6 Disember 2016

Dato Siti Nurhaliza Memukau Di Gegarvaganza 3


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Siapa yang sudah menonton Konsert Gegarvaganza 3 Akhir? Rasa - rasanya ramai yang sudah menyaksikan dan mengetahui siapakah pemenang dan kedudukan peserta. Tetapi , di sebalik itu , terdapat satu persembahan yang diperkatakan oleh ramai pihak. Sudah semestinya persembahan artis jemputan iaitu Dato Siti Nurhaliza.
Sejujurnya , ramai yang tidak tahu bahawa malam tersebut beliau akan membuat persembahan.  Apa yang pasti persembahan beliau begitu menarik dan sungguh dahsyat. Vokal yang sungguh bertenaga, dan yang lebih menarik adalah tiga buah lagu disampaikan dalam masa 5 minit.
"Tiga lagu disampaikan secara medley iaitu lagu Dialah Di Hati daripada album Prasasti Seni (2004) , lagu Kau Kekasihku daripada album Pancawarna (1999) serta lagu Balqis daripada album Sahmura  (2000)."
Apa yang menarik , susunan bagi ketiga-tiga lagu tersebut merupakan susunan daripada konsert dan persembahan beliau yang terdahulu. Bagi lagu Dialah Di Hati , ianya merupakan susunan seperti ketika Konsert SATU Suara Vol 2 yang berlangsung di Istana Budaya  pada tahun 2015. Manakala , bagi lagu Kau Kekasihku , ianya mengambil susunan daripada Konsert Unplugged pada tahun 2015 juga. Dan lagu terakhir iaitu lagu Balqis diambil daripada persembahan beliau ketika di Anugerah ERA 2005.
Persembahan pada Anugerah ERA 2005 merupakan antara persembahan paling jujur daripada beliau. Nanti aku ulas tentang persembahan tersebut. Disebabkan persembahan Balqis di Gegarvaganza ini , ianya turut dapat mengimbau persembahan beliau yang 10 tahun yang lalu.
Sememangnya kemunculan beliau pada konsert tersebut mengubat kerinduan rakyat Malaysia untuk melihat beliau menyanyi di pentas secara langsung. Sudah lama rasanya beliau tidak membuat persembahan secara langsung. Ada juga penonton yang lupa bahawa mereka sedang lihat konsert Gegarvaganza. Jadi , jom kita lihat sedikit komen daripada penonton. 


" The power of Siti Nurhaliza , semua diam dan mata fokus ke tv sepanjang di nyanyi tadi. No matter what songs."
"Last but not least, i have mad respect and lots of love for you Siti Nurhaiza. My diamond forever."
"Penyanyi lain bagai nak rak control suara masa nyanyi tadi.. Siti Nurhaliza nyanyi selamba jeee."
"Apasal bila Dato Siti Nurhaliza masuk je semua aura yang bertanding hilang? Dah macam concert dia pulak dah.. aku pun macam ternganga je.. hebat la..."

Di atas merupakan beberapa komen daripada para penonton dan rakyat Malaysia. Betapa semua orang terkesima melihat persembahan beliau pada malam tersebut. Apa yang mengembirakan aku adalah apabila bulan disember ini banyak acara yang melibatkan beliau. Antaranya , tontonan Muzik Video Memories , iaitu duet bersama mendiang Whitney Houston , dan juga tontonan konsert Siti Nurhaliza and Friends. Seterusnya ada pulak Anugerah Industri Muzik.
Untuk konsert Siti Nurhaliza and Friends , aku merupakan salah seorang daripada puluhan ribu yang datang menonton konsert tersebut. Sememangnya konsert tersebut merupakan antara konsert terbaik yang pernah dihasilkan beliau. Nanti aku cerita pasal konsert tersebut.
Harapan aku adalah supaya beliau terus menyinari dunia muzik tanah air. Biarlah sehingga sampai bila-bila. Aku juga harap beliau dikurniakan apa yang dihajati. Akhir sekali , terima kasih kepada Dato Siti Nurhaliza kerana memberi rakyat Malaysia suatu "hiburan " yang sangat bermakna.
 
 Sekian.

Credit gambar : instagram sharpshooterphotographer
                            : twitter search siti nurhaliza
Read more ...