7 November 2016

Ulasan Muzik Video (MV) Menatap Dalam Mimpi , Dato Siti Nurhaliza




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Anda dah tengok belum video klip terbaru penyanyi No 1 negara, Dato' Siti Nurhaliza? Baru-baru ini beliau telah melancarkan sebuah video klip Menatap Dalam Mimpi. Lagu tersebut merupakan antara lagu yang tersenarai dalam album yang paling baru iaitu album Unplugged 2015.
Mungkin ada yang tak sedar bahawa sebelum ini , satu video klip telah dihasilkan dengan lagu yang sama tetapi telah di delete oleh pihak pengurusan Dato Siti Nurhaliza kerana mendapat kritikan dan juga ulasan negatif daripada peminat beliau.
Jadi, kali ini kepada mereka yang belum lihat video klip ini , aku berikan sedikit paparan tentang muzik video ini.


Ini merupakan babak yang terdapat dalam video klip tersebut. 


Bahagian ini wujudnya rasa sedih sebab aku rasa lagu ini ditujukan buat arwah bapa beliau yang meninggal dunia beberapa tahun yang lalu.


Babak seterusnya di taman bunga yang sangat cantik.



Dan akhir sekali babak di rumah apabila segalanya cuma mimpi.

Secara keseluruhan , aku memberikan 5 / 5 bintang buat pihak pengurusan dan juga pihak pembikinan muzik video ini. Walaupun video sebelumnya sangatlah tidak cantik, tetapi video kali ini betul-betul memberikan aura sebenar sebagai penyanyi tersohor negara.
Segala emosi dan penceritaan dapat dilihat di dalam video ini , tentang bagaimana beliau rindukan kasih sayang ayahnya. Kalau dilihat dari lirik lagu tersebut sendiri dapat memahami secara keseluruhan apa yang dimaksudkan. Diharapkan selepas ini lebih banyak muzik video yang sebegini baik pembikinannya dapat dihasilkan untuk penyanyi kesayangan ramai ini. 


 Untuk melihat muzik video Menatap Dalam Mimpi , anda boleh lihat di ruangan Youtube di bawah.
 

                              

Sekian.

1 ulasan:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.