15 November 2016

Problem vs Masalah


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Semua orang ada masalah tersendiri. Mungkin bukan hari ini , tetapi mungkin di masa akan datang mahupun di masa lampau. Semua masalah ketika kita sedang alami , pastinya diri ini akan merasakan bahawa ianya sukar untuk diselesaikan.
Ada manusia yang mampu menyelesaikan masalah dengan cara tersendiri dan ada juga manusia yang melarikan diri dari masalah kerana mungkin ianya adalah cara paling senang untuk hidup dengan lebih tenang.
Sebenarnya , bagi diri aku sendiri, setiap masalah ada penyelesaiannya. Kadang-kadang aku rasa kita sendiri yang selalu menganggap bahawa masalah itu terlampau besar. Padahal , apabila kita melaluinya, ianya bukanlah satu perkara yang besar.
Tekanan di waktu bekerja atau diwaktu  belajar merupakan satu masalah bagi diri aku sendiri. Tambahan pula bila segalanya serba tak menjadi. Apa yang kita rancang semuanya bercelaru.
Untuk pengetahuan semua , sekarang ni aku berada di minggu-minggu terakhir pengajian untuk semester ini. Bila sebut sahaja minggu terakhir , bermakna pelbagai assignment dan juga latihan perlu dilakukan ketika ini. Hampir ke semua subjek yang aku ambil untuk semester ni memberikan tekanan yang hebat.
Apa yang aku harap, supaya anda semua dapat doakan supaya aku dapat lulus dengan cemerlang untuk semester ini.

Sekian. 
 
 

2 ulasan:

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.