16 Januari 2017

Masih dalam perancangan



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Hari ni aku agak sibuk dengan urusan keluarga. Pagi tadi aku ke klinik kesihatan di Merbau Pulas, Kulim Kedah. Apa yang paling aku tak suka terjadi iaitu MENUNGGU. Aku tak suka menunggu tambah-tambah bila mana di tempat tersebut penuh dengan orang ramai.
Kemudian di sebelah petang pulak aku sibuk dengan urusan sendiri iaitu tidur. Haha, sememangnya sudah lama aku tak tidur sebegitu lama. Ye la, memandangkan pengajian selama semester lalu yang sangat memenatkan, nak tidur pun masih teringat tentang assignment.
 Giveaway
Walaubagaimanapun , rancangan aku tentang ingin membuat giveaway masih lagi berjalan. Sponsor masih lagi dicari walaupun sudah ada sponsor yang mula memberikan respond mereka. Kepada mereka yang ingin menjadi sebahagian daripada sponsor bolehlah terus ke facebook aerillhassan,com untuk berurusan di sana.
Giveaway nanti akan diadakan secara simple sahaja. Aku pasti dan janji bahawa tidak akan ada sebarang syarat yang susah dan membuatkan korang tak nak join. Untuk masa sekarang ini, aku sedang menyiapkan entri-entri berkenaan giveaway tersebut dan masih lagi menunggu kalau-kalau ada sponsor baru.

Sekian terima kasih. 

1 ulasan:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.