14 Ogos 2015

Kenapa tak pencen dari jadi blogger?


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Alhamdulillah. Buat masa sekarang ini, angah merasa gembira. Tiada sbearang tekanan yang mampu membuat angah rasa sedih. Mungkin di masa akan datang. Tapi, buat masa sekarang angah rasa, angah masih lagi dalam jadual. Semuanya masih boleh dikawal, sama ada masa untuk latihan, masa untuk buat assignment dan juga masa untuk study
Bila pulak masa untuk blog?
Sebenarnya untuk semester ini, angah tidak meletakkan harapan yang tinggi pada blog. Angah tidak meletakkan sesuatu masa dalam jadual harian angah untuk blog. Angah hanya berblog pada takat yang mampu. Jika ada laptop di hadapan angah ketika sedang membuat assignments, angah akan juga gunakan 5 minit untuk melihat dan update cerita di dalam blog.
Kenapa tak pencen dari jadi blogger?

Blogger mana yang sanggup tinggalkan dunia blogger? Sebagai seorang blogger, meninggalkan dunia blogger merupakan option yang terakhir. Walau bagaimana teruk pun dunia blogger sama ada dari segi positif mahupun negatif, angah mungkin tidak akan tinggalkan dunia blogger. Sebab apa? Ianya telah menjadi sebahagian daripada hidup angah. 
 

 
Read more ...

Chong Wei lepas geram, mara ke suku akhir

Assalamualaikum dan salam sejahtera



JAKARTA: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei semakin hampir dalam misinya merangkul gelaran juara pada Kejohanan Badminton Dunia apabila mara ke suku akhir, malam tadi. 
Kejayaan itu hadir selepas bekas pemain nombor satu dunia itu menewaskan pemain China, Wang Zhengming 21-17, 21-19 dalam aksi pusingan ketiga di Stadium Tertutup Istora Senayan. 
Riak wajah puas jelas terpancar di muka pemain berusia 33 tahun itu apabila dia menjerit sebagai tanda meraikan kemenangannya.
"Selepas setahun, saya kembali beraksi dalam Kejohanan Dunia. Tekanan memang ada kerana mahu mendapatkan semula kemuncak prestasi terbaik saya seperti ketika di Kejohanan Dunia (Copenhagen) tahun lalu, saya masih belum capai tahap itu lagi. "Saya menjerit bagi melepaskan geram. 
Esok sudah aksi suku akhir dan saya harap prestasi saya akan bertambah baik," kata Chong Wei sejurus tamat perlawanan. Pemenang dua pingat perak Sukan Olimpik itu, berkata Zhengming memberikan tentangan yang sengit tetapi dia bertekad untuk tidak mahu kalah kepada pemain China berkenaan. 
"Saya tidak pernah tewas kepada Zhengming dalam 13 perlawanan sebelum ini. Jadi, saya memang tidak mahu kalah kepadanya. Saya mahu habiskan perlawanan secara straight set kerana saya boleh menyimpan tenaga untuk aksi seterusnya," kata Chong Wei. 
Pada aksi suku akhir esok, dia akan menentang pemenang perlawanan antara pemain Hong Kong, Hu Yun. Sebagai rekod, pencapaian terbaik Chong Wei yang sudah sembilan kali beraksi di Kejohanan Dunia adalah muncul naib juara pada 2011 di London, 2013 di Guangzhou dan 2014 di Copenhagen.


Read more ...

Tazkirah Jumaat #34 : PATIENCE




"It is difficult to be patient but to waste the rewards for patience is worse."

- ABu Bakr (r.a)

Read more ...