8 Oktober 2016

Hari Sukan Negara 2016 : Taman Botani Negara Shah Alam


Assalamualaikum dan salam sejahtera



8 Oktober 2016 merupakan Hari Sukan Negara. Rasa-rasanya ianya masih baru lagi diwujudkan dalam beberapa tahun belakangan ini. Aku dan rakan-rakan sudah merancang untuk berbasikal di Taman Botani Shah Alam. Pada mulanya, kami semua tidak tahu pun bahawa hari ini adalah hari sukan negara, hanya cadangan semata-mata.
Tiket masuk ke dalam Taman Botani adalah RM3 untuk dewasa manakala RM1 untuk kanak-kanak. Aku rasa agak berbaloi jugak , sebab banyak binatang menarik dan benda-benda menarik. Kalau nak masuk rumah 4 musim , korang kena bayar RM3 di kaunter masuk.

Kemudian, kami pergi ke tempat basikal. Aku agak terkejut kerana harganya yang agak mahal. RM10 untuk sebuah basikal. (Basikal lama yang berkarat.) Kalau basikal baru RM15. Untuk sejam yang pertama begitulah harganya, manakala jam-jam berikutnya hanyalah RM1 sahaja.
Secara jujurnya aku katakan sangat menarik! Aku sangat menikmati pemandangan dan kehijauan. Aku rindu bunyi hutan. Walaupun penat, tetapi aku tetap teruskan. Ada jugak tasik di dalam kawasan taman botani ini.

Aku cadangkan korang semua untuk datang ke Taman Botani ini , kerana ianya sangat bagus untuk mereka yang suka akan rekreasi dan bersenam.

Sekian. 
 
 
 
 
Read more ...