26 November 2016

Cuti Seminggu : Sibuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Sudah lama rasanya aku tak tulis sebarang entri. Mungkin kerana sibuk dengan kerja-kerja degree. Biasalah , di hujung-hujung semester, sudah semestinya setiap pelajar mula merasakan tekanan. Aku sendiri sibuk dengan latihan dan juga persediaan untuk exam.

Untuk pengetahuan anda semua,aku terlibat dengan Concert Composer Series 2016. Apakah itu? Nanti aku ceritakan dalam entri khas berkenaan konsert berkenaan. Sesungguhnya banyak pengalaman dan pengetahuan yang aku dapat bila mana aku sertai konsert berkenaan.

Untuk pengetahuan semua , semua pelajar degree UiTM mendapat cuti selama seminggu. Setelah 10 minggu berhempas pulas, kini tiba cuti pertengahan semester. Walaupun bagi aku sendiri bukanlah seperti cuti , sebab aku terpaksa berlatih untuk recital. Apa itu recital? Nanti aku ceritakan dalam entri khas.
Sekian sahaja entri aku hari ini. Dah penat, nak tido kejap.
Sekian. 
 
 
Read more ...

18 November 2016

"Anak- anak membesar, ibu bapa semakin tua."



Assalamualaikum dan salam sejahtera


"Perkara paling aku takut adalah melihat ibu bapa aku semakin tua."

Dalam tak sedar, semakin hari bukan kita sahaja yang semakin berusia, tetapi juga kedua ibu bapa kita. Kalau di masa kecil , seringkali terfikir bilalah diri nak membesar, tetapi kita lupa bahawa bukan kita sahaja yang membesar.
Kerap kali aku terfikir , boleh tak kalau aku membesar tetapi kedua orang tua aku tak perlu tambah umur lagi. Aku takut sangat. Aku takut bila nak hadapi perpisahan di dunia. Bila aku fikir balik , banyak jasa kedua orang tua aku membesarkan 4 orang anak.
Aku takut nak mintak duit daripada parent. Aku akui sekarang ini , ketika belajar , aku terpaksa mengikat perut dan hanya berharap pada rezeki sahaja. Susah untuk aku meminta wang daripada parent. Kerana apa? Aku sedar, bila aku balik rumah, kadang-kadang susah untuk keluarga aku membeli barang-barang. Kerana keluarga yang ramai.
Bila mana aku makan mahal-mahal seperti KFC, aku terfikir , apa yang parent aku makan dekat rumah? Bila aku beli baju baru , aku terfikir pernah tak parent aku dapat baju baru? Baru aku sedar , dah lama mereka tak beli baju baru. Jadi , aku takut nak minta baju baru. 
PTPTN
Sebab tu bila mana aku dapat PTPTN, aku akan berikan kesemuanya kepada parent aku. Walaupun duit itu untuk pendidikan aku , tapi aku rasa baik aku bagi dekat parent. Pernah mak aku tanya , " Kalau mak amik RM200 dari angah punya PTPTN takpa ka?". Apa perasaan anda semua? Aku sedih bila fikir pasal keluarga.
Aku rasa bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang harmoni.Susah untuk tengok keluarga aku bergaduh. Beberapa sahabat aku mempunyai masalah dalam keluarga mereka, contohnya cerai berai dan lain-lain. Aku bersyukur sangat sbb ayah aku sangat sayangkan mak aku.
Bila aku tengok balik gambar-gambar yang diambil dari tahun ke tahun, aku dapat lihat perbezaan ketara pada wajah kedua ibu bapa aku. Mereka semakin tua. Aku tak dapat terima bahawa suatu hari nanti mereka akan meninggalkan aku. Bila aku tengok orang tua yang sangat tua, aku terfikir adakah nanti parent aku akan tua macam tu?
Akhir sekali , aku berikan kepada anda semua sebuah video sedih tentang ibu bapa. 
 Sekian terima kasih.

Read more ...

17 November 2016

Ulasan 10 Muzik Video Terbaik Dato Siti Nurhaliza



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Kali ini aku nak ulas 10 muzik video terbaik yang pernah dihasilkan oleh Dato Siti Nurhaliza sepanjang pembabitan beliau dalam industri seni suara. Sememangnya penyanyi No 1 negara ini tidak pernah lekang daripada persada seni negara. Setiap tahun pasti akan ada khabar berita daripada beliau sama ada mengenai nyanyian mahupun kebajikan yang dilakukan. Oleh itu , mari kita lihat 10 muzik video terbaik yang dihasilkan.

1. Tak Boleh Lupa


Merupakan sebuah lagu dipetik daripada album Adiwarna (1998). Bagi aku sendiri muzik video ini mempunyai penceritaan tersendiri. Kita boleh lihat dalam video tersebut , bagaimana Dato Siti menjadi seorang pelayan restoran. Plot jalan cerita yang simple iaitu perkenalan antara pelayan wanita dan seorang lelaki di dalam restoran. Kemudian mereka keluar bersama dan bercinta, tetapi terhenti kerana lelaki tersebut mempunyai wanita lain. Di akhir video , ada seorang lelaki lain yang datang ke restoran tersebut.
:: Mudah difahami dan menarik.  


2. Gelora Asmara



Sebuah lagi lagu yang dipetik daripada album yang sama iaitu album Adiwarna (1998). Sebuah muzik video yang mudah. Hanya melibatkan Dato Siti seorang sahaja dari awal sehingga akhir. Bagi pendapat aku sendiri , video ini boleh digambarkan sebagai seorang pengantin yang lari daripada kenduri kahwin. Hahaha.*opss. Kemudian mengikut lirik lagu ini, ianya seperti seorang yang pernah dikecewakan bertemu dengan seseorang. Apa yang menarik perhatian aku adalah bila Dato Siti sendiri memakai gaun pengantin di celah-celah kayu atau ranting. Beliau seumpama Cinderrela yang sedang lari apabila waktu sihirnya sudah hampir tamat.
:: Pemandangan dan juga gaun pengantin yang cantik. 

3. Badarsila



Sanggar Mustika (2002) merupakan album tradisional Dato Siti Nurhaliza yang ke 3. Menghimpunkan lagu-lagu berhantu seperti Nirmala, Kurik Kundi dan Badarsila. Bercakap tentang muzik video, aku memilih muzik video Badarsila ke dalam senarai kerana muzik video ini sangat klasik. Klasik dari segi pemilihan tempat serta suasana yang digambarkan. Pendapat aku , muzik video ini tentang seorang gadis melayu yang sedang berbicara sendirian. Apa yang menarik adalah apabila orang di belakang menari di sesetengah babak. Cukup melambangkan budaya melayu.
:: Hanya kipas tahun 50-an dan buku-buku di atas meja sudah menjadikan video ini menarik. 

4. Debaran Cinta




Muzik video yang sangat lain dimana kita semua dapat melihat Dato Siti Nurhaliza berlakon secara keseluruhannya. Dipetik daripada album E.M.A.S (2003), sebuah lagu yang menarik tentang cinta. Secara ringkasnya , muzik video ini tentang seorang wanita dan tiga rakannya. Wanita tersebut terpaksa berpisah dengan lelaki yang rapat dengannya. Beberapa tahun kemudian, mereka sudah bekerjaya, dan wanita tersebut masih lagi merindui kenangan silam. Di akhir video , si wanita mendapat emel daripada si jejaka. Ringkas tetapi romantik. 
Banyak babak yang aku suka. Antaranya bila mana part Dato Siti bermain futsal dan Nicholas Saputra menunjukkan riak wajah yg risau. Selain itu , babak Dato Siti Dan Nicholas menang sebagai pasangan terbaik. Sangat menarik!
:: Salah satu video yang aku suka sebab ada 3R dan juga Nicholas Saputra

5.  Ku Milik Mu




Dipetik daripada album E.M.A.S (2003) sebuah lagu yang bertajuk Ku Milikmu. Sememangnya lagu ini mempunyai sejarahnya tersendiri iaitu lagu yang berjaya melangkah ke final AJL 2003.  Apa yang menarik adalah muzik video ini adalah satu lagi kerjasama antara pihak Dato Siti dan juga TM , sama seperti muzik video Debaran Cinta. Apa yang menarik adalah busana beliau dan juga rambut. Rambut AFRO!! Menarik kerana kita dapat melihat bagaimana teknologi digunakan dengan lebih meluas dalam video klip.
:: Dapat lihat perubahan beliau melalui peredaran masa. 

6. Dialah Di Hati




Album Prasasti Seni (2004) merupakan salah satu album terbaik yang pernah dihasilkan. Video klip yang dihasilkan juga cukup berkualiti. Dialah Di Hati merupakan single daripada album tersebut. Apa yang menarik tentang video klip ini adalah tarian capoeira. Sungguh unik bagaimana tarian tersebut dapat menjadikan video klip ini menarik. Dengan busana merah yang sangat cantik , sememangnya video yang simple ini memang bagus.
:: Tarian menarik dan muzik video bagus. 

7. Pejam Mata Mu



Sekali lagi , daripada album Prasasti Seni (2004) , sebuah lagu yang jarang kita dengar Dato Siti nyanyikan. Muzik video yang ringkas , tentang wanita dan lelaki. Apa yang menarik sudah semestinya terdapat elemen-elemen percintaan antara lelaki dan wanita. Selain itu, wajah beliau yang sangat jelita sungguh menawan. Dapat dilihat juga beliau menggunakan komputer berjenama Apple. *HAHAHA.
:: Tahniah untuk muzik video dan lagu yang sangat merdu. 

8. Seindah Biasa


Lagu Seindah Biasa merupakan lagu daripada album Prasasti Seni (2004). Lagu ini sangat merdu dan sering kali diputarkan setiap tahun tanpa jemu. Mengenai video klip, apa yang menarik adalah di permulaan dapat kita lihat Dato Siti sendiri memandu kereta antik. Kemudian , di kawasan hutan rimba yang cantik, terdapat pula seekor kancil atau pelanduk? Sangat menarik. Apabila flora dan fauna dimasukkan ke dalam video klip bagi lagu yang penuh bersemangat ini. Salah sebuah video klip terbaik!
:: Seindah Biasa sememangnya lagu tema bagi peminat Dato Siti Nurhaliza 

9. Bisakah




Lagu yang dipetik daripada album terbaik yang pernah dihasilkan beliau iaitu Transkripsi (2006) , lagu ini merupakan lagu ciptaan Aubrey Suwito. Video klip yang sangat mengujakan. Apa yang menarik adalah apabila Dato Siti boleh diibaratkan sebagai seorang bidadari yang membantu memberikan semangat buat seorang wanita yang agak jauh tersesat. Agak sedih apabila melihat wanita tersebut tidak diterima keluarganya , dan di pengakhiranya keluarganya menerima wanita tersebut. Siapa wanita tersebut ? Nadiya Nissa!!
Sebuah muzik video yang penuh penceritaan dan sedih. Berlatarbelakangkan KG Baru , Kuala Lumpur dan juga KLCC. Sangat menarik.
:: Nadiya Nissa di awal pembabitannya dalam bidang lakonan. 

10. Menatap Dalam Mimpi



Untuk akhir sekali , aku dah pernah ulas secara keseluruhan di dalam entri lain, (Lihat entri) muzik video Menatap Dalam Mimpi daripada album Unplugged (2015). Sebuah muzik video yang sangat cantik. Bagaimana seseorang itu rindukan bapanya. Dan di taman yang penuh dengan bunga-bunga. Sesungguhnya ianya merupakan penanda aras bagi kejayaan beliau dan pencapaian beliau. Tahniah.
:: Tak sabar tunggu muzik video terbaru!! 



Fuhh... 10 muzik video terbaik yang pernah dihasilkan beliau. Aku rasa ada lagi beberapa muzik video yang boleh dimasukkan dalam senarai contohnya macam muzik video Sebenar Cinta di mana ada Rosyam Nor dalam muzik video tersebut. Menarik kan? Apa yang aku harap adalah semoga selepas ini lebih banyak muzik video yang menarik di hasilkan oleh pihak pengurusan beliau. 

Sekian Terima kasih. 









Read more ...

15 November 2016

Alexa Rank 15.11.2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sudah lama rasanya aku tak check ranking blog ini. Ada sedikit penurunan bagi raking di dalam Malaysia dan juga peningkatan bagi global ranking. Alhamdulillah. Mungkin ramai orang luar negara yang hadir ke blog ini?
Global Rank

1,973,004

Rank In Malaysia

26,300

Kalau sebelum ini ranking bagi global adalah lebih 2 juta tetapi sekarang sudah berada di bawah paras 2 juta manakala bagi ranking dalam Malaysia sebelum ini berada di bawah 20 ribu dan sekarang sudah menurun ke tangga yang lebih jauh.
Apa-apapun aku ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi datang dan singgah di blog aku yang tak seberapa ini.

Sekian. Terima kasih. 
 



Read more ...

Problem vs Masalah


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Semua orang ada masalah tersendiri. Mungkin bukan hari ini , tetapi mungkin di masa akan datang mahupun di masa lampau. Semua masalah ketika kita sedang alami , pastinya diri ini akan merasakan bahawa ianya sukar untuk diselesaikan.
Ada manusia yang mampu menyelesaikan masalah dengan cara tersendiri dan ada juga manusia yang melarikan diri dari masalah kerana mungkin ianya adalah cara paling senang untuk hidup dengan lebih tenang.
Sebenarnya , bagi diri aku sendiri, setiap masalah ada penyelesaiannya. Kadang-kadang aku rasa kita sendiri yang selalu menganggap bahawa masalah itu terlampau besar. Padahal , apabila kita melaluinya, ianya bukanlah satu perkara yang besar.
Tekanan di waktu bekerja atau diwaktu  belajar merupakan satu masalah bagi diri aku sendiri. Tambahan pula bila segalanya serba tak menjadi. Apa yang kita rancang semuanya bercelaru.
Untuk pengetahuan semua , sekarang ni aku berada di minggu-minggu terakhir pengajian untuk semester ini. Bila sebut sahaja minggu terakhir , bermakna pelbagai assignment dan juga latihan perlu dilakukan ketika ini. Hampir ke semua subjek yang aku ambil untuk semester ni memberikan tekanan yang hebat.
Apa yang aku harap, supaya anda semua dapat doakan supaya aku dapat lulus dengan cemerlang untuk semester ini.

Sekian. 
 
 
Read more ...

14 November 2016

Gegarvaganza 3 : Kedudukan Peserta Minggu Ke Lima

Assalamualaikum dan salam sejahtera




Sumber : Astrogempak

Konsert kelima GegarVaganza musim ketiga (GV 3) menyaksikan Shidi Data diumumkan sebagai bintang keempat yang tersingkir. Bertemakan HitsVaganza, Shidi telah menyampaikan lagu berjudul Ratuku nyanyian asal Awie. 
Selain Shidi, lapan bintang GV 3 memberikan saingan sengit membuatkan juri tetap Datuk Ramli MS, Datuk Khatijah Ibrahim dan juri jemputan Datuk Zainal Abidin sukar untuk menentukan siapa yang layak berada di kedudukan pertama.
Dalam pada itu, Azharina telah diumumkan sebagai pemenang Anugerah Persembahan Pentas Paling Menyengat. Azharina berjaya membawa pulang pakej pengubahsuaian bilik tidur tajaan Laurea Home Furnishing, baucer tunai tajaan Go Shop berjumlah RM1,000 dan barangan Pamoga Qu Puteh.
Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100%  oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:
1. Azharina - Berhenti Berharap: "Kamu paling intelek, I like it very much, well done!" - Datuk Ramli MS.
2. Zarul Umbrella - Ku Rela Dibenci: "You have the package. Saya dapat rasa awak gementar tapi awak dapat deliver very well!" - Datuk Khatijah Ibrahim.
3. Gmie Screen - Sentuhan Kecundang: "Makin hari makin bagus. Feel sungguh bagus. Gmie took the challenge and give me the best," - Datuk Khatijah Ibrahim.
4. Intan Sarafina - Jika Kau Rasa Getarnya: "Anda menyusahkan kerja saya. Peningkatan sama rata semuanya. Rasanya macam ni tak ada orang keluar kot," - Datuk Ramli MS.
5. Siti Sarah - Purnama Merindu: "Walaupun kamu tidak sihat tapi kamu boleh deliver the song so well!" - Datuk Khatijah Hassan.
6. Nora - Kasih: "Satu persembahan yang sangat simple tapi ia menarik dan lagu sesuai untuk awak," - Datuk Zainal Abidin.
7. Zur Eda - I Will Survive: "Anda menguasai pentas dengan baik. It was a complete show!" - Datuk Zainal Abidin.
8. Ameng Spring - Tiara: "Nyanyian bagus, ada tarikan di atas pentas. Sesuatu yang menarik. Tahniah," - Datuk Zainal Abidin.
9. Shidi Data - Ratuku: "I'm very happy. Kamu makin meningkat. Thank you very much," - Datuk Ramli MS.

GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).
Konsert minggu keenam GV 3 bakal membawa tema RockDut dan lapan bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @sharpshooter_photographer 
Read more ...

Pemenang Pencarian Bloglist November & December


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Akhirnya sudah sampai ke waktu untuk mengumumkan pemenang bagi pencarian bloglist November dan December. Sebelum pengumuman di jalankan , aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada 30 blogger yang sudi join pencarian ini. Selain itu , terima kasih juga kepada mereka yang sudi hadir ke blog ini.

Baiklah , sebanyak 15 blog akan dipilih daripada senarai blog yang sertai pencarian ini.



















Tahniah diucapkan kepada mereka yang terpilih. Kepada yang tidak terpilih , terima kasih kerana meluangkan masa untuk sertai pencarian ini. In shaa Allah , di lain waktu, pasti rezeki akan memihak kepada anda.

Terima kasih. 

Read more ...

12 November 2016

Pencarian Bloglist November & December




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan suka citanya aku ingin mengumumkan bahawa Pencarian Bloglist bagi bulan November dan December telah dilancarkan. Sebanyak 15 blog yang bertuah akan dimasukkan ke dalam senarai bloglist blog ini selama 2 bulan berturut-turut. Lumayan kan?

Tujuan utama pencarian kali ini adalah untuk mencari rakan-rakan blogger yang baru. Dengan adanya pencarian bloglist, aku dapat mengenali rakan-rakan blogger baru dan dapat berkenalan secara lebih dekat. 

Cara-cara menyertai :-

1. Follow Blog Ini : Aerillhassan.com
2. LIKE page facebook di bawah :-

3. Buat satu entri bertajuk Pencarian Bloglist November & December
4. Masukkan banner di atas ke dalam entri tersebut, linkkan banner tersebut ke entri ini.
5. Siap!! 
 Senang sahaja cara untuk menyertai pencarian bloglist ini. Aku berterima kasih kepada anda semua yang sudi menyertai pencarian bloglist ini. In shaa Allah semoga dengan adanya pencarian ini dapat menambah lagi bilangan rakan-rakan blogger. Selain itu, aku juga berharap agar semua rakan blogger dapat menguar-uarkan pencarian bloglist ini.

Pencarian tamat pada 12 November 2016 

Update :-

a) Senarai Peserta 


Read more ...

9 November 2016

Isu Semasa : Ibu Bapa Manja atau Anak Dimanjakan?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Aku terpanggil untuk mengulas tentang suatu berita yang kecoh di semua sosial media. Iaitu tentang isu murid didenda duduk di jala tar kerana datang lewat. Isu ini digembar gemburkan oleh orang ramai. Apa yang dilihat juga adalah berkenaan pendirian pihak ibu bapa terhadap perkara ini.
Ibu bapa pelajar tersebut seumpamanya menyalahkan pihak sekolah kerana memberi denda yang sebegitu "kejam" terhadap anak mereka. Duduk di atas jalan tar merupakan satu perkara yang sangat kejam untuk dijadikan denda. Mungkin itulah yang berada di fikiran ibu bapa.



Sebenarnya, bagi aku sendiri ianya bukanlah teruk mana pun, malah lebih baik kerana boleh duduk dan bukan berdiri di atas jalan tar. Untuk pengetahuan semua, ketika aku bersekolah di asrama penuh, perhimpunan harian setiap hari akan dijalankan di atas jalan tar , ianya di panggil Dataran Kecemerlangan. 100% jalan tar. Perhimpunan dijalankan di mana semua pelajar perlu berdiri temasuk la pengawas. Yang duduk hanyalah guru-guru.

Tetapi ketika itu , tiada sesiapa yang membangkitkan soal duduk di atas jalan tar. Kawasan perhimpunan sekolah aku sama seperti dalam gambar di bawah , malah kawasananya 100 % adalah TAR DAN BUKANNYA SIMEN.



Ya , mereka marah kerana anak kesayangan mereka diperlakukan serupa itu. Sudahlah datang lewat ke sekolah , diberikan denda DUDUK di jalan tar pun sudah melenting. Mungkin selepas ini , untukd enda datang lewat , mereka perlu diberikan kerusi empuk di dalam bilik yang berhawa dingin, kemudian ibu bapa datang dan ambil gambar. Mungkin denda yang sebegitu mereka mahukan?

Persoalannya , siapakah yang manja? Anak yang dimanjakan atau ibubapa mempunyai sifat manjakan anak terlampau atau apa? 
Sumber gambar : Google Image
Read more ...

8 November 2016

FORUM : Selesai subjek Forum semester ini.


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Kali ini aku nak cerita pasal apa yang terjadi pada pagi tadi. Syukur ke hadrat Ilahi kerana aku berjaya membuat persembahan dengan lancar untuk subjek Forum. Apa itu Forum? 
Untuk pengetahuan anda semua, Forum adalah subjek yang PERLU diambil oleh semua student Diploma , Ijazah Persembahan , Ijazah Pendidikan dan juga Ijazah Komposisi. Ianya merupakan subjek dimana setiap pelajar perlu mempersembahkan dua buah lagu setiap semester.


Gambar di atas menunjukkan aku dan rakan aku sedang berduet di atas pentas.

Subjek ini sebenarnya sangatlah mudah untuk lulus. Anda hanya perlu membuat persembahan sebaik mungkin dan juga PERLU menghadiri konsert atau pun recital dengan cara mengumpul tiket konsert tersebut. Macam untuk aku sendiri, sebanyak 6 tiket konsert perlu dikumpul sepanjang semester berjalan.

Dalam gambar yang pertama , itu merupakan dua lagu yang aku persembahkan di hadapan 5 orang pensyarah dan juga rakan-rakan sefakulti. Ya, anda akan dinilai dan diberi markah di dalam borang seperti mana yang tertera dalam gambar di bawah.



Pelajar perlu menyediakan 4 borang iaitu yang pertama  adalah borang sinopsis lagu. Setiap lagu yang anda pilih untuk dipersembahkan perlu mempunyai sinopsis dan juga dipersetujui oleh lecturer principal anda. Lecturer principal adalah lecturer pengajar instrument anda.
Borang yang seterusnya adalah borang komen. Di situlah anda dapat melihat komen-komen pensyarah anda dan juga permarkahan anda. Ianya ibarat berada di Konsert Gegarvaganza dan anda adalah peserta manakala pensyarah adalah juri tetap. Cuma berbeza disini tiada penyingkiran jika anda mendapat markah teruk, anda cuma gagal dan perlu ulang kembali persembahan anda dilain masa dalam semester. 
Apa aku rasa?
Untuk persembahan aku pada pagi tadi , ianya merupakan sesuatu yang berbeza di mana ini adalah kali pertama aku melakukan duet bagi kedua-dua lagu sekali. Selain itu, aku juga risau tentang penerimaan pensyarah terhadap senarai lagu yang aku pilih kerana ianya mungkin tidak mencapai tahap pelajar ijazah.
Tetapi , alhamdulillah kerana semuanya berjalan lancar. Untuk pengetahuan anda markah penuh bagi setiap lagu adalah 50. Aku pula mendapat markah purata dalam 42. Terima kasih kepada rakan duet aku yang luangkan masa untuk berlatih selama beberapa hari. 


 Sekian terima kasih.

Read more ...

Senarai Peserta Pencarian Bloglist November & December




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Jutaan terima kasih aku ucapkan buat blogger-blogger yang tersenarai di bawah ini kerana meluangkan masa untuk menyertai misi pencarian bloglist yang aku baru lancarkan beberapa hari yang lalu. 
Walaupun bagi aku sendiri , aku terfikir, siapalah yang nak join pencarian bloglist ini, alhamdulillah , ada jugak yang nak join. Terima kasih sangat-sangat kerana sudi join.

  1. http://starlavenderluna.blogspot.my/2016/11/pencarian-bloglist-november-december-by.html
  2. http://mellyacrayola.blogspot.com/2016/11/pencarian-bloglist-november-december-by.html
  3. https://belogsjm.blogspot.my/2016/11/pencarian-bloglist-november-december.html
  4. http://thezafirahnazri.blogspot.my/2016/11/pencarian-bloglist-november-december.html
  5. http://muslimahsejati96.blogspot.my/2016/11/pencarian-bloglist-november-december.html
  6. https://unnianje.blogspot.my/2016/11/pencarian-bloglist-november-december.html
  7. http://akulengluigojes.blogspot.my/2016/11/pencarian-bloglist-november-december.html
  8. http://www.leaazleeya.com/2016/11/pencarian-bloglist-november-december-by.html
  9. http://realsviors.blogspot.my/2016/11/pencarian-bloglist-november-december.html
  10. http://tujuhpetak.blogspot.my/2016/11/pencarian-bloglist-aerillhassancom.html
  11. http://kasihkuamani.blogspot.my/2016/11/pencarian-bloglist-november-december.html
  12. http://minimeyra.blogspot.my/2016/11/pencarian-bloglist-november-december.html
  13. http://anzrarizalbuddy.blogspot.my/2016/11/pencarian-bloglist-november-december.html 
  14. http://masturanasarudin.blogspot.com/2016/11/pencarian-bloglist-november-december-12.html
  15. http://www.mariafirdz.com/2016/11/pencarian-bloglist-november-december.html?m=0
  16. http://princesskechikk.blogspot.my/2016/11/pencarian-bloglist-november-december.html
  17. http://jackarcherpunyabelog.blogspot.my/2016/11/pencarian-bloglist-november-december.html
  18. http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2016/11/pencarian-bloglist-november-december.html
  19. http://ombakbergigis.blogspot.my/2016/11/pencarian-bloglist-november-december.html
  20. http://www.huhahuhajerr.com/2016/11/pencarian-bloglist-november-december.html
  21. http://mulan-sahbanu.blogspot.my/2016/11/pencarian-bloglist-november-december.html
  22. http://seindahcerita.blogspot.my/2016/11/pencarian-bloglist-november-december.html
  23. http://deariescouple.blogspot.my/2016/11/pencarian-bloglist-november-december.html
  24. http://mummysupplementshop.blogspot.my/2016/11/pencarian-bloglist-november-december.html
  25. http://www.sayidahnapisah.com/2016/11/pencarian-bloglist-november-december.html
  26. http://www.inanihazwani.com/2016/11/pencarian-bloglist-november-december.html
  27. http://aimanziyad.blogspot.my/2016/11/pencarian-bloglist-november-december.html
  28. http://penggaliilmudunia.blogspot.my/2016/11/pencarian-bloglist-november-december.html 
  29. http://www.zukidin.com/2016/11/pencarian-bloglist-november-december.html
  30. http://kakitravelkhairuddin.blogspot.my/2016/11/pencarian-bloglist-november-december.html 
 Kepada anda yang belum lagi join, jemput join. Kerana disini mungkin anda dapat berjumpa blogger baru dan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama blogger. Anda juga boleh blogwalking di ruangan ini.
 Sekian , terima kasih.
Read more ...

7 November 2016

Ulasan Muzik Video (MV) Menatap Dalam Mimpi , Dato Siti Nurhaliza




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Anda dah tengok belum video klip terbaru penyanyi No 1 negara, Dato' Siti Nurhaliza? Baru-baru ini beliau telah melancarkan sebuah video klip Menatap Dalam Mimpi. Lagu tersebut merupakan antara lagu yang tersenarai dalam album yang paling baru iaitu album Unplugged 2015.
Mungkin ada yang tak sedar bahawa sebelum ini , satu video klip telah dihasilkan dengan lagu yang sama tetapi telah di delete oleh pihak pengurusan Dato Siti Nurhaliza kerana mendapat kritikan dan juga ulasan negatif daripada peminat beliau.
Jadi, kali ini kepada mereka yang belum lihat video klip ini , aku berikan sedikit paparan tentang muzik video ini.


Ini merupakan babak yang terdapat dalam video klip tersebut. 


Bahagian ini wujudnya rasa sedih sebab aku rasa lagu ini ditujukan buat arwah bapa beliau yang meninggal dunia beberapa tahun yang lalu.


Babak seterusnya di taman bunga yang sangat cantik.



Dan akhir sekali babak di rumah apabila segalanya cuma mimpi.

Secara keseluruhan , aku memberikan 5 / 5 bintang buat pihak pengurusan dan juga pihak pembikinan muzik video ini. Walaupun video sebelumnya sangatlah tidak cantik, tetapi video kali ini betul-betul memberikan aura sebenar sebagai penyanyi tersohor negara.
Segala emosi dan penceritaan dapat dilihat di dalam video ini , tentang bagaimana beliau rindukan kasih sayang ayahnya. Kalau dilihat dari lirik lagu tersebut sendiri dapat memahami secara keseluruhan apa yang dimaksudkan. Diharapkan selepas ini lebih banyak muzik video yang sebegini baik pembikinannya dapat dihasilkan untuk penyanyi kesayangan ramai ini. 


 Untuk melihat muzik video Menatap Dalam Mimpi , anda boleh lihat di ruangan Youtube di bawah.
 

                              

Sekian.
Read more ...

GegarVaganza 3 : Kedudukan Peserta Minggu Keempat







Sumber : Astrogempak 
Konsert keempat GegarVaganza musim ketiga (GV 3) menyaksikan Elly Mazlein diumumkan sebagai bintang ketiga yang terhenti gegarannya.Bertemakan DuetVaganza, Elly telah menyampaikan lagu berjudul Jangan Menangis Sayang nyanyian asal Safura dan Oney bersama bintang undangan, Acong Sweetchild.
Selain Elly, sembilan bintang GV 3 memberikan saingan sengit membuatkan juri tetap Datuk Ramli MS, Datuk Khatijah Ibrahim dan juri jemputan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar sukar untuk menentukan siapa yang layak berada di kedudukan pertama.
Dalam pada itu, Ayai Ilusi, rakan duet kepada Nora telah diumumkan sebagai pemenang Anugerah Pasangan Paling Menyengat. Ayai berjaya membawa pulang rantai mutiara tajaan Rafflesia bernilai RM5,000, penginapan tiga hari dua malam di Hotel Puteri Pacific Johor Bahru, Rebung SPA, baucer tunai tajaan Go Shop berjumlah RM1,000 dan barangan Pamoga Qu Puteh.


Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100%  oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:
1. Gmie Screen - Pada Syurga Diwajahmu (duet Nizam Laksamana): “Pada saya, lagu ini lagu bunuh diri. Tapi, kamu tidak terkucil. Tahniah!” - Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.
2. Ameng Spring - Nilai Cinta (duet Siti Nordiana): “Malam ini anda tunjukkan part of you yang belum pernah orang lihat. You delivered well, keep it up!” - Datuk Khatijah Ibrahim. 
3. Nora - Terlanjur Cinta (duet Ayai Ilusi): “Saya menyaksikan sebuah persembahan broadway. Persembahan duet itu berlaku. Persembahan yang ingin disampaikan terpantul keluar,” - Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.
4. Intan Sarafina - Aku Yang Tersakiti (duet Fazli Zainal): “Kamu harus bergerak ke arah positif. Tak payah malu-malu kerana you can sing. Kamu berdua deliver sangat bagus,” - Datuk Ramli MS.
5. Shidi Data - Lamunan Terhenti (duet Ezlynn): “Pada awalnya saya takut dengan key yang digunakan oleh Shidi, tetapi ketakutan saya berubah. Awak sampaikan lebih baik dari penyanyi asal tetapi awak belum berani,” - Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.
6. Zarul Umbrella - Lelaki Ini (duet Farahdhiya): “Lagu ini agak susah untuk kamu, not too bad. Suku kata dan teknikal sangat lain. Buat lagi banyak corak lagu yang lain,” - Datuk Ramli MS.
7. Zur Eda - Rindu Bayangan (duet Nassier Wahab): “Feel yang kamu dan Nassier bagi sangat baik. But this is competition, you have to be careful,” - Datuk Khatijah Ibrahim.
8. Azharina - Doa Buat Kekasih (duet Haleeda): “You did very well, kombinasi agak bagus, tetapi first verse agak keras,” - Datuk Khatijah Ibrahim. 
9. Siti Sarah - Bunga Angkasa (duet Rahmad Mega): “Your second voice is out of tune tadi, tapi okay sebab lagu ini agak susah untuk kamu,” - Datuk Ramli MS.
10. Elly Mazlein - Jangan Menangis Sayang (duet Acong Sweetchild): “Peminat suka jiwa kamu menyanyi. Tetapi teknikal kamu agak bad. Banyak lagu kamu dapat menjiwai, teknikal itu tengoklah atas ihsan kita,” - Datuk Ramli MS.

GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).
Konsert minggu kelima GV 3 bakal membawa tema HitsVaganza dan sembilan bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.
Jika anda terlepas menonton konsert minggu GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Read more ...

5 November 2016

Jemput LIKE PAGE baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sebenarnya aku teragak-agak untuk update entri kali ini. Sebab apa? Sebab aku beberapa kali juga berfikir tentang betul ke keputusan aku untuk buat page untuk blog? Sebelum ini , masa blog lama , aku sudah mempunyai seribu lebih LIKE untuk fanpage blog. Tapi sayangnya , aku terpaksa delete page tersebut kerana ianya mengenai blog lama.
Malam semalam, aku telah menerbitkan satu page baru untuk rakan-rakan blogger semua untuk mengetahui serba sedikit mengenai update tentang blog atau apa sahaja di sana. Di page blog juga aku rasa lebih mudah untuk contact atau mesej , kerana di blog tiada ruang untuk mesej atau chat kecuali tempat untuk memberikan komen.




   


Kepada rakan-rakan blogger sekalian yang baik hati , kalau nak LIKE page aku boleh lah berbuat demikian. Ada button untuk like di sebelah kanan blog ini. Selain itu di ruangan atas perenggan ini juga anda boleh LIKE page aku. Terima kasih sebab sudi LIKE page aku yang tak seberapa.
Sesungguhnya aku rasa menyesal kerana delete page yang lama , tetapi mungkin ini adalah petanda untuk aku memulakan hidup baru sebagai blogger dengan nama baru. Mungkin..
Sekali lagi,terima kasih kerana LIKE dan baca entri ini. 
 
Read more ...

4 November 2016

SEGMEN: Jom Tambah Like



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Klik banner untuk JOIN


Please LIKE my page 


Segmen ini akan berakhir pada 8 NOV 2016

Sekian.
Read more ...

Segmen PENCARIAN BLOGLIST by Murni Alysa


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sudah lama rasanya aku tak join sebarang segmen mahupun giveaway. Mungkin kerana aku agak sibuk , tetapi sekarang alhamdulillah , aku luangkan masa untuk sertai segmen bloglist. Mana tahu, rezeki aku untuk dapat masuk bloglist blog orang lain?

Kalau korang semua nak join, boleh klik je banner kat atas.

Syarat pun simple , hanya perlu buat entru, follow blog dan jugak follow ig.




Read more ...