21 September 2016

Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik (Hons) Persembahan



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Kali aku nak cerita pasal study aku. Untuk pengetahuan korang semua, hujung tahun 2015 aku telah tamat pengajian Diploma Seni Muzik di UiTM Shah Alam. Jadi, aku tanpa berlengah lagi , terus berfikir tentang pengajian aku seterusnya. Jaid, aku memilih untuk menyambung pengajian di tempat yang sama, iaitu UiTM.
Untuk pengajian yang seterusnya, iaitu peringkat yang lebih tinggi, aku telah memilih Ijazah Seni Muzik (Hons) Persembahan. Di UiTM, sebanyak 4 course ditawarkan untuk peringkat pengajian Ijazah iaitu Ijzah Seni Muzik Pendidikan, Persembahan,Komposisi dan juga Perniagaan.
Aku memilih seni muzik persembahan , iaitu iajazah di dalam bidang muzik juga, tetapi lebih kepada persembahan. Untuk pengetahuan korang semua, aku sekarang berada di semester 4. Hanya tinggal baki 2 lagi semester untuk melengkapkan 6 semester untuk ijazah seni muzik persembahan ini.
Mesti korang pelik, macam mana aku boleh terus masuk semester 4, sedangkan baru habis diploma pada hujung tahun lepas? Ceritanya macam ni, aku masuk ijazah melalui tawaran penerapan. Aku diserap, jadi, aku terus lompat semester dan masuk ke semester 3, pada bulan Mac 2016. Semester tersebut berakhir pada Jun 2016. Setelah cuti semester selama 2 bulan, kini aku kembali ke semester baru iaitu semester 4.
Kenapa aku memilih kos ini sedangkan ada lagi kos lain yang menarik?

Nantikan entri berikutnya...

1 ulasan:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.