9 Oktober 2016

Konvokesyen UiTM : Bahagian 1


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Konvokesyen UiTM kali ke 85 akan berlangsung pada bulan Oktober 2016. Aku merupakan salah seorang yang akan terlibat di dalam sidang konvokesyen tersebut. Jadi, untuk entri ini, aku akan membantu memberi sedikit penerangan berkenaan konvokesyen.
Pertama sekali , anda boleh layari laman web yang tertera di dalam gambar di atas. Alamat webnya adalah konvokesyen.uitm.edu.my . Kalau anda google pun dah boleh nampak macam apa yang tertera di dalam gambar di atas.

Kemudian, bila anda klik di link tersebut, akan terpapar gambar beramai-ramai manusia yang gembira kerana hari konvonya sudah tiba. Di atas gambar tersebut terdapat beberapa kotak atau perkataan yang anda boleh klik. Anda boleh je klik mana-mana kotak, tapi untuk lebih memudahkan kerja, anda klik link bahagian Istiadat Konvokesyen  ke 85.

Bila anda klik bahagian tersebut, tertera lebih banyak link berkaitan konvokesyen anda. Ada beberapa link yang bila kita klik, dia terus terpapar 404 error. Jadi, anda berhati-hati.


Untuk langkah pertama, ianya telah pun di tutup. Iaitu sahkan maklumat peribadi. Aku terima satu pesanan sms daripada pihak uitm berkenaan ini. Jadi, anda jangan risau kalau terlepas ke apa ke, sebab akan ada mesej daripada pihak uitm memaklumkan kepada kita sekiranya kita ini merupakan seoraang yang perlu diberitahu dahulu sebelum membuat sesuatu.

Langkah kedua dan terakhir telah pun dibuka dan masih berjalan. Langkah ini ialah pengesahan kehadiran. Di dalam bahagian ini, anda perlu sahkan kehadiran anda. Selain tu, borang pinjaman jubah juga ada di sini. Walau bagaimanapun anda perlu membayar yuran konvokesyen terlebih dahulu untuk mengambil jubah anda.
Yuran konvokesyen seperti yang tertera di dalam gambar adalah mengikut peringkat pengajian anda. Macam aku, peringkat pengajian aku adalah diploma, jadi aku hanya perlu membayar RM150 sahaja.

Pembayaran boleh dilakukan melalui dua cara iaitu melalui ATM atau melaluih kaunter Bank Islam. Macam aku sendiri, aku bayar melalui ATM, cepat dan mudah sahaja! Tak perlu nak ke kaunter dan menunggu apa bagai. Hanya pilih bahagian lain-lain dan kemudian pilih bahagian yuran ipt, dan masukkan no ic anda, nah, tertera no bil yuran konvokesyen anda 16 digit, terus bayar melalui atm tersebut. Tetapi pastikan dalam akaun anda ada wang berjumlah RM150.


Akhir sekali , anda perlu melakukan Kajian Pengesanan Graduan. Aku pun sebenarnya tak pasti apa tujuan sebenar kajian ini. Jadi, aku hanya isi mengikut aku punya pemahaman sahaja. Klik di link yang diberikan iaitu http://graduan.mohe.gov.my/v/ , kemudian hanya ikut sahaja apa yang diberitahu.
Jadi, setakat itu sahajalah yang aku tahu berkenaan konvokesyen uitm. Mungkin ada kekurangan di mana-mana dalam penerangan aku, tapi takpa, asalkan aku sendiri faham. Untuk anda yang ada soalan boleh tujukan soalan di ruangan komen. In shaa Allah , nanti aku update lagi untuk bahagian 2. 





1 ulasan:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.