11 Disember 2016

Sinopsis Filem Desolasi (2016)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pastinya Filem Desolasi sangat dinanti-nantikan oleh para penggemar filem tempatan kerana trailernya sahaja sudah cukup memberi rasa keterujaan untuk melihat keseluruhan filem ini. Yang menarik bagi aku sendiri adalah di mana part Syamsul Yusof seorang diri di tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Filem Desolasi sentuhan pengarah muda, Syafiq Yusof telah ditayangkan di pawagam mulai 8 Disember 2016. Membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Syamsul Yusof, Bella Dally, Pekin Ibrahim  dan Dato Jalaluddin Hassan. Filem itu dikatakan menggunakan 60 peratus efek kesan khas (CGI). Menceritakan tentang hala tuju kehidupan seseorang di dunia.
TAJUK : DESOLASI
  • KLASIFIKASI : P 13
  • GENRE : FIKSYEN SAINS/ NGERI
  • TARIKH TAYANGAN : 8 DISEMBER 2016
  • PENGARAH : SYAFIQ YUSOF
  • TERBITAN : SKOP PRODUCTIONS SDN BHD
  • PELAKON : SYAMSUL YUSOF, BELLA DALLY, PEKIN IBRAHIM , DATO JALALUDDIN HASSAN , AIDA KHALIDAH , JACKY KAM , C. KUMERESEN, SIRAJ SHEIKH ALSAGOFF 


SINOPSIS DESOLASI

Mengisahkan mengenai Aiman seorang pelukis remaja yang mencari jwapan dalam persoalan kehidupan selepas melalui pelbagai ujian dan dugaan dalam kehidupan sehariannya sehingga membuatkan dirinya hilang arah. Masalah demi masalah yang dihadapinya telah membuatkannya bertengkar dengan ayahnya.
Satu hari, Aiman berdoa agar semua masalahnya hilang dan keesokan harinya, selepas bangun dari tidur, dia mendapati semua manusia sudah lenyap. Ia sekali gus memberi peluang kepada Aiman untuk melakukan pelbagai perkara yang ingin dilakukannya tanpa perlu berfikir panjang. Dalam pada itu, Aiman juga mencari jawapan kepada kehidupan dan persoalan terhadap apa yang dicarinya selama ini.

Sumber : InfoTaip

1 ulasan:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.