13 November 2015

Shah Alam / Kulim



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah. Hari ini angah diberi lagi peluang untuk menulis sedikit sebanyak cerita yang angah ingin kongsikan. Untuk pengetahuan anda semua, angah baru sahaja selesai menghabiskan pengajian peringkat Diploma di UiTM Shah Alam. Pengajian selama lima semester itu bermula sejak Jun 2013 sehinggalah Oktober 2015.

Macam-macam yang angah belajar daripada pengalaman belajar jauh daripada keluarga. Bila mana angah bersama keluarga, susah untuk angah keluar jalan-jalan. Nak dikatakan angah dikongkong keluarga, bukan sama sekali. Tetapi mungkin kerna kekangan pengangkutan. Sebab apa? Di kawasan rumah angah tiada sebarang pengangkutan awam. Jadi, sekiranya mahu kemana-mana ataupun mahu ke bandar, anda semestinya memerlukan pengangkutan sendiri.

Bila angah berada di Shah Alam, angah agak bebas. Maksud bebas di sini ialah bebas untuk kemana-mana. Sebabnya di bandar Shah Alam ada banyak pengangkutan awam. Kalau nak pergi Kuala Lumpur, pengangkutan yang ada pun memuaskan. KTM , bas Rapid dan macam-macam lagi ada di Shah Alam. Sangat memudahkan.


Bila angah tinggal di rumah keluarga. Susah untuk angah keluar. Jadi, angah hanya berada di rumah , atau melepak di rumah kawan-kawan yang hanya di sekitar kawasan rumah sahaja. Kalau teringin nak berjalan-jalan dengan lebih jauh, hanya dengan bersama family sahaja.

Apa-apa pun , kedua-dua tempat mempunyai positif dan negatifnya jugak.
Read more ...