14 September 2016

Chord Lagu : Aiman Tino - Ku Rela Dibenci




Aiman Tino - Ku Rela Dibenci 

 Image result for aiman tino


Am-F G-C Dm  Dm E  E
Am Em Ku Tertawa Kau menangis F Engkau tertawa Aku menangis C-E Karena dirimu Oh sayangku Am Em Kesudahan Tiada henti F Hanya yang tinggal Didalam mimpimu E Ternanti nanti F-Dm-Bm-E Am Em Sering kali Aku diuji F Air mataku Terus mengalir C-E Membasahi Didadaku Am Em Hanya Ratapan Didalam hati F Semoga tercipta Kesudahan E Yang dinanti F G C Ku Inginku dibenci Olehmu F Agar kenangan manis Dm E Terus terpadam Selamanya Am Dm Menghitung Menunggu mati G C Agar kau Jumpa yang dinanti F Dm E Semoga Pemberianku ini Am Terbaik untukmu mlykrd Am Dm Tak sanggup Ku dibohongi G C Ku rela Di jemput Ilahi F Dm Kerna dia Ku sanggup pergi E F Hanya disana Kekal dan abadi Solo: C Dm-E-Am F C Dm E Ulang * Ulang Chorus Am F E Am Hanya disana Kekal dan abadi
Read more ...

Chord Lagu : Sufian Suhaimi - Terakhir


Sufian Suhaimi - Terakhir 

Image result for sufian suhaimi 
C   F   G
C          G                    Am
Mengapakah kita Selalu Berjauh Hati
            F                  C
Selalu menyendiri dan Terasa Hati
            G           Am
Apakah kita Tak Sehaluan Lagi
          F               C
Berat Bagiku  Berat Bagiku 

C F G

*
       C
Melepaskanmu bukan mudah bagiku
                     Em
Untuk melalui semua ini
                                           F
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati
                                            G
Kala malam tidur ku tak lena  mengenangkanmu

C          G
Apakah salahku
             Am
Kau buatku begini
           F
Selalu sendiri
               C
Tinggal sendiri
               G
Cinta yang ku pinta
                     Am
Kau balas dengan dusta
F
Berat bagiku

Ulang *

**
             C
Ku cuba pertahankan
                                        Em
Separuh jiwaku hilang ikut terbang bersamamu
                                       F
Episod cinta hitamku kini berulang kembali
                             G
Berulang kembali menguasai diriku

    Am
Oh tuhan
                 G
Ku mahu yang terbaik
         F
Terbaik buatku
              G
Insan kerdil ini

    Am
Oh tuhan
                 G
Noktahkan kehilangan ini
     F
Munculkan dia
                     G
Dia terakhir buat diriku.

Ulang *
Ulang **

     F           C
Buatku Buat dirinya
Read more ...

Selepas Diploma , Apa aku buat ?



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Baiklaah. Entri kali ini aku nak bercerita tentang hidup aku selepas tamat sahaja diploma. Untuk pengetahuan korang semua, aku tamat belajar diploma pada bulan 10 tahun 2015. Hampir setahun aku tamat diploma , so apa je yang aku dah buat sekarang?
Aku sekarang ni sambung belajar. Yup, ke tahap yang lebih tinggi. Kalau sebelum ini aku di tahap diploma, kini aku diperingkat ijazah. Walau bagaimanapun , bidang yang aku belajar masih sama iaitu Muzik.
Kenapa aku masih lagi dengan muzik? Biarlah rahsia. Hahaha. Taklah rahsia sangat, nanti aku ulas dalam entri lain. Untuk setakat ini, aku rasa happy dan dalam masa yang sama still belajar macam mana nak jadi pelajar yang baik dan bijak.

Kenapa aku tak terus kerja? Soalan ini agak susah untuk aku ulas. Mungkin perlu berikan masa untuk aku fikir. Hahaha, nak jawab soalan macam ni pun perlukan masa ke? Nanti aku ulas dalam entri seterusnya.
Sekian. 
Read more ...

'Berehat' & 'Kembali'


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Seperti yang korang sedia maklum, aku dah kembali berblogging. Di entri ni, aku akan cerita kenapa aku 'berehat' dan kenapa aku kembali blogging. Sesungguhnya, apa yang aku nak cerita ni bukanlah suatu yang penting sangat, cuma sekadar menjadi coretan untuk masa hadapan suapaya aku dapat belajar macam mana nak menghadapi sesuatu.

Sebab utama aku 'berehat' :- 
1. Aku terlampu sibuk
Kalau korang nak tahu, ketika aku berfikir nak berehat atau tidak, aku sedang berada di semester terakhir aku dalam pembelajaran. Mesti semua orang tahu, macam mana susahnya dan sibuk bila berada di semester terakhir.
Dengan segala projek dan kerja-kerja perlu disiapkan pada masanya. Jika tidak, mungkin aku tak dapat nak graduate pada masa yang telah ditetapkan pihak universiti. Aku tak nak repeat mana-mana paper. So aku buat keputusan untuk berehat daripada blogging. 

2. Domain tidak di renew
Disebabkan alasan no 1 di atas, so au takda masa dan mempunyai masalah kewangan utnuk renew domain lama blog ini. So blog ni terabai secara sepenuhnya. Tiada lagi domain yang lama, bermakna tiada sesiapa pun dapat masuk ke dalam blog tersebut.
Aku sendiri pun tak pernah jejak ke dalam blog ini setelah berehat. Betapa lamanya blog ini tidak diusik. Kalau korang amsih ingat, ciri-ciri atau gaya blog ini masih sama dengan blog terdahulu. 
 
3. Tiada minat pada blog
Ini adalah alasan yang paling cliche. Hahahahaha. Bukannya apa, bila dah lama tak berblog, so perasaan nak menaip tu hilang. Sepanjang tempoh aku berehat, aku langsung tidak menulis. Aku hanya fokus terhadap benda-benda lain.  


Sebab utama aku kembali menulis :-

1. Rindu
Ya. Aku akui yang aku rindu untuk menulis. Aku rindu untuk berinteraksi sesama rakan di dalam dunia blogging. Walaupun langsung tak pernah berjumpa, tapi aku rasa ianya sesuatu yang menarik, yang tidak dapat dirasai oleh orang luar. 

2. Sayang
Jujur aku cakap yang aku sayang dengan entri-entri lama yang aku tulis sebelum ini. Meskipun kata ganti diri aku telah berubah, tetapi aku masih lagi sayang akan semua entri yang aku hasilkan. Sebab semua entri tu, ada kisahnya tersendiri. Bila aku baca balik entri-entri lama, terus akut eringat kejadian yang terjadi pada entri itu ditulis. 
3. Perlukan platform 
Aku perlukan platform untuk aku luahkan perasaan. Mungkin tidak sekerap dulu, tetapi aku perlukan medium untuk aku cerita apa yang terjadi. Platform blog ni tak sama macam twitter/facebook/instagram. Sebab apa? Kita boleh menulis apa sahaja yang kita nak.

 Jadi, aku rasa itu sahaja alasan yang aku fikir munasabah untuk aku tulis dalam entri ini. Mungkin ada yang akan cakap alasan yang aku bagi ni cliche. Tapi aku rasa ini sahajalah alasan yang paling relevan untuk aku tulis.

Sekian. 
 

 
 
 
Read more ...

Kembali Senyum


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Mesti anda tertanya-tanya tentang blog ni kan? Sudah lama aku menyepi. Hampir setahun aku menghilangkan diri tanpa sebarang jejak di dunia blogging. Kini, aku kembali dengan nama baru. Dengan identiti baru. Walaubagaimana pun, cara aku berblogging masih sama.
Mungkin ramai nak tahu, kenapa aku hilangkan diri. Begitu lama, sehinggakan tiada sesiapa yang masih ingat akan nama blog ini pada sebelumnya. Ya! Kisahnya akan aku ulas dalam entri lain. Dalam entri ini, aku hanya ingin mengumumkan bahawa aku masih lagi berblogging.
Mungkin kehilangan aku tidak diketahui sesiapa. Siapalah aku di dunia blogging ini. Aku hanya suka menulis. Apa yang aku lakukan. Biarlah semua yang telah terjadi pada sebelum ini hanya menjadi kenangan yang indah. 
Kini, untuk sesiapa yang mahu membaca coretan aku yang tidak seberapa, bolehlah anda membaca apa yang aku tulis. Aku juga terima sebarang komen dan apa sahaja yang membina.

Sekian. 
Read more ...