17 September 2016

Cuti Sampai Penghujungnya


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Cuti seminggu sempena hari raya Aidiladha hampir tamat. Apa je yang aku buat kat rumah? Sebelum cuti ni , aku bercadang nak berlatih clarinet, nak siapkan assignment. Tapi? Semua tu aku tak buat pun.Sebab apa? Masa yang ada sangat-sangat tak cukup.

Bila bersama keluarga, aku lagi suka lepas-lepask. Sembang-sembang berbanding duduk seorang diri dalam bilik, main clarinet. Lagipun kalau nak berlatih dalam bilik, semua orang boleh dengar. Mengganggu pulak. So, sia-sia je bawak balik instrument tu.

Lupa nak beritahu, cuti raya haji ni jugaklah masanya semua ahli keluarga aku berkumpul. Aku yang tinggal di Shah Alam , pulang ke kampung. Begitu jugak dengan adik aku yang belajar dekat MRSM JASIN , dia jugak balik kampung sekali dengan aku. Kakak aku yang kerja dekat Penang pun balik jugak time cuti ni, so semua ahli keluarga ada dkt rumah.
Jadi , selepas ini aku mungkin akan lama berada di Shah Alam. Selama 10 minggu sebelum dapat pulang ke kampung. Lebih kurang tiga bulan jugak aku ada kt Shah Alam. Cuti ini aku terpaksa manfaatkan untuk bersama-sama keluarga.
Sekian. 
 

 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.