25 September 2016

Keputusan Final Exam Semester 3 Degree


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni aku nak cerita pasal semester 3. Untuk pengetahuan semua, aku terus lompat ke semester 3. Maksudnya aku tak payah masuk semester 1 dengan semester 2. Itulah untungnya bila mana kita adalah pelajar penerapan. Sebab aku daripada diploma so terus lompat ke semester 3, dan ada pengecualian kredit.
Untuk semester 3, aku ada 11 subjek. Semua subjek yang penting bagi aku sebab kalau satu je yang fail, habislah result!!

Ni senarai subjek yang aku kena amik masa semester 3 :-
  • CTU 555 - MALAYSIAN HISTORY
  • ELC590 - ENGLISH FOR PRESENTATIONS
  • ENT530 - PRINCIPLES OF ENTREPRENEURSHIP
  • MUF501 - FORUM III
  • MUF502 - AURAL TRAINING III
  • MUF504 - MUSIC THEORY III
  • MUF509 - PERFORMING GROUPS III
  • MUP430 - CHAMBER MUSIC
  • MUP503 - PERFORMANCE HARMONY
  • MUP504 - PRINCIPAL INSTRUMENT III
  • TGC401 - INTRODUCTORY GERMAN LEVEL 1 

Alhamdulillah, semuanya dah tamat. Aku dah berjaya habiskan semester 3 dengan jayanya. Walaupun ada banyak rintangan dan cabaran, tapi aku berjaya selesaikan bersama-sama rakan yang lain. 
Subjek yang aku rasa paling susah adalah subjek ENT530. Walaupun subjek ni langsung tak berkaitan dengan muzik, tapi subjek ni wajib diambil. Sudahlah kena menghafal fakta-fakta, kemudian kelasnya pulak pada hari jumaat. Subjek yang lain aku rasa sederhana susah. Bukanlah aku nak kata yang subjek lain tu senang, tapi bolehlah nak dapatkan lulus. Macam subjek MUP430, kita just kena perform dalam kelas, dan waktu final hanya perlu buat satu esei sahaja.
Untuk pengetahuan korang semua, result aku dah keluar. Dan ternyata ada dua subjek yang tercorot sekali. Maksudnya aku dapat gred paling rendah dalam subjek ini. Subjeknya ialah ELC590 dan jugak MUP504. Bagi subjek English, aku memang dah agak susah untuk aku dapat gred tinggi. Memang dah jadi lumrah dari sekolah rendah , tak pernah aku dapat A untuk English kecuali ketika PMR dan jugak SPM.
Untuk subjek principal instrument, aku akui yang aku lemah dalam bermain instrument yang aku sendiri pilih.  In shaa Allah aku akan berusaha untuk tingkatkan tahap permainan aku. Lagipun subjek ni tinggi kreditnya. Harap-harap aku berjaya tingkatkan gred subjek ini.

Kesimpulannya ,

Aku berterima kasih kepada semua individu yang membantu aku secara langsung atau tidak langsung dalam aku berusaha untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam semester 3. Mungkin result aku tidaklah secemerlang mana, tetapi setiap seorang daripada anda lah yang memungkinkan aku mendapat result yang baik. Kalau nak disenaraikan mungkin akan mengambil masa yang lama , tetapi aku rasa anda tahu siapa yang membantu. Tak lupa jugak kepada musuh-musuh dalam selimut, yang memberikan aku motivasi untuk lebih berjaya. Tanpa anda, mungkin aku tak ada motivasi untuk hidup.
Akhir sekali,terima kasih kepada family aku yang tak putus-putus membantu daripada masalah kecil sehinggalah sebesar-besar masalah. Mungkin ada ketikanya kawan bukanlah individu yang mampu membantu jadi, family lah bantuan yang paling afdhal dicari. 
 
 Sekian.


 

1 ulasan:

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.