.


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Angah nak cerita apa yang terjadi dan akan terjadi selepas cuti raya yang baru saja habis beberapa hari lepas. Sememangnya sekarang ini angah berada dalam dilema. Sama ada nak teruskan atau berhenti. Berhenti apa"? Entahlah. Apa yang penting, sekarang angah di dalam pertengahan semester. Bermakna ada lagi separuh semester sebelum angah selesai untuk semester terakhir ini.
Pertama, hari sabtu iaitu semalam angah telah selesai menjalani ujian Reading, Writing dan juga Listening untuk peperiksaan MUET sesi Julai 2015. Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar. Study? Angah study dengan kawan-kawan angah sehari sebelum peperiksaan tersebut. Hehe.
Kemudian minggu hadapan, angah ada exam pada hari selasa, rabu dan khamis. Hari selasa adalah exam Percussion Method, manakala hari Rabu ialah exam Clarinet, Principal. Manakala hari khamis pula ialah exam orchestra. Sememangnya minggu yang memenatkan. 
Tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum angah ke persembahan terakhir iaitu Recital yang wajib dilakukan oleh semua pelajar untuk graduate pada masanya. Recital ialah konsert yang dipersembahkan oleh kita sendiri untuk selama hampir 30 minit di hadapan pensyarah dan juga pelajar.

Sekian. 
 
Read more ...

Ustaz Kazim Elias tegur Azalina!




SHAH ALAM - Penceramah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias menegur Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkenaan saranan Azlina terhadap Lembaga Penapisan Filem (LPF) agar tidak berfikiran sempit dan mengkaji semula garis panduan penapisan bagi penerbitan drama atau filem.
Datuk Mohd Kazim atau lebih dikenali sebagai ustaz Kazim berkata, saranan itu adalah saranan 'songsang' kerana sebagai makhluk ALLAH kita disarankan mencegah kemungkaran walaupun dalam lakonan.
"Lama sungguh saya mendiamkan diri di dalam arena FB ni, rasa aman bila tak muat status atau berkongsi info.. Tapi rasanya lagi tidak aman bila terbaca laporan ada orang yang mengatakan kalau setakat berpegang-pegang atau adegan-adegan tertentu antara bukan mahram dalam drama dan filem tak payahlah diperbesarkan, disuruhnya pulak berfikiran terbuka jangan disempitkan.
"Astaghfirullah.. Sepatutnya usaha untuk menambah baik dan patuh pada perintah ALLAH wajib disokong, untuk akak yang bercakap demikian, bawak-bawaklah insaf, hidup didunia tidak lama, kuasa menteri pun apa sangat. Kita ini makhluk ALLAH, hamba ALLAH, kalau kita tidak mampu jadi baik tapi janganlah halang orang lain nak jadi baik…Yang haram tetap haram walau sekadar lakonan," tulisnya dilaman Facebook rasminya semalam.
Azalina dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata, isu adegan pasangan bercinta berpegangan tangan, berpelukan tidak perlu diperbesarkan kerana ia hanya sekadar lakonan yang tidak mengundang ke arah maksiat terhadap penonton.
"Isu ini dah jadi agak merepek kerana sesebuah drama atau filem merupakan industri kreatif dan apa yang dipaparkan di kaca televisyen hanyalah lakonan. Kalau nak cakap babak-babak itu boleh mengundang perlakuan tidak senonoh, rasanya tidak perlu medium televisyen kerana di internet, hanya di hujung jari saja sudah boleh mempengaruhi masyarakat.
"Kita tidak boleh berfikiran sempit. Kalau semua tak boleh, takkan nak bercakap dengan bantal?" kata Azalina yang mengulas garis panduan penerbitan drama dan filem yang dikeluarkan oleh LPF baru-baru ini.

Sumber : Sinar Harian
Read more ...