14 November 2016

Gegarvaganza 3 : Kedudukan Peserta Minggu Ke Lima

Assalamualaikum dan salam sejahtera




Sumber : Astrogempak

Konsert kelima GegarVaganza musim ketiga (GV 3) menyaksikan Shidi Data diumumkan sebagai bintang keempat yang tersingkir. Bertemakan HitsVaganza, Shidi telah menyampaikan lagu berjudul Ratuku nyanyian asal Awie. 
Selain Shidi, lapan bintang GV 3 memberikan saingan sengit membuatkan juri tetap Datuk Ramli MS, Datuk Khatijah Ibrahim dan juri jemputan Datuk Zainal Abidin sukar untuk menentukan siapa yang layak berada di kedudukan pertama.
Dalam pada itu, Azharina telah diumumkan sebagai pemenang Anugerah Persembahan Pentas Paling Menyengat. Azharina berjaya membawa pulang pakej pengubahsuaian bilik tidur tajaan Laurea Home Furnishing, baucer tunai tajaan Go Shop berjumlah RM1,000 dan barangan Pamoga Qu Puteh.
Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100%  oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:
1. Azharina - Berhenti Berharap: "Kamu paling intelek, I like it very much, well done!" - Datuk Ramli MS.
2. Zarul Umbrella - Ku Rela Dibenci: "You have the package. Saya dapat rasa awak gementar tapi awak dapat deliver very well!" - Datuk Khatijah Ibrahim.
3. Gmie Screen - Sentuhan Kecundang: "Makin hari makin bagus. Feel sungguh bagus. Gmie took the challenge and give me the best," - Datuk Khatijah Ibrahim.
4. Intan Sarafina - Jika Kau Rasa Getarnya: "Anda menyusahkan kerja saya. Peningkatan sama rata semuanya. Rasanya macam ni tak ada orang keluar kot," - Datuk Ramli MS.
5. Siti Sarah - Purnama Merindu: "Walaupun kamu tidak sihat tapi kamu boleh deliver the song so well!" - Datuk Khatijah Hassan.
6. Nora - Kasih: "Satu persembahan yang sangat simple tapi ia menarik dan lagu sesuai untuk awak," - Datuk Zainal Abidin.
7. Zur Eda - I Will Survive: "Anda menguasai pentas dengan baik. It was a complete show!" - Datuk Zainal Abidin.
8. Ameng Spring - Tiara: "Nyanyian bagus, ada tarikan di atas pentas. Sesuatu yang menarik. Tahniah," - Datuk Zainal Abidin.
9. Shidi Data - Ratuku: "I'm very happy. Kamu makin meningkat. Thank you very much," - Datuk Ramli MS.

GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).
Konsert minggu keenam GV 3 bakal membawa tema RockDut dan lapan bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @sharpshooter_photographer 

1 ulasan:

  1. semakin sengit kan!! Unni x tgk pun just tgk info2 blogger jak..hihihi

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.