9 Ogos 2015

Lelaki berbogel depan Sogo?



AUTA:

TERSEBAR di laman sosial, apabila warga kota digemparkan dengan gelagat seorang lelaki yang berbogel dan berkeliaran di hadapan kompleks membeli belah Sogo, semalam.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 1 petang, apabila lelaki berusia lingkungan 30-an itu berjalan tanpa seurat benang menyebabkan orang ramai yang berada di kawasan
itu terkejut.

Lelaki berkenaan dikatakan kurang siuman dan sering berada di lokasi itu.

FAKTA:

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, selepas gambar itu menjadi viral, pihak keselamatan Sogo membuat semakan.

“Pemantauan dilakukan di Pertama Kompleks dan kawasan sekitarnya. Namun, didapati tiada lelaki berbogel di kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, pada jam 11.45 pagi, pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi menerima maklumat orang awam mengenai lelaki berbogel sedang di hadapan Sogo.

“Namun tiada individu yang dimaksudkan berada di kawasan itu,” katanya.
Read more ...