17 Januari 2017

Top 12 Tempat Paling Berhantu DI Dunia


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Siapa sangka hospital di Malaysia merupakan salah satu hospital paling berhantu di dunia? Di sini adalah senarai 12 hospital yang paling seram & berhantu di dunia. Hospital bukan sahaja merupakan tempat untuk merawat sakit, tetapi juga tempat "mereka" tinggal. Jadi, jom kita baca 12 cerita berkenaan 12 hospital tersebut.




Hospital lama Changi, Singapore

Hospital ni katanya memang terkenal dengan keseramannya di singapore. Majoriti orang singapore terutama yang duduk area changi memang tahu kisah seram hospital ni. Katanya hospital ni dulunya bekas markas tentera british yang di ambil alih tentera jepun lepas british kalah. Bila jepun kalah pulak tempat tu di jadikan hospital. Macam biasa bila ramai orang mati kat situ.. maka banyak la cerita mistik, misteri, seram, ngeri bagai.. Yelah, tempat orang mati kat antara tempat di sukai jin untuk berkumpul. Menurut cerita orang2.. ramai yang jumpa hantu tak berkepala. Sebab terlampau banyak sangat gangguan mistik, maka hospital tu di pindahkan ke lokasi lain pada tahun 1994. Lepas tu hospital tu jadi hospital terbiar & menjadi tempat untuk aktiviti paranormal.

Sai Ying Pun Psychiatry – Hong Kong


Rumah sakit jiwa ini dibina di Sai Ying Pun pada tahun 1892. Namun rupanya mempunyai gelaran sebagai Rumah Hantu High Street kerana banyaknya cerita seram yang muncul. Awalnya hospital ini menjadi tempat tinggal staff jururawat sampai Perang Dunia II. Khabarnya tentera Jepun menggunakan bangunan ini sebagai ruang eksekusi. Sehingga cerita suara wanita menangis misteri, roh-roh dipenggal yang mengembara di lorong menjadi cerita normal di sini

Hospital Sakit Jiwa Gonjiam, Korea


Hospital ni katanya penuh barang antik & kesan runtuhan bangunan. Katanya paling seram & banyak kejadian ngeri yang berlaku kat situ. Menurut cerita penduduk tempatan, banyak pesakit kat situ mati cara luar biasa. Akhirnya hospital ni di tutup. Hospital ni menjadi hospital terbiar & barang2 didalamnya di biar macam tu je.

Nocton Hall – Britain


Nocton Hall awalnya adalah sebuah rumah mewah sampai Perang Dunia II ketika diambil alih pasukan Amerika sebagai tempat untuk tentera cedera sehingga Perang Teluk. Bangunan ini kemudian ditinggalkan pada 1995. Cerita hantu yang terkenal adalah adanya suara gadis muda menangis namun tidak ada sosoknya. Orang-orang percaya bahawa gadis muda itu adalah pelayan yang menjadi mangsa perkosaan dan pembunuhan anak pemilik rumah mewah Nocton Hall.

Severall – Britain

Hospital Severall di Britain ini juga dikenali atas kaedah rawatan aneh dan mengerikan terhadap pesakit sakit mental seperti lobotomi frontal sampai terapi kejutan elektrik. Dibuka pada tahun 1913, Severall ditutup pada 1990an. Namun tidak bagi pemburu hantu, kemudahan bilik mayat dengan khabar angin seringnya suara menyayat hati misteri terdengar menjadi alasan mereka datang

Ararat Lunatic – Australia


Ketika ini rumah sakit jiwa ini dikenal dengan nama Aradale. Namun semasa dibuka pada 1867 diberi nama Ararat Lunatic dan menjadi yang terbesar di Australia. Namun asylum ini mempunyai kaedah rawatan mental yang mengerikan dan aneh untuk puluhan ribu pesakitnya. Selama 130 tahun beroperasi, ada 13 ribu pesakit meninggal. Maka tak hairan muncul kisah angker di sana, termasuk adanya pelancongan bilik mayat. Mahu cuba?

Beechworth Lunatic – Australia


Awalnya hospital sakit jiwa ini dikenal dengan nama Mayday Hills Lunatic dan rupanya Beechworth ini merupakan ‘saudara’ dari rumah sakit Ararat di Australia dan dibuka selama 128 tahun sebelum akhirnya tutup pada 1995. Kisah mengerikan yang muncul di Beechworth adalah doktor yang menggunakan pesakit sebagai objek eksperimen gila mereka. Ada 9,000 pesakit yang meninggal di Beechworth termasuk gadis muda misteri yang dilempar keluar tingkap.

Tranquille Sanatorium

Terletak di berhampiran tasik Kamloops, Kanada. Awalnya tempat ini digunakan untuk merawat pesakit batuk kering dan akhirnya menjadi hospital pada 1907. Namun pada 1950-an Tranquille ditutup. Semenjak itu kisah seram terus muncul seperti ada bola mengembang sendiri di malam hari atau suasana sejuk yang tak masuk akal. Bahkan ada khabar angin mengenai jururawat yang dibunuh oleh pesakitnya.


Royal Hope – Amerika Syarikat


Terletak di St. Augustine, Florida,hospital Royal Hope awalnya adalah rumah sakit tentera yang digunakan pada 1784-1821 sebelum akhirnya dihancurkan. Ketika dibina semula dan memperbaiki saluran air, beberapa pekerja bangunan mendapati bahawa hospital itu dibina di atas kuburan lama. Hal itu yang membuat seringnya kejadian tak masuk akal seperti peralatan perubatan yang bergerak sendiri, ada yang bergerak di bawah kaki dan cerita seram lain yang membuat Royal Hope menjadi salah satu tempat berhantu di Florida.

Athens Mental – Amerika Syarikat


Hospital sakit jiwa Athens ini dibuka pada 1874 dan selama bertahun-tahun menerima pesakit gila. Pada 1950-an, hospital ini merawat lebih daripada 1,800 pesakit dan terkenal kerana prosedur lobotomi yang mengerikan. Anehnya, hospital ini merahsiakan dengan ketat identiti pesakit. Belum lagi dengan ditemukannya 1900 mayat di bawah bangunan. Salah satu kisah mengerikan adalah hilangnya pesakit wanita pada 1978 dan dijumpai setahun kemudian di bangsal dengan percikan darah di lantai yang dapat dilihat sampai saat ini.


Taunton State – Amerika Syarikat



Taunton State dibangun pada 1854 sebagai hospital sakit jiwa dan mempunyai sejarah mengerikan. Salah satunya adalah Jane Toppan, seorang pembunuh bersiri yang sudah menghabisi nyawa 31 jururawat. Bahkan khabar angin juga menyebutkan adanya doktor dan jururawat yang melakukan ritual syaitan dengan mengorbankan salah satu pesakit. Belum lagi penglihatan bayangan lelaki misteri menjadi hal biasa yang boleh kamu lihat semasa berkunjung


Hospital Putrajaya, Malaysia



Katanya Hospital Putrajaya pernah buat upacara memagar dengan menggunakan khidmat 40 pengamal perubatan Islam dari Darussyifa. Sebab katanya banyak aduan dari kakitangan hospital yang katanya menerima gangguan mistik dan makhluk halus kat situ. Hantu yang paling popular kat situ katanya nama shasha. Amboi hantu nama tak kalah. western gitu. Dia menyerupai wanita berambut panjang. Katanya dia selalu muncul kat koridor bangunan Institut kanser negara pada waktu malam dengan memakai baju putih & kuning.

Macam mana? Agak menakutkan untuk setiap hospital di atas. Terima kasih kepada Sengal Paranormal Team kerana memberi info ini di facebook. Kepada mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan kisah paranormal bolehlah ke facebook page mereka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.