29 Ogos 2015

Anda Sahabat.


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Menjadi seorang sahabat bukanlah senang. Kepercayaan yang dibina, semuanya perlu ikhlas datang daripada hati. Sahabat mempunyai maksud yang sangat-sangat mendalam. Ianya bukanlah satu frasa biasa, seperti frasa kawan. Sahabat dan kawan adalah berbeza.
Bagi angah sendiri, mencari kawan adalah senang sahaja. Tetapi untuk mencari seorang yang digelar sahabat, memerlukan beberapa kriteria yang membolehkan mereka itu digelar sebagai Sahabat.
Bukannya apa , kerana angah pernah berjumpa beberapa orang yang hampir boleh dipercayai tetapi rupanya ada sesuatu disebaliknya. Sikap talam dua muka, iaitu berperangai sebaliknya di belakang angah membuatkan angah rasa tertipu.
Nak jadi sahabat, bukanlah macam tu. Sudahlah bersikap talam dua muka, lepas tu terlampau judge orang. Angah tak suka dengan orang yang suka judge tanpa melihat latar belakang seseorang dahulu.  
 Sekian
Read more ...