10 Disember 2016

Junior Recital December 2016


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Selamat bercuti semua. Baiklah , kali ini aku meluangkan masa untuk bercerita mengenai Junior Recital Disember 2016. Junior Recital merupakan salah satu subjek yang perlu diambil oleh pelajar Degree Muzik Persembahan di semester 4. Subjek ini memerlukan pelajar membuat perancangan, persediaan dan juga persembahan di akhir semester.
Aku sendiri merupakan salah seorang daripada 12 pelajar yang mendaftar untuk subjek ini.  Dari awal semester, kami semua membuat perancangan dan perbincangan mengenai hari yang akan dijalankan recital. Alhamdulillah ,segalanya berjalan dengan lancar.Tugas aku sepanjang subjek ini berjalan adalah sebagai bendahari yakni penyimpan duit.


Untuk hari recital , aku telah membuat persembahan di sebelah petang Jumaat 9 Disember 2016. Junior recital ini berjalan dari pagi iaitu seawal 9.30 pagi sehingga 6.30 petang. Giliran aku pula adalah selepas solat Jumaat. Sebanyak 3 lagu yang telah aku persembahkan.
Setiap pelajar perlu membuat persembahan selama 30 minit di hadapan 3 hingga 4 pensyarah selain penonton di dalam dewan orkestra. Jadi, setiap pelajar perlu berlatih di awal semester untuk persiapkan diri kerana subjek ini mempunyai markah dan gred yang akan diadili oleh para pensyarah. 



Gambar di atas adalah 11 pelajar yang terlibat dalam Junior Recital kali ini. Seorang telah hilang daripada gambar ini kerana mempunyai urusan lain. Hanya 3 orang wanita sahaja dalam batch kami. Semua melahirkan perasaan gembira setelah selesainya hari yang sangat penting ini.

Kesimpulannya,

Bagi aku sendiri , aku berpuas hati dengan persembahan aku. Walaupun ada beberapa kesilapan, tetapi ianya tidak dapat dielakkan , dengan latihan yang aku rasa mencukupi , itu sahaja yang aku mampu lakukan. Aku harap bahawa keputusan bagi subjek ini boleh membantu aku untuk mendapat pointer yang tinggi.
Terima kasih aku ucapkan kepada semua yang menjayakan recital kali ini. Setiap seorang daripada kita semua yang menjayakan recital ini sangat penting tugasnya. Jumpa lagi di final recital. 
 

1 ulasan:

  1. should share the videos! yang squidward maen tu clarinet en.

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.