9 November 2016

Isu Semasa : Ibu Bapa Manja atau Anak Dimanjakan?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Aku terpanggil untuk mengulas tentang suatu berita yang kecoh di semua sosial media. Iaitu tentang isu murid didenda duduk di jala tar kerana datang lewat. Isu ini digembar gemburkan oleh orang ramai. Apa yang dilihat juga adalah berkenaan pendirian pihak ibu bapa terhadap perkara ini.
Ibu bapa pelajar tersebut seumpamanya menyalahkan pihak sekolah kerana memberi denda yang sebegitu "kejam" terhadap anak mereka. Duduk di atas jalan tar merupakan satu perkara yang sangat kejam untuk dijadikan denda. Mungkin itulah yang berada di fikiran ibu bapa.



Sebenarnya, bagi aku sendiri ianya bukanlah teruk mana pun, malah lebih baik kerana boleh duduk dan bukan berdiri di atas jalan tar. Untuk pengetahuan semua, ketika aku bersekolah di asrama penuh, perhimpunan harian setiap hari akan dijalankan di atas jalan tar , ianya di panggil Dataran Kecemerlangan. 100% jalan tar. Perhimpunan dijalankan di mana semua pelajar perlu berdiri temasuk la pengawas. Yang duduk hanyalah guru-guru.

Tetapi ketika itu , tiada sesiapa yang membangkitkan soal duduk di atas jalan tar. Kawasan perhimpunan sekolah aku sama seperti dalam gambar di bawah , malah kawasananya 100 % adalah TAR DAN BUKANNYA SIMEN.



Ya , mereka marah kerana anak kesayangan mereka diperlakukan serupa itu. Sudahlah datang lewat ke sekolah , diberikan denda DUDUK di jalan tar pun sudah melenting. Mungkin selepas ini , untukd enda datang lewat , mereka perlu diberikan kerusi empuk di dalam bilik yang berhawa dingin, kemudian ibu bapa datang dan ambil gambar. Mungkin denda yang sebegitu mereka mahukan?

Persoalannya , siapakah yang manja? Anak yang dimanjakan atau ibubapa mempunyai sifat manjakan anak terlampau atau apa? 
Sumber gambar : Google Image
Read more ...