26 Ogos 2015

Stacy Sah Peluk Islam, Terkilan Video Tersebar



Sumber : AstroGempak


Penyanyi popular Stacy Anam mengesahkan bahawa dirinya sudah memeluk Agama Islam dengan nama Islamnya Ummu Shaikhah Bt Anam.Stacy melafazkan  dua kalimah syahadah di Jabatan Agama Islam Johor Bahru pada Isnin, jam 10.00 pagi.
Pengakuan ini dibuat di Pusat Penyiaran Asia (Astro) petang tadi kira-kira jam 2:26 petang.
Kekasih kepada penyanyi Akim Ahmad itu memberitahu pada mulanya dia belum bersedia untuk mengumumkan status agamanya.
Namun setelah ia tersebar meluas di laman sosial semalam, Stacy mengambil keputusan untuk menjelaskan perkara tersebut kepada peminat supaya tidak timbul sebarang fitnah mahupun salah faham.
“Sepanjang saya bernafas di bumi ini, saya tidak mempunyai pendirian agama yang tetap. Saya menganuti agama Kristian kira-kira 3 tahun yang lalu selepas keluarga saya membuat keputusan untuk menganuti agama Kritsian.
“Saya berbesar hati menganuti agama Kristian, namun dalam hati saya alangkah seronok dan gembiranya saya memeluk agama islam pada ketika itu,” kata Stacy  kepada pihak media.
Dalam pada itu, Stacy yang turut ditemani oleh ibu bapanya mengakui terkilan dengan penyebaran video dan gambar berkaitan dengan pengucapan 2 kalimah syahadah di hadapan seorang saksi wanita yang menjadi viral.
“Saya inginkan ‘privacy’ mengenai keinginan saya memeluk agama Islam. Setelah tersebar gambar dan video itu saya agak rasa terkilan dengan sikap individu yang tidak bertanggungjawab.
“Sepatutnya saya ‘happy’ dan raikan untuk diri saya sendiri, tetapi dek kerana penyebaran gambar itu saya agak terganggu.
“Bagi saya benda yang suci amat tidak wajar dihebahkan dan perlu menghormati sempadan saya,” katanya dengan nada sedih.
Read more ...