28 Oktober 2016

Konvokesyen UiTM KE 85 [ Aku dah tamat Diploma ]


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah , akhirnya aku berkesempatan untuk mencoret sesuatu di sini. Kali ni aku nak cerita pasal Konvokesyen. Pada tanggal 24 Oktober 2016 , merupakan hari yang paling bermakna dalam hidup aku. Ianya merupakan hari aku bergraduasi secara rasminya. Aku merupakan salah seorang pemegang skroll diploma bagi pengajian aku iaitu diploma seni muzik.

Pertama sekali , aku nak ucapkan jutaan terima kepada ibu dan bapa ku kerana telah membesarkan aku dari kecil tapak tangan sehinggalah kini. Terima kasih mak ngn abah sebab percaya angah walaupun pada mulanya angah macam tak dapat restu untuk amik bidang muzik ni. Angah tau , dah banyak mak ngan abah habiskan duit untuk angah. Kejayaan pada hari ini adalah sudah semestinya untuk mak ngah abah.


Gambar di atas ni pulak adalah gambar aku bersama-sama graduan daripada Fakulti Muzik yang dapat Anugerah Naib Canselor. Alhamdulillah. Untuk pengetahuan korang semua, ini adalah jumlah yang paling ramai untuk Fakulti Muzik. Sebelum ini, pelajar yang mendapat ANC tidaklah ramai sebegini. Dekan Fakulti , Dr. Ramona semestinya berbangga dengan konvokesyen kali ini.


Ini pulak adalah gambar bersama Timbalan Naib Canselor UiTM. Ini adalah untuk sesi pagi pada 24 Oktober. Alhamdulillah sekali lagi sebab aku termasuk dalam kalangan mereka yang bijak pandai.


Gambar yang terakhir ialah gambar bersama rakan-rakan satu batch ketika diploma. Rasanya ini hanyalah separuh sahaja daripada semua orang. Tahniah buat kita semua sebab dapat habiskan diploma on time. Semua dah berpisah, ada yang dah berkeluarga, ada yang dah berkarier bagus dan ada jugak yang menyambung pengajian ke tahap yang lebih tinggi.

Kesimpulannya , aku rasa begitu gembira. Dapat aku lihat daripada riak kedua ibu bapa aku, betapa mereka bangga dengan aku walaupun mereka tidak melafazkan sebarang kata mengenai perkataan bangga. Dari Kedah mereka datang ke Shah Alam untuk melihat aku naik ke atas pentas hanya untuk menerima skroll. Terima kasih mak abah. 


2 ulasan:

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.