5 Januari 2017

2016 Dalam Kenangan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Alhamdulillah, segala pujian hanya kepada Allah S.a.w. Aku bersyukur kerana diberikan masa untuk menulis sedikit coretan kali ini. Berkenaan tajuk di atas, memang benar, kali ini aku akan menulis tentang 2016. Tahun yang penuh dengan cabaran dan dugaan serta pahit manis.

Jadi , aku senaraikan 5 event terbaik dan yang paling bermakna untuk tahun 2016.

Konsert Dato Siti Nurhaliza & Friends

Pertama kalinya aku pergi menonton secara LIVE konsert Penyanyi No 1 negara. Macam mana aku dapat ticket? Aku dapat melalui peraduan yang disertai oleh seorang hamba Allah ini. Hamba Allah ini memberikan aku 2 tiket yang telah beliau menangi dalam peraduan, dan aku pergi ke konsert bersama sahabat baik aku.
Perasaan? Sudah semestinya teruja kerana aku sangat meminati beliau. Dengan skala konsert yang begitu besar ini , aku rasa cukup bertuah menjadi salah seorang daripada puluh ribu penonton yang hadir. 




Konsert Ella 2016

Terima kasih aku ucapkan kepada Kak Quryakin kerana sudi mengajak aku ke konsert seorang lagi legenda muzik tanah air. Siapa yang tak suka kepada Ratu Rock tanah air? Konsert ini diadakan sebelum belau bertudung penuh. Alhamdulillah. Secara jujurnya, aku rasakan bahawa beliau merupakan salah satu artis yang nyanyi LIVE dengan rakaman dalam album, tiada BEZA.
Salah satu moment terbaik bagi aku untuk tahun 2016 sebab tempat aku adalah betul betul di hadapan pentas. Berdiri beramai-ramai! Sangat seronok. 



Konvokesyen Diploma
Alhamdulillah , setelah setahun menunggu akhirnya tibalah masanya aku bergraduasi. Pengajian selama 2 tahun setengah akhirnya selesai dengan rasminya. Aku rasa bangga kerana dapat memakai SELEMPANG PINK tersebut. Hanya mereka yang terpilih sahaja yang dapat memakai selempang tersebut.
Walaupun di minggu tersebut , aku bukan sahaja ada konvo tetapi juga persembahan dan juga exam. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Apa-apa pun aku harap masa konvo degree nanti aku masih lagi memakai selempang yang sama. 



7th Malaysian Composers Concert Series 2016

Terima kasih aku ucapkan kepada Waie kerana memberikan aku peluang untuk beraksi bersama orchestra UiTM. Alhamdulillah , aku berasa sangat gembira kerana dapat membuat persembahan pada malam tersebut. Yang lebih menggembirakan lagi adalah apabila malam persembahan , keluarga aku turut berada di kawasan tempat duduk penonton.
Ianya merupakan salah satu daripada pengalaman yang menarik kerana ia seperti mengembalikan momen-momen ketika sekolah dahulu. 


Junior Recital December 2016

Junior recital juga merupakan salah satu event terbesar. Kerana ianya merupakan sebahagian daripada subjek. Selain itu , aku sendiri perlu membuat persembahan selama 30 minit. Ianya pada awal merupakan salah satu nighmare bagi aku. Sebab aku sangat gementar apabila membuat persembahan di khalayak ramai.
Alhamdulillah , semuanya berjalan seperti yang dirancang. Aku bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan sekelas yang sangat sporting. 

Konklusinya di sini, aku bersyukur kerana 2016 merupakan tahun yang memberi banyak pengalaman menarik. Bukan sahaja kenangan manis tetapi terdapat juga kenangan pahit. Tapi aku sendiri merasakan bahawa tak perlu nak diceritakan tentang kenangan pahit, cukup sahaja aku sendiri yang tahu. 
Sekian. 
 

1 ulasan:

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.