16 Januari 2017

Makan di Sistur Butik & Kafe , Kulim.



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini aku nak bercerita tentang restoran yang menyediakan makanan yang sedap pada harga yang sangat memuaskan. Petang semalam, aku sekeluarga telah ke restoran Sistur Butik & Kafe yang terletak di bandar Kulim. Lokasinya terletak betul-betul berhampiran dengan sempadan antara Kedah dan Pulau Pinang di kawasan bandar Kulim.

Gambar di atas adalah suasana di dalam restoran tersebut. Agak hipster.


Di atas adalah milkshake caramel yang di pesan oleh kakak aku. Rasanya boleh tahan dan sedap memandangkan aku sendiri adalah penggemar caramel. Apa-apa sahaja yang berperisa caramel akan aku beli dan makan.


Ini adalah menu yang menjadi pilihan ramai iaitu Nasi Goreng Chicken Chop. Bagi aku sendiri, ianya sangat berpatutan dengan harga yang hanya RM 9.90, sememangnya sangat berbaloi. Keluarga aku tak suka pergi ke restoran yang fancy atau yang high class, cukup sekadar restoran biasa-biasa sahaja, jadi restoran ini memang menepati cita rasa dan juga kos yang perlu dikeluarkan.


Gambar di atas adalah Nasi Goreng Lamb Chop.


Akhirnya, selesai makan. Untuk servis, bagi aku ianya bagus. Mungkin kerana ketika itu restorannya baru sahaja dibuka dan pelanggannya masih tidak ramai. Suasana di dalam restoran jugak selesa dan tak panas sangat dengan cuaca panas ketika ini.


Ini adalah gambar di hadapan restoran tersebut, kelihatan dalam gambar juga adalah ayah dan adik aku. Jadi , kepada mereka yang berada di sekitar kawasan Kulim , anda bolehlah ke restoran ini yang terletak di jalan menuju ke Bukit Mertajam.



Untuk maklumat lanjut , anda boleh ke page mereka :-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.