4 September 2015

Tahniah!! Bloglist September 2015


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Angah ingin memberitahu anda bahawa angah telah memilih 27 blog terbaik untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist angah. Alhamdulillah. 27 blog ini dipilih berdasarkan respon mereka di facebook yang pantas.  Anda juga ingin join? In shaa Allah mungkin di masa akan datang, jika angah mencari lagi bloglist baru untuk bulan berikutnya.

Selain itu, angah juga ingin memberitahu anda semua bahawa senarai pemenang bakal diumumkan tak lama lagi bagi giveaway Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015. In shaa Allah dalam jangka masa terdekat.

  1. http://akuyangpostkauyangpanas.blogspot.com/
  2. http://anagurlz87.blogspot.com/
  3. http://www.yoorinmelacolea.blogspot.com/
  4. http://myzramz.blogspot.com/
  5. http://mulan-sahbanu.blogspot.com/
  6. http://sallyadan.blogspot.com/
  7. http://www.kataubaid.blogspot.com/
  8. http://www.rianalittlecuties.blogspot.com/
  9. http://akubudakkayu.blogspot.com/
  10. http://cikash.blogspot.com/
  11. http://www.mummysupplementshop.blogspot.com/
  12. http://kanvasdakwat.blogspot.com/
  13. http://purplestarz89.blogspot.com/
  14. http://juraidahrahman.blogspot.com/
  15. http://farhana-mohamad.blogspot.com/
  16. http://www.mreena.com/
  17. http://cxopportunities.blogspot.com/
  18. http://cikgufaizcute.blogspot.com/
  19. http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com/
  20. http://vithebat.blogspot.com/
  21. http://www.munirahizzan.com/
  22. http://www.mommylizz.com/
  23. http://www.nurfuzie.com/
  24. http://www.mariafirdz.com/
  25. http://beloved888.blogspot.com/
  26. http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/
  27. http://www.shuhaidakabdy.com/

Terima Kasih. 
Read more ...

Malaysia Di BELASAH UAE !!


Sumber : Berita Harian


KUALA LUMPUR: Emiriah Arab Bersatu (UAE) membelasah Malaysia 10-0 dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Abu Dhabi, sebentar tadi. 
Ini adalah kekalahan paling besar dan memalukan dalam sejarah bola sepak negara di pentas antarabangsa sejak negara merdeka 58 tahun lalu. 
Skuad Harimau Malaya bimbingan Dollah Salleh ketinggalan 7-0 pada separuh masa pertama. Jaringan pertama tuan rumah hadir pada minit ke-16, sebelum gol seterusnya pada minit 22, 24, 25, 29, 33 dan 39. 
Gol kelapan, kesembilan dan ke-10 diledak UAE pada minit ke-70, 76 dan 78. Sebelum ini, skuad negara tewas 6-0 kepada Palestin di laman sendiri. 
Sementara itu, keputusan dalam aksi kelayakan lain menyaksikan Korea Selatan membelasah Laos 8-0; Iran menjinakkan Guam 6-0; Australia membenam Bangladesh 5-0 dan Jepun menang ke atas Kemboja 3-0. 
Dalam satu lagi aksi kelayakan yang masih berlangsung, Qatar sedang mendahului Bhutan 8-0 di separuh masa pertama. 

Read more ...

Facebook catat 1 bilion pengguna sehari !!




Sumber : Berita Harian



LOS ANGELES: Buat kali pertama lebih satu bilion orang menggunakan Facebook dalam satu hari , kata pengasas syarikat berkenaan Mark Zuckerberg. Zuckerberg dalam satu tulisan berkata, kejayaan membanggakan itu dicapai Isnin lalu apabila "seorang bagi setiap tujuh orang di bumi menggunakan Facebook untuk berhubung dengan rakan dan keluarga." 
Facebook memiliki hampir 1.5 bilion pengguna yang mendaftar masuk sekurang-kurangnya sekali sebulan, namun jumlah yang dicatat itu adalah untuk satu hari tunggal. Syarikat itu mendapat pengguna ke satu bilion pada Oktober 2012. Laman media sosial itu diasaskan pada tahun 2004 oleh Zuckerberg ketika beliau masih seorang mahasiswa di Universiti Harvard. Dalam tulisannya kelmarin, beliau meramalkan capaian Facebook akan terus berkembang. 
"Ini adalah kali pertama kami memperoleh pencapaian membanggakan dan ini hanyalah permulaan untuk menghubungkan seluruh dunia," tulisnya. Julai lalu Facebook mendakwa lebih separuh pengguna dalam talian di dunia melawat laman sosial itu sekurang-kurangnya sekali sebulan. Ia hanya pada Oktober 2012 ketika Facebook kali pertama mengumumkan ia memiliki satu bilion pengguna menggunakan laman itu sekurang-kurangnya sebulan sekali dan kini, kurang tiga tahun kemudian, tapak media sosial itu berupaya menarik angka itu dalam satu hari tunggal. Persoalannya ialah bagaimana ia boleh terus berkembang? 
Pastinya akan ada satu ketika angka itu mendatar. Namun perjalanan itu dianggap masih jauh. Penulis baru saja kembali dari ibu pejabat Facebook di California untuk berbincang mengenai projek dalam perancangan. Pada dinding pejabat itu, ada peta negara dunia yang memaparkan negara dengan ramai pengguna Facebook. Tidak dinafikan, Amerika Syarikat, Eropah dan India hampir berada pada kemuncak penggunaan laman sosial terbabit. Namun ada jurang amat besar, di Afrika, kebanyakan negara di Asia dan sesetengah negara Amerika Latin, di situ Facebook kini bertumpu. -AGENSI

Read more ...