8 November 2016

FORUM : Selesai subjek Forum semester ini.


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Kali ini aku nak cerita pasal apa yang terjadi pada pagi tadi. Syukur ke hadrat Ilahi kerana aku berjaya membuat persembahan dengan lancar untuk subjek Forum. Apa itu Forum? 
Untuk pengetahuan anda semua, Forum adalah subjek yang PERLU diambil oleh semua student Diploma , Ijazah Persembahan , Ijazah Pendidikan dan juga Ijazah Komposisi. Ianya merupakan subjek dimana setiap pelajar perlu mempersembahkan dua buah lagu setiap semester.


Gambar di atas menunjukkan aku dan rakan aku sedang berduet di atas pentas.

Subjek ini sebenarnya sangatlah mudah untuk lulus. Anda hanya perlu membuat persembahan sebaik mungkin dan juga PERLU menghadiri konsert atau pun recital dengan cara mengumpul tiket konsert tersebut. Macam untuk aku sendiri, sebanyak 6 tiket konsert perlu dikumpul sepanjang semester berjalan.

Dalam gambar yang pertama , itu merupakan dua lagu yang aku persembahkan di hadapan 5 orang pensyarah dan juga rakan-rakan sefakulti. Ya, anda akan dinilai dan diberi markah di dalam borang seperti mana yang tertera dalam gambar di bawah.



Pelajar perlu menyediakan 4 borang iaitu yang pertama  adalah borang sinopsis lagu. Setiap lagu yang anda pilih untuk dipersembahkan perlu mempunyai sinopsis dan juga dipersetujui oleh lecturer principal anda. Lecturer principal adalah lecturer pengajar instrument anda.
Borang yang seterusnya adalah borang komen. Di situlah anda dapat melihat komen-komen pensyarah anda dan juga permarkahan anda. Ianya ibarat berada di Konsert Gegarvaganza dan anda adalah peserta manakala pensyarah adalah juri tetap. Cuma berbeza disini tiada penyingkiran jika anda mendapat markah teruk, anda cuma gagal dan perlu ulang kembali persembahan anda dilain masa dalam semester. 
Apa aku rasa?
Untuk persembahan aku pada pagi tadi , ianya merupakan sesuatu yang berbeza di mana ini adalah kali pertama aku melakukan duet bagi kedua-dua lagu sekali. Selain itu, aku juga risau tentang penerimaan pensyarah terhadap senarai lagu yang aku pilih kerana ianya mungkin tidak mencapai tahap pelajar ijazah.
Tetapi , alhamdulillah kerana semuanya berjalan lancar. Untuk pengetahuan anda markah penuh bagi setiap lagu adalah 50. Aku pula mendapat markah purata dalam 42. Terima kasih kepada rakan duet aku yang luangkan masa untuk berlatih selama beberapa hari. 


 Sekian terima kasih.

1 ulasan:

  1. wa bestnya..suke sgt tgk if org wat persembhan macam ni

    BalasPadam

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.