31 Oktober 2016

GegarVaganza 3 : Kedudukan Peserta Minggu Ketiga





Konsert ketiga GegarVaganza musim ketiga (GV 3) menyaksikan Rem diumumkan sebagai bintang kedua yang tersingkir.Bertemakan Ada Bran, Rem telah menyampaikan lagu berjudul Penawar Rindu nyanyian asal Datin Orchid Abdullah.
Selain Rem, 10 bintang GV 3 memberikan saingan sengit membuatkan juri tetap Datuk Ramli MS, Datuk Khatijah Ibrahim dan juri jemputan Datuk DJ Dave sukar untuk menentukan siapa yang layak berada di kedudukan pertama.
Dalam pada itu, Zarul Umbrella telah diumumkan sebagai pemenang Anugerah Terbaik Paling Menyengat dan membawa pulang pakej ubahsuai ruang tamu bernilai RM10,000 dari Laurea Home Furnishing, baucer tunai tajaan Go Shop berjumlah RM1,000 dan barangan Pamoga Qu Puteh.

Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:
1. Azharina - No Women No Cry: "Amazing! Kamu boleh buat konsert dua jam. Saya suka apa yang kamu buat," - Datuk Khatijah Ibrahim.
2. Siti Sarah - Joget Sayang Disayang: "Kamu buat saya ketawa! Persembahan kamu kreatif dan tepat dengan tema lagu ini!" - Datuk DJ Dave.
3. Zarul Umbrella - Generasiku: "Persembahan kamu bagus. You did a very good job today!" - Datuk Ramli MS.
4. Gmie Screen - Seni Berzaman: "Wow! Suara kamu unik. Sebutan kamu bagus tetapi harus diperbaiki interaksi," - Datuk DJ Dave.
5. Nora - Sudah Ku Tahu: "Kamu harus betulkan low note. Tetapi persembahan kamu dah 95% okay. Mantap!" - Datuk DJ Dave.
6. Ameng Spring - Lelaki Seperti Aku: "Walaupun kamu lupa lirik, tapi persembahan kamu steady," - Datuk Ramli MS.
7. Intan Sarafina - Penantian: "Imej ini sangat sesuai dengan Intan. Sepatutnya Intan kekal dengan imej begini," - Datuk Khatijah Ibrahim.
8. Zur Eda - Karma: "Susah untuk menyanyikan lagu genre ini tetapi Zur Eda telah membawanya dengan baik," - Datuk Ramli MS.
9. Shidi Data - Mengapa Dikenang Mengapa Difikir: "Tak sangka kamu boleh carry lagu ini. Suara kamu pula semakin bagus," - Datuk Khatijah Ibrahim.
10. Elly Mazlein - Perawan atau Janda: "Nyanyian kamu ada salah tempat tadi. Tetapi feel kamu menyanyikan lagu itu okay," - Datuk Ramli MS.
11. Rem - Penawar Rindu: "Nyanyian kamu kedengaran kasar untuk lagu ini tetapi saya perlu bagi kredit. Good try!" - Datuk Ramli MS.
GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).Konsert minggu keempat GV 3 bakal membawa tema DuetVaganza dan 10 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.
Jika anda terlepas menonton konsert minggu GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @theputehtv
Sumber : Astrogempak
Read more ...

29 Oktober 2016

Takda Makna !!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Aku nak cerita pasal apa yang aku nampak depan mata. Mungkin kejadian ni hanya berlaku pada diri aku sahaja. Untuk entri sebelum ini aku ada cerita mengenai aku konvo dan alhamdulillah aku merupakan salah seorang penerima Anugerah Naib Canselor.

Sering kali aku dengar kenyataan daripada beberapa orang bahawa ANC bukanlah bermakna apa-apa. Apa perasaan korang bila dengar kenyataan macam tu ,sedangkan benda tu yang korang aim sejak awal masuk universiti? 
Betapa penatnya seseorang itu nak kekalkan prestasinya. Daripada semester pertama sampailah ke semester terakhir. Selalunya kenyataan macam tu datangnya daripada seorang yang resultnya tidak bagus. Mungkin ada unsur iri hati dalam kenyataan itu.

ANC TAKDA MAKNA!

Mungkin bagi kos yang aku amik ni ANC takdalah makna apa sangat. Sebab yang lebih penting adalah tahap teknik dan skill yang ada pada seseorang itu, tapi janganlah sampai apabila mendapat ANC itu menjadi satu dosa dalam diri seseorang itu. 

Pendapat aku sendiri , ANC tu merupakan satu bukti bahawa dia dah berjaya dapat sesuatu yang membanggakan bagi dirinya, keluarganya dan juga fakulti. Susah tau nak dapat ANC. Nak dapatkan anugerah dekan untuk satu semester pun dah perit inikan pula untuk keseluruhan pengajian.

Kesimpulannya, bersyukur dengan apa yang telah kita dapat. Tak perlu keluarkan kenyataan yang menampakkan anda iri hati dengan orang lain. Sekian. 
 
 
Read more ...

28 Oktober 2016

Konvokesyen UiTM KE 85 [ Aku dah tamat Diploma ]


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah , akhirnya aku berkesempatan untuk mencoret sesuatu di sini. Kali ni aku nak cerita pasal Konvokesyen. Pada tanggal 24 Oktober 2016 , merupakan hari yang paling bermakna dalam hidup aku. Ianya merupakan hari aku bergraduasi secara rasminya. Aku merupakan salah seorang pemegang skroll diploma bagi pengajian aku iaitu diploma seni muzik.

Pertama sekali , aku nak ucapkan jutaan terima kepada ibu dan bapa ku kerana telah membesarkan aku dari kecil tapak tangan sehinggalah kini. Terima kasih mak ngn abah sebab percaya angah walaupun pada mulanya angah macam tak dapat restu untuk amik bidang muzik ni. Angah tau , dah banyak mak ngan abah habiskan duit untuk angah. Kejayaan pada hari ini adalah sudah semestinya untuk mak ngah abah.


Gambar di atas ni pulak adalah gambar aku bersama-sama graduan daripada Fakulti Muzik yang dapat Anugerah Naib Canselor. Alhamdulillah. Untuk pengetahuan korang semua, ini adalah jumlah yang paling ramai untuk Fakulti Muzik. Sebelum ini, pelajar yang mendapat ANC tidaklah ramai sebegini. Dekan Fakulti , Dr. Ramona semestinya berbangga dengan konvokesyen kali ini.


Ini pulak adalah gambar bersama Timbalan Naib Canselor UiTM. Ini adalah untuk sesi pagi pada 24 Oktober. Alhamdulillah sekali lagi sebab aku termasuk dalam kalangan mereka yang bijak pandai.


Gambar yang terakhir ialah gambar bersama rakan-rakan satu batch ketika diploma. Rasanya ini hanyalah separuh sahaja daripada semua orang. Tahniah buat kita semua sebab dapat habiskan diploma on time. Semua dah berpisah, ada yang dah berkeluarga, ada yang dah berkarier bagus dan ada jugak yang menyambung pengajian ke tahap yang lebih tinggi.

Kesimpulannya , aku rasa begitu gembira. Dapat aku lihat daripada riak kedua ibu bapa aku, betapa mereka bangga dengan aku walaupun mereka tidak melafazkan sebarang kata mengenai perkataan bangga. Dari Kedah mereka datang ke Shah Alam untuk melihat aku naik ke atas pentas hanya untuk menerima skroll. Terima kasih mak abah. 


Read more ...

13 Oktober 2016

Alexa Rank 13.10.2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera




Bila ada masa terluang , aku akan cuba untuk check apa yang patut tentang blog. Kali ni aku check pasal Alexa Rank. Alhamdulillah, daripada berjuta-juta lemon sampai lah sekarang ni ada peningkatan prestasi. Walaupun masih lagi boleh dikatakan dalam peringkat bawahan, tapi aku rasa aku akan cuba untuk tingkatkan lagi selagi mampu.

Ranking Sebelum : 5.10.2016

Global Rank
2,346,487

Rank In Malaysia

11,266

Bolehlah kan daripada tak ada peningkatan langsung? Alhamdulillah. Aku ingat lagi satu masa  bila blog ni langsung tak ada ranking dalam alexa. Haha, sekarang alhamdulillah dah naik sikit. Terima kepada semua yang sudi baca blog ini. Tak kisah pun kalau korang silent reader.
Read more ...

Diuji Kerana Kita Mampu


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Betapa banyak cabaran dan dugaan bila mana menghadapi hidup. Mungkin cabaran yang harus kita tempuhi dirasakan sangat besar dan sukar untuk ditempuhi. Tetapi percayalah, bila mana saat dan ketika cabaran itu datang , kita pasti dapat melaluinya. Mungkin pada awalnya ada penghalang dan sebagainya, in shaa Allah bila mana doa dan usaha telah dilakukan , pasti anda mampu melaluinya.

Minggu ini , aku mempunyai banyak perkara penting. Antaranya presentation, nak kena submit video dan juga mock teaching. Sudah la ada tiga perkara penting, di tambah lagi dengan masa yang terhad. Boleh dikatakan setiap malam aku mempunyai latihan. Sama ada latihan untuk diri sendiri ataupun latihan untuk showcase orang lain.

Susah nak urus masa. Di tambah lagi dengan pelbagai kelas yang perlu diulangkaji terlebih dahulu, boleh aku katakan yang aku tiada masa rehat. Tidur aku hanyalah 6 jam sahaja. Mungkin akan ada yang mengatakan bahawa 6 jam itu sudah mencukupi , tapi bagi aku sendiri, tidur atau rehat yang betul-betul mencukupi adalah 8 jam.

Bila aku nak sediakan diri untuk presentation? Bila aku nak start buat video? Bila aku nak buat preparation untuk mock teaching? Semuanya berpusing-pusing dalam kepala otak aku. Mungkin akan ada yang nampak aku relaks je, tapi di dalam hati dan perasaan aku , siapa je yang tau?
 
Aku bukanlah seorang yang suka beritahu orang lain tetnang masalah aku, sebab aku tahu setiap orang ada masalah lain-lain, mungkin bila masalah tu aku tak dapat nak atasi, jadi aku perlukan sebarang pendapat daripada rakan-rakan. Tapi itu kes lain, kali ini aku rasa yang aku mampu untuk hadapai cabaran ini.
Doakan aku! 
 
 
 
 
 
 
Read more ...

Misi Pencarian Rakan Bloglist !



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Image result for bloglist

Hampir sebulan aku kembali ke dunia blogging. Alhamdulillah , aku rasa bersyukur kerana dapat melakukan apa yang aku suka. Baiklah , untuk pengetahuan anda semua, aku sedang mencari blog untuk dimasukkan ke dalam senarai blog aku. Aku selalu mencari entry-entry menarik yang dihasilkan oleh rakan-rakan blogger. Tetapi secara diam-diam. Haha, aku adalah silent reader!
Tujuan aku mencari bloglist kerana aku ingin blog-blog mereka yang selalu update entri di masukkan supaya aku dapat melihat entri-entri baru tanpa perlu cari di google atau tempat lain. Aku hanya perlu lihat di bloglist sahaja. Mudah bukan?
 Jadi, bagi sesiapa yang sudi bolehlah tinggalkan nama blog anda di ruangan komen ini. Aku tak kisah kalau ada berapa blog pun yang diletakkan di ruangan komen. Aku juga minta supaya anda juga meletakkan blog aku di dalam ruangan bloglis anda.
Terima kasih. 

p/s : Tiada tarikh tutup, aku hanya akan tamatkan bila-bila masa sahaja pencarian ini. 
Read more ...

9 Oktober 2016

Konvokesyen UiTM : Bahagian 1


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Konvokesyen UiTM kali ke 85 akan berlangsung pada bulan Oktober 2016. Aku merupakan salah seorang yang akan terlibat di dalam sidang konvokesyen tersebut. Jadi, untuk entri ini, aku akan membantu memberi sedikit penerangan berkenaan konvokesyen.
Pertama sekali , anda boleh layari laman web yang tertera di dalam gambar di atas. Alamat webnya adalah konvokesyen.uitm.edu.my . Kalau anda google pun dah boleh nampak macam apa yang tertera di dalam gambar di atas.

Kemudian, bila anda klik di link tersebut, akan terpapar gambar beramai-ramai manusia yang gembira kerana hari konvonya sudah tiba. Di atas gambar tersebut terdapat beberapa kotak atau perkataan yang anda boleh klik. Anda boleh je klik mana-mana kotak, tapi untuk lebih memudahkan kerja, anda klik link bahagian Istiadat Konvokesyen  ke 85.

Bila anda klik bahagian tersebut, tertera lebih banyak link berkaitan konvokesyen anda. Ada beberapa link yang bila kita klik, dia terus terpapar 404 error. Jadi, anda berhati-hati.


Untuk langkah pertama, ianya telah pun di tutup. Iaitu sahkan maklumat peribadi. Aku terima satu pesanan sms daripada pihak uitm berkenaan ini. Jadi, anda jangan risau kalau terlepas ke apa ke, sebab akan ada mesej daripada pihak uitm memaklumkan kepada kita sekiranya kita ini merupakan seoraang yang perlu diberitahu dahulu sebelum membuat sesuatu.

Langkah kedua dan terakhir telah pun dibuka dan masih berjalan. Langkah ini ialah pengesahan kehadiran. Di dalam bahagian ini, anda perlu sahkan kehadiran anda. Selain tu, borang pinjaman jubah juga ada di sini. Walau bagaimanapun anda perlu membayar yuran konvokesyen terlebih dahulu untuk mengambil jubah anda.
Yuran konvokesyen seperti yang tertera di dalam gambar adalah mengikut peringkat pengajian anda. Macam aku, peringkat pengajian aku adalah diploma, jadi aku hanya perlu membayar RM150 sahaja.

Pembayaran boleh dilakukan melalui dua cara iaitu melalui ATM atau melaluih kaunter Bank Islam. Macam aku sendiri, aku bayar melalui ATM, cepat dan mudah sahaja! Tak perlu nak ke kaunter dan menunggu apa bagai. Hanya pilih bahagian lain-lain dan kemudian pilih bahagian yuran ipt, dan masukkan no ic anda, nah, tertera no bil yuran konvokesyen anda 16 digit, terus bayar melalui atm tersebut. Tetapi pastikan dalam akaun anda ada wang berjumlah RM150.


Akhir sekali , anda perlu melakukan Kajian Pengesanan Graduan. Aku pun sebenarnya tak pasti apa tujuan sebenar kajian ini. Jadi, aku hanya isi mengikut aku punya pemahaman sahaja. Klik di link yang diberikan iaitu http://graduan.mohe.gov.my/v/ , kemudian hanya ikut sahaja apa yang diberitahu.
Jadi, setakat itu sahajalah yang aku tahu berkenaan konvokesyen uitm. Mungkin ada kekurangan di mana-mana dalam penerangan aku, tapi takpa, asalkan aku sendiri faham. Untuk anda yang ada soalan boleh tujukan soalan di ruangan komen. In shaa Allah , nanti aku update lagi untuk bahagian 2. 





Read more ...

8 Oktober 2016

Hari Sukan Negara 2016 : Taman Botani Negara Shah Alam


Assalamualaikum dan salam sejahtera



8 Oktober 2016 merupakan Hari Sukan Negara. Rasa-rasanya ianya masih baru lagi diwujudkan dalam beberapa tahun belakangan ini. Aku dan rakan-rakan sudah merancang untuk berbasikal di Taman Botani Shah Alam. Pada mulanya, kami semua tidak tahu pun bahawa hari ini adalah hari sukan negara, hanya cadangan semata-mata.
Tiket masuk ke dalam Taman Botani adalah RM3 untuk dewasa manakala RM1 untuk kanak-kanak. Aku rasa agak berbaloi jugak , sebab banyak binatang menarik dan benda-benda menarik. Kalau nak masuk rumah 4 musim , korang kena bayar RM3 di kaunter masuk.

Kemudian, kami pergi ke tempat basikal. Aku agak terkejut kerana harganya yang agak mahal. RM10 untuk sebuah basikal. (Basikal lama yang berkarat.) Kalau basikal baru RM15. Untuk sejam yang pertama begitulah harganya, manakala jam-jam berikutnya hanyalah RM1 sahaja.
Secara jujurnya aku katakan sangat menarik! Aku sangat menikmati pemandangan dan kehijauan. Aku rindu bunyi hutan. Walaupun penat, tetapi aku tetap teruskan. Ada jugak tasik di dalam kawasan taman botani ini.

Aku cadangkan korang semua untuk datang ke Taman Botani ini , kerana ianya sangat bagus untuk mereka yang suka akan rekreasi dan bersenam.

Sekian. 
 
 
 
 
Read more ...

5 Oktober 2016

Alexa Rank 5.10.2016


Assalamaualaikum dan salam sejahtera


Sudah lama tak check ranking blog ini. Sejak-sejak aku bertukar domain, pada awalnya, rankingnya sangat teruk dan tiada ranking di Malaysia. Alhamdulillah, lama kelamaan ranking semakin bagus.
Global Rank

2,766,632

Rank In Malaysia

12,947 

Terima kasih.

Read more ...

Membawa Bekal (Bento)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sekarang sudah menjadi rutin harian aku untuk membawa bekal ke fakulti. Walaupun terdapat 3 kafe dalam kawasan fakulti ,tetapi aku memilih untuk menyediakan bekal sendiri kerana ianya sangatlah menjimatkan wang dan masa. Kalau sebelum ini, aku sering menghabiskan wang hampir RM10 di kafe-kafe sekitar fakulti, tetapi kini aku dapat menjimatkan wang sebegitu banyak dengan memasak bekal di rumah sewa.

Mungkin apa yang aku lakukan ini sudah anda lakukan. Syabas buat diri anda!! Aku baru sedar bahawa makanan yang disediakan di kafe mungkin sedap, tetapi jika anda masak sendiri di rumah, mesti sedap juga! Untuk pengetahuan anda semua, aku baru berjinak-jinak dalam bidang masakan.

Aku mempunyai sebab aku sendiri kenapa aku mahu masak makanan dan membawa bekal dari rumah. Nanti aku ceritakan.. 
 

Read more ...

2 Oktober 2016

Apa Itu Karbohidrat?



Karbohidrat merupakan satu kemasan dari tenaga suria yang digunakan oleh semua kehidupan di bumi ini. Karbohidrat dibentuk melalui fotosintesis, yaitu sebuah proses gabungan yang melibatkan air, karbon dioksida dan pigmen hijau klorofil untuk menangkap tenaga suria. Hasil yang dikenali9 dengan nama glukosa (karbohidrat sederhana atau gula).
“Carbo”artinya karbon dan “hydrate” artinya air. Karbohidrat secara hampir exclusif hanya terdapat pada makanan nabati ( makanan nabati merujuk kepada makanan yang terdiri dari sayur-sayuran, biji-bijian, padi-padian, kacang-kacangan, dan buah-buahan)
Sistem pencernaan kita mengolah semua karbohidrat dengan cara yang sama, semua dipecah menjadi glukosa. Darah menyerap glukosa dari usus dan tubuh menggunakannya sebagai tenaga.

Menurut jenisnya karbohidrat dipecah menjadi dua:
1. Karbohidrat sederhana, menunjuk kepada gula (termasuk glukosa dan fruktosa dari buah-buahan dan sayuran, laktose dari susu dan sukrosa dari tebu atau gula tebu). 
2. Karbohidrat kompleks menunjuk kepada starch, juga termasuk cellulosa atau serat yang terdapat pada makanan nabati.
Apa hubungannya karbohidrat dengan gula?
Dari penjelasan diatas kita memahami bahawa karbohidrat didalam tubuh akan dipecah menjadi glucose (gula) dan darah akan membawa glucose (gula) keseluruh tubuh kita dan diserap tubuh dan diolah menjadi sebagai tenaga. Jadi gula juga karbohidrat.
Karbohidrat merupakan sumber tenaga yang paling banyak di dunia ini dan karbohidrat memberikan tenaga yang terbaik untuk berbagai fungsi tubuh manusia.Makanan yang menghasilkan tenaga juga boleh di dapati daripada sumber lain seperti lemak, atau protein, tetapi karbohidrat tetap merupakan sumber tenaga yang utama.
Makanan dengan kandungan kadar karbohidrat hampir 100% adalah gula pasir, makin putih warna gulanya, makin tinggi kandungan karbohidradnya.
Bahan makanan berkabohidrat tinggi : Gula, beras, gandum, ubi (semua jenis ubi, termasuk lobak merah), jagung, sagu.
Contoh makanan jadi yang berkarbohidrat tinggi:
Roti, Nasi, Jagung, Gandum, Mie, Bihun,, Kwetiaw,, Bubur, Kentang, Biskuit
Sebenarnya semua jenis sayuran mengandung karbohidrat, tapi karena kandungan seratnya yang tinggi, maka sayuran dimasukkan dalam makanan jenis berkarbohidrat rendah. Serat sendiri adalah karbohidrat juga sebenarnya (mengandung C,H dan O), tapi karena usus kita tidak boleh mencerna serat tumbuhan maka serat tersebut tidak boleh dicerna menjadi gula sederhana oleh usus manusia.
Ini berbeza haiwan seperti lembu, kambing atau lainnya, ususnya mempunyai enzim untuk mencerna serat tumbuhan menjadi gula sederhana. Gula sederhana (glukosa) adalah sumber tenaga bagi tubuh.

Read more ...

1 Oktober 2016

Apa Itu DIET ATKIN ?





Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea ?karbohidrat rendah dalam pemakanan? semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti ?low-fat diet? atau diet rendah lemak.

Melalui ?low-fat? diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai ?low carbohydrate diet? dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan      berat badan. 
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance


Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 Minggu Induction:


1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksam, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

Boleh Makan:
1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...

9.) Pizza? Makan topping sahaja.

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.


Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam

1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)


Carb = Karbohidrat
 
Jangan lebih daripada 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

Makanan Yang ?Diharamkan? Selama 2 Minggu Induction
1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan.

Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis? Dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak. 
Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.

Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.

Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.

Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.

Contoh Menu

Pagi: 

1.) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja.
- 0.6 hingga 1 gram karbohidrat

- 2 keping roti Gardenia Breaktru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan carbo is 10.1gm per 2 slices

2.) Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja.
- 0.5 karbohidrat

Tengahari: 
1.) Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap)
- 0 gram karbohidrat)

2.) ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula).
- 0 gram karbohidrat

3.) Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat
0.2 - 1 gram karbohidrat

- any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah..Lebihkan sayur2 hijau dan freash.

4.) ATAU makan salad sekali lagi


Malam: - sebelum jam 9.00pm:
Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.

1.)Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.

2.)Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.)
Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.

3.) Daging goreng kering

4.) ATAU steak lembu / kambing

Snacks: 
1.) 1 keping Cheddar cheese
2.) atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)
3) 2 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja)..makan pagi, tgh hari, ptg & malam pun takper..

Minuman: 
1.) Air biasa
2.) Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula


Syarat-syarat Induction
1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.

2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.

3. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.

4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.

5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.

6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.

7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.

8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!

9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.



Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet
Bahagian Daging:
1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.

2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. Kurangkan pengambilan sotong dan kerang.

Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.

2.)Mixed vegey dalam packet, elakkan. Jagung banyak karbohidrat, beli sayur fresh sahaja.

3.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.

Bahagian Sayur dan Buah-buahan:
1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.

2.) Elakkan buah-buahan.

Bahagian Makanan Ringan:
1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.

2.) Jauhi gula2 / coklat.


Section Makanan Dalam Tin:
1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.

2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!


Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:
1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.

2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.

3.) Cili boh okay, sebab 100% cili je.

Bahagian Makanan Dalam Botol:
1.) Check botol sos cili dan tomato. Tomato puree dalam tin tak bergula alternatif terbaik.

2.) Beli sos Tobasco Original = 0 gram karbohidrat.

3.) Worchester Sauce - check kandungan karbohidrat tak lebih dari 1 gram per serving.

4.) Steak / BBQ sauce - elakkan sebab banyak gula. Guna Worchester Sauce, cili boh, rempah sebagai alternatif.

5.) Mayonnaise - jenama Heinz paling baik sebab 0.3 gram karbohidrat per serving, atau Lady's Choice western recipe lagi baik dari original. Elakkan low-fat Mayo.

6.) Elakkan Thousand Island.

Bahagian2 Lain:
1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.

1.) Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain.
asalkan BUKAN nasi, roti.

2.) Fast food
McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja.
Pizza Hut - makan topping atau inti atas pizza, tapi roti pizza tu serahkan kepada mereka yang tak perlu kuruskan badan. Just makan cheese, daging, sayur - topping tu je.
Pilih salad sekali.
KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.

3.) Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.

Sebenarnya, makan diluar mudah je bila amalkan Atkins ni cuma elakkan nasi dan roti. Boleh kenyang makan ayam, ikan dan sayur je.

Selepas 2 minggu, bila dah capai berat badan yang diingini, biasakan balik makanan seperti roti (berserat tinggi) dan sikit nasi , tapi jangan banyak sangat, sebab badan anda akan jadi biasa tak makan benda2 tu. Yang penting, sihat dan cergas.

Bergantunglah pada anda. Kalau boleh teruskan tak makan nasi or roti, up to you. GULA dan produk bergula tinggi harus berpada-pada. Orang Melayu sekarang ramai menghidap diabetes (kencing manis), Dengan cara ini adalah salah satu cara untuk elakkan sebelum terkena penyakit tersebut.

Program ini adalah diet program dengan tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ni tidak ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan orang tu, program ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya.


Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.

Memang itu adalah perkara yang biasa yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.


Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.

Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.



Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari, dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, cuma kalau boleh buang kulit tu keran kulit adalah tidak sihat untuk kesihatan. Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan.


Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.

Kepada penggemar kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak mengambil gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah-buahan, dan pelbagai lagi.


Minum air kosong dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gula Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain-lain.

Tambahan kepada program tersebut, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.

Peringatan: Ibu hamil dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet.

Sumber : BLOG 
Read more ...