24 Februari 2017

Tazkirah Jumaat #46 : Advise




Assalamualaikum dan salam sejahtera



"You must value those who advise you and call you towards goodness, they are the ones pushing you towards jannah." - Abu Maryam

Read more ...

Tazkirah Jumaat #45 : Rope Of Allah



Assalamualaikum dan salam sejahtera


And hold firmly to the rope of allah all together and do not become divided.

Quran 3 :102

Read more ...

22 Februari 2017

Wordless Wednesday 70 : Important Things.



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



"The most important things in life are not things."

Read more ...

Konsert Diraja UKM 2017




Assalamualaikum dan salam sejahtera




Pada 18 Februari 2017 yang lalu aku telah menonton persembahan orkestra di Konsert Diraja UKM. Bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia , ianya merupakan suatu persembahan yang setiap tahun dianjurkan.
Pada mulanya , aku bercadang untuk berada di rumah sahaja , berehat tetapi memandangkan pensyarah aku mengajak , jadi aku ikut sahaja. Lagipun rumah maksu aku dengan UKM terlampaulah dekat, apa salahnya aku pergi kan?
Sebelum konsert tersebut, aku telah melihat rehearsal mereka, dan aku hanya sempat melihat latihan daripada Siti Nordiana sahaja. Sangat menarik, aku dapat melihat bagaimana penyanyi berlatih sebelum konsert dengan orkestra. Dapat dilihat juga bagaimana susahnya untuk penyanyi bernyanyi dengan muzik secara langsung.

Ketika Rehearsal Siti Nordiana

Ketika konsert, boleh dikatakn aku menyukai semua persembahan. Susunan muzik oleh Dato Dr Johari Salleh sangat mengagumkan. Walaupun sudah berumur 70 lebih , tetapi beliau mampu menghasilkan susunan muzik yang sangat indah.


Kedudukan ketika konsert berlangsung.


Tahniah semua!! 
Read more ...

Wordless Wednesday 69 : Ways of Testing



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



"Life has many ways of testing a person's will, either by having nothing happen at all or by having every thing happen all at once."

Read more ...

21 Februari 2017

Praktikal Di Istana Budaya 4 | Latihan Bersama OSK




Assalamualaikum dan salam sejahtera



Di edisi ini , aku akan menceritakan tentang Latihan bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan. Sebenarnya aku tak tahu pun ada latihan dengan orkestra , apa yang aku tahu hanyalah ada kelas bersama mentor sahaja. Tiba-tiba keluar notis di papan notis, yang ditulis tentang Latihan OSK bagi bulan Februari. Yang terlibat adalah ahli OSK dan juga pelajar praktikal.

CUAK!!

Siapa sahaja yang tak rasa cuak bila mana kena bermain orkestra bersama orkestra simfoni kebangsaan? Yang mana mereka merupakan pemain profesional dan membuat kesalahan dalam bermain instrumen merupakan sesuatu yang mustahil?
Dapat score lagu pada hari rabu dan pada hari jumaat latihan bermula. Ada masa beberapa hari sahaja untuk berlatih seorang diri. Alhamdulillah , lagu yang diberi tidaklah terlampau berserabut nota muziknya. Latihan bersama OSK bukan hanya dijalankan sehari tetapi 4 hari.
CLARINET !!

Pada mulanya ,aku ingatkan bahawa akan bermain bersama mentor aku , rupanya aku bersendirian bersama rakan clarinet aku. Mentor aku hanya akan berada di tepi dan melihat bagaimana aku bermain. Cuakk!!! Nasib baik ada sesi latihan bersama mentor dan yang pastinya banyak ilmu aku dapat daripada sesi latihan itu.

Jadi , di bawah adalah beberapa gambar daripada sesi latihan pertama bersama OSK



Perasaan kita bersama mereka sangat lain, lain daripada semasa bersama orkestra uitm. Mereka sangat profesional. Conductor juga sangat tegas. Walaupun conductor Uitm orchestra dan OSK adalah yang sama tetapi aku dapat kenal pasti sesuatu yang lain.

Sekian. 

  •  
Read more ...

20 Februari 2017

Permohonan Secara Online Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia bagi Menggantikan Baucer Buku Dibuka Sekarang!



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Seperti mana yang anda sedia maklum , menerusi pengumuman Bajet 2017 yang lalu, Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M Debit) telah menggantinkan baucar buku 1 Malaysia mulai tahun 2017. Pelajar IPTS dan IPTA boleh mendapatkan kad debit pelajar KADS1M dengan memohon secara online menerusi Bank Rakyat mulai 16 Februari 2017.
Kad debit KADS1M adalah cara baru yang lebih selamat berbanding penggunaan Baucar Buku pada tahun sbeelumnya. Kad debit pelajar yang berjumlah RM250 ini hanya boleh digunakan untuk membeli bahan ilmiah sahaja di kedai buku yang terpilih. Berikut adalah cara permohonan online bagi mendapatkan Kad Debit pelajar dibawah kelolaa Bank Rakyat.


Cara Daftar Kad Debit Pelajar Baucar Buku 2017 Online
  • Isi maklumat yang dikehendaki selengkapnya. Jika server slow, akses semula nanti. Ini kerana ramai pengguna sedang mengakses portal pendaftaran Bank Rakyat. Anda dinasihatkan untuk mengakses bukan pada waktu puncak.




  • Selesai mendaftar, pihak Bank Rakyat akan memaklumkan melalui mesej bilakah pemohon boleh mengambil KADS1M tersebut.




Menurut Bank Rakyat, sekiranya anda tidak mempunyai akaun bank rakyat anda tidak perlu membuka akaun baru. Hanya bayaran rm 5 sahaja dikenakan untuk mendapatkan KADS1M. Tujuan kad KADS1M ini diwujudkan untuk mengelakkan segelintir pengguna yang menyalah guna BB1M ini.


Cara Guna Kad Debit Pelajar Ganti Baucar Buku Mulai 2017
  • Pelajar akan diberikan Kad Debit Pelajar KADS1M bernilai RM250. 
  • Kad debit pelajar boleh digunakan dimana-mana kedai buku yang terpilih. 
  • Penggunaannya adalah sama seperti kad debit namun jumlah kad debit pelajar ini terhad untuk jumlah RM250 sahaja. 
  • Hanya pembelian buku, alat tulis, alatan komputer dan akses internet sahaja dibenarkan menggunakan kad debit ini.
Jadi, buatlah permohonan sekarang, selamat membeli-belah ye!. 
Sumber : AfterSchool
Read more ...

19 Februari 2017

Segmen Review Blog Bertuah by www.aerillhassan.com masih berjalan


Assalamualaikum dan salam sejahtera




Alhamdulillah , terima kasih kepada mereka yang telah sudi menyertai segmen ringkas ini. Segmen apa? Masih ramai yang belum tahu tentang segmen review blog ini rasanya. Okay , jadi aku akan jelaskan sekali lagi mengenai segmen ini dan bagaimana segmen ini berjalan.

Tujuan 
Segmen Review Blog Bertuah yang telah dilancarkan pada 12 Februari 2017 bertujuan untuk mencari BLOGGER seramai yang mungkin. Selain dapat mengumpulkan blogger, ia juga untuk mencari blogger dan mengenali blogger baru.
 

 Cara-caranya
Anda perlu ke laman facebook aerillhassan.com , di mana segmen itu hanya berlangsung di laman facebook sahaja. Tidak perlu membuat sebarang entri. Di sana , anda perlu mengikut syarat yang telah diberikan di ruangan POST status tersebut.
    Cara menyertai :-
1. Like page & Follow blog www.aerillhassan.com2. Tinggalkan url LINK BLOG ANDA di ruangan komen status ini sahaja.
3. WAJIB tag 3 rakan anda yang mempunyai BLOG.
4. Selesai.
Semua yang tinggalkan LINK BLOG akan di REVIEW di dalam blog www.aerillhassan.com. Bermakna, semua peserta adalah pemenang segmen ini jika syarat yang telah dinyatakan di atas telah diikut.
Sekian, terima kasih.
Segmen tamat pada 25 Februari 2017. 
 Di atas ini adalah cara-cara menyertai , dan yang paling penting semuanya hanya perlu dilakukan dan TIADA ENTRI BLOG perlu ditulis. Mudah sahaja , hanya perlu TINGGALKAN link blog anda di ruangan komen status tersebut dan tag 3 orang rakan blogger anda di ruangan komen itu juga. 



Bagaimana pemenang di pilih?

Pemenangnya adalah semua yang menyertai segmen ini. Ya , semua blogger yang menyertai segmen review blog ini akan menang. Bermakna , jika anda mengikut syarat-syarat dengan tepat dan betul , maka anda akan tersenarai untuk direview di dalam blog ini.
Siapa yang nak blog di review?
Susah untuk blog kita secara tiba-tiba di review oleh blogger lain , jadi inilah platform yang paling senang untuk anda direview oleh blogger lain , manfaatnya adalah apabila entri review keluar, maka blog anda akan dibaca oleh pembaca blog ini. Selain itu, entri tersebut juga akan di share di google plus , facebook dan lain-lain lagi sekaligus dapat meningkatkan jumlah kunjungan ke blog anda.

Apa lagi tunggu?

Ini lah masanya untuk anda menyertai segmen review blog bertuah. Apa lagi tunggu? Klik mana-mana gambar di atas untuk ke status tersebut , atau KLIK sini untuk terus ke facebook aerillhassan.com

Sekian. 

Read more ...

17 Februari 2017

Tazkirah Jumaat #44 : Trials



Assalamaualaikum dan salam sejahtera


Prophet Muhammed (pbuh) said :

"If Allah wants to do good to somebody, He afflicts him with trials."

Sahih Al Bukhari

Read more ...

Tazkirah Jumaat #43 : Patient


Assalamaualaikum dan salam sejahtera



"It difficult to be patient but to waste the rewards for patience is worse."

- Abu Bakr (r.a)

Read more ...

15 Februari 2017

Wordless Wednesday 68 : Beautiful Life



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



"Dear GOD, thanks for this beautiful life and forgive me is sometimes it seems as if i don't love it enough."

Read more ...

Wordless Wednesday 67 : A happier Life



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


5 tips to live a happier life :

1. Love yourself
2. Do good
3. Always forgive
4. Harm no one
5. Be Positive



Read more ...

13 Februari 2017

First Time



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kali ni nak cerita tentang first time. Apabila tinggal di Kedah ,  bahagian pendalaman, iaitu tempat yg kurang modern berbanding Kuala Lumpur , pelbagai benda baru akan dirasai oleh seseorang yang berhijrah ke bandar.
Contoh terdekat adalah , semalam merupakan pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke kedai Starbucks. Mungkin ada orang akan cakap bahawa di Kedah juga terdapat kedai Starbucks  , tapi aku tak pernah jejakkan kaki kerana aku tak mampu.
Lihat pada senarai harga pun dah boleh buat aku nangis. Aku bukanlah datang daripada keluarga berada yang mampu untuk menghabiskan perbelanjaan untuk harga sebegitu.
Makan dan minum di kedai paling murah menjadi keutamaan. Beli pakaian harga bawah RM10 telah menjadi kebiasaan. Walaupun kadang-kadang tetap membeli pakaian mahal tetapi bukan selalu. Bukan nak tunjuk bahawa keluarga aku hebat , tapi aku nk beritahu situasi sebenar family aku.
Ada kawan- kawan  aku yg pergi mall, shopping barang di kedai yang branded. Aku hanya mampu tengok dan ikut sahaja, nak beli? Mungkin tidak. Aku respek dgn org yg mampu kerana mereka berjaya menjadi seorang yg berjaya.
Tapi buat masa sekarang aku selesa utk berbelanja secara sederhana. Tak perlu ke kedai mahal kalau barang yg kita nak tu ada di kedai murah? Betul tak?
Read more ...

Nak Blog Di Review Secara Percuma? Lihat entri ini ..



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Satu segmen ringkas dan mudah telah dilancarkan di facebook www.aerillhassan.com. Segmen itu adalah segmen review blog bertuah. Bermakna hanya yang bertuah sahaja yang akan direview. Walaubagaimanapun sebenarnya semua peserta akan direview jika mereka mengikut segala syarat yang telah ditetapkan.
Syaratnya mudah , hanya perlu LIKE page tersebut, tinggalkan link url blog anda dan tag 3 rakan yang mempunyai blog. Mudah bukan? Sesiapa sahaja boleh sertai segmen mudah ini.
Kepada anda yang nak blog anda direview secara percuma , boleh klik gambar atau link di atas. Terima kasih.
Read more ...

12 Februari 2017

Giveaway by Fatin Diana


Assalamualaikum dan salam sejahtera




Jemput join , klik gambar.

Syarat syarat :1. Follow semua media sosial dan klik iklan sponsor. *tak ikut syarat, tak masuk dalam list. so please be honest!*2. Buat satu entri "Giveaway by FatinDiana".3. Copy banner dan paste di entri. Jangan lupa backlink ke entri ini.4. Submit link diruang komen. Takkan layan sebarang penyertaan di cbox.
Follow bloghttp://ftndiana.blogspot.my | http://eymasuandworldcraft.blogspot.com/http://nazirahnyerr.blogspot.my/*klik iklan Nuffnang di blog FD dan sponsor*

Like fanpage   

Follow Instagram *kalau takde akaun Insta takpe, masih boleh join :)
Instagram Instagram Instagram Instagram
Instagram

Tolong derma 20sen seorang. Hehe :D
http://bit.ly/2kgjtzi

Hadiah:Portable travel bag by FDBawal pucci by FDPin shawl (10 pcs) by Eymasu (3 pemenang)Jogger pants by Ezyra ClothingMakeup set by Cik Chenta

Tarikh tamat: 10th March 2017, 10pm
Sekian.
Read more ...

Media Sosial




Assalamaualaikum dan salam sejahtera


Banyak aplikasi dan laman web yang menawarkan pelbagai jaringan untuk bersosial. Sama ada yang sudah popular seperti facebook, instagram dan twitter mahupun aplikasi lain , yang hanya popular di kalangan pengguna aplikasi trrsebut sahaja.
Ada sesetengah orang yang menggunakan aplikasi ini dengan cara yg betul. Iaitu di situ tempat utk eratkan silaturahim. Berkenalan dan juga menyanbung kembali persahabatan yg telah terputus.                        
Ada juga yg menggunakannya dengan cara salah. Menggunakan medan aplikasi sebagai tempat untuk menstalk orang lain. Juga menjadi tempat untuk mencari mangsa untuk dijadikan habuan seks.
Macam mana aku tahu? Banyak kes telah berlaku di mana perempuan di tipu di aplikasi tersebut. Ada juga yg menggunakan aplikasi video chat untuk membuat video bersama pasangan secara tidak berakal.
Sebenarnya , sebagai orang yang mampu berfikir , kawalan terhadap nafsu sangat penting. Kadang-kadang setiap perbuatan kita hanya berlandaskan nafsu semata-mata. Solusinya , dekatkan diri kepada Tuhan, in shaa Allah segala-galanya akan menjadi baik. 
Read more ...

11 Februari 2017

Praktikal Di Istana Budaya 3



Assalamualaikum dan salam sejahtera 



Cerita berikutnya tentang aku berpraktikal di Istana Budaya. Setiap seorang daripada kami diberikan mentor. Ianya sama macam konsep mentor mentee ketika di sekolah asrama penuh dahulu. Tapi kali ini secara individu. Setiap seorang dpt mentor yg sama instrument masing - masing.
Aku telah mendapat soerang mentor iaitu pemain clarinet terkenal dan terbaik yang ada di dalam negaraini. Beliau merupakan senior principal dalam orkestra simfoni kebangsaan. Aku harap aku dapat belajar banyak perkara daripada beliau.
Setiap minggu , aku mendapat task untuk dihabiskan. Sebagai contoh , ada latihan khas untuk menguatkan fungsi jari dalam bermain clarinet. Fungsi mentor mentee ini aku lihat sama seperti pelajar dan juga lecturer principal di fakulti. Konsepnya hampir sama.
           


Kalau di fakulti , lecturer nya mengajar kita mengikut masa yg ditetapkan , tetapi di Istana Budaya , masa boleh berubah , mengikut waktu mentor kita , kerana mereka bukanlah lecturer tetapi pemuzik tetap.

Akan bersambung... 
Read more ...

10 Februari 2017

Rupa Didahulukan Bakat Di Lupakan



Assalamualaikum dan salam sejahtera




Kini , lambakan artis baru atau selebriti telah mewarnai industri hiburan negara. Sama ada di bidang lakonan , nyanyian mahupun bidang lain. Tetapi terdapat satu permasalahan dari sudut seni sendiri iaitu bersenikah mereka?

Lakonan , baru-baru ini aku ada terlihat satu drama di tv , yang dilakonkan oleh pelakon hebat tanah air dan juga pelakon baru. Apa yang memeranjatkan adalah pelakon baru tersebut sepertinya bukan berlakon. Hanya dengan rupa paras yang cantik dan kacak sahaja, membuatkan mereka menjadi seorang pelakon. Mungkin dengan adanya kerjasama antara pelakon legend dan juga pelakon baru ini , ianya menjadi satu titik untuk mereka meningkat naik dari segi mutu lakonan.
Tetapi masih ada drama lain yang hanya mempertaruhkan bakat baru yang kelihatannya tiada bakat tetapi hanya rupa. Degan naskhah drama yang diperolehi daripada novel cinta cintun yang sememangnya menjadi kegilaan remaja dan rakyat Malaysia sekarang, apakah semua ini?

Nyanyian , baru-baru ini aku ada melihat satu rancangan hiburan di tv, seorang penyanyi (digelar penyanyi walaupun baru mengeluarkan satu single) bernyanyi secara live di dalam rancangan tersebut. Ketika beliau menyanyi, aku terpaksa tukar rancangan lain. Ianya tidak lain tidak bukan kerana nyanyian yang sangat hauk. Lebih baik dan merdu peserta-peserta ujibakat rancangan nyanyian realiti lain yang tidak dapat masuk rancangan itu.

Bakat Boleh Diasah.

Betul , bakat boleh diasah, tetapi bakat yang masih tumpul dan berkarat , perlukah ianya di jual? Apa yang aku lihat , walaupun mereka ini bakatnya sebegini , tetapi penerimaan pengikut dan peminat mereka umpamanya dibutakan dan dipekakkan telinga.

"In shaa Allah , tahun depan di Anugerah Juara Lagu , si polan ini akan menang vokal terbaik." 
 Kenyataan yang sangat meyakinkan daripada peminat bakat tersebut. Sangat yakin bahawa itu vokal terbaik di negara kita.

Aku rasa punca pertama adalah rakyat yang tidak berpengetahuan. Rakyat atau netizen perlu di beri pengetahuan dengan lebih mendalam tentang seni. Sama ada seni muzik mahupun seni lakonan. Bila netizen dan terpelajar maka mereka dapat memilih dan mengerti maksud sebenar seni tersebut. 
 Sekian.

Read more ...

Tazkirah Jumaat #42 : Women

Assalamualaikum dan salam sejahtera


"The women are not gament you wear and undress however you like. They are honoured and have their rights." - Umar Ibn Khattab R.a

Read more ...

Tazkirah Jumaat #41 : ON THE JUDGEMENT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


The Prophet Muhammad S.A.W said : THE NEAREST OF YOU TO ME ON THE JUDGEMENT WILL BE THE ONE WHO IS BEST IN CHARACTER. - Bukhari.

Read more ...

9 Februari 2017

Malaysia Oh Tanah Airku




Assalamualaikum dan salam sejahtera



Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaya saing. Aku masih ingat lagi ketika kecil , dimana ada pertandingan mewarna dan aku masuk. Lukisan yang diberikan adalah gambar Malaysia ketika tahun 2020. Di dalam lukisan tersebut terdapat kereta terbang , LRT dan pelbagai lagi bangunan tinggi yang menunjukkan bahawa Malaysia sangat-sangat maju.

2017 - 3 TAHUN LAGI SEBELUM 2020

Malaysia ketika ini masih lagi dalam arus pembangunan tetapi sangat perlahan. Dengan ekonomi yang semakin tenat. Bagaimana untuk kita mencapai target yang telah ditanamkan dalam setiap diri rakyat Malaysia? Bangunan tinggi sudah nampak tetapi hanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur sahaja, bagaimana dengan bandar-bandar lain?

Aku boleh katakan bahawa negara Korea Selatan merupakan negara yang sangat pesat membangun. Di zaman yang kononnya ekonomi dunia merosot , mereka masih lagi boleh berkembang maju. Penduduk mereka semakin merasa nikmat ekonomi mereka yang semakin pesat. Mereka semakin maju dan maju.

MALAYSIA OH TANAH AIR KU
Pembangunan di negara kita masih lagi berlaku tetapi ianya tidak seimbang. Pemimpin dan pentadbir negara lebih sibuk untuk berlawan membuktikan penguasaan masing-masing di dalam parlimen tetapi melupakan rakyat di bawah. Bila tiba waktu pilihan raya , semuanya baru nak turun padang sedangkan selama ini , padang pun tak pernah di jejaki.

Aku berdoa supaya negara kita , Malaysia ini akan bertukar wajah dalam masa terdekat. Biarlah sesiapa sahaja yang menjadi pentadbir , tetapi masa depan leih penting. Di harap supaya para pemimpin dapat menggunakan akal yang diberi untuk menajdi pemimpin sebenar dan bukan hanya boneka yang hanya berkata-kata apabila dicuit. 
 Sekian , terima kasih.
Read more ...

8 Februari 2017

Wordless Wednesday 66 : Life is Short.



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



"Life is short. Break rules, forgive quickly, kiss slowly, love truly, laugh uncontrollably, and never regret anything that made you smile."

Read more ...

Wordless Wednesday 65 : Star



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


"Stars can't shine without DARKNESS."

Read more ...

7 Februari 2017

Sebar Benda Yang Tak Patut




Assalamualaikum dan salam sejahtera




Pada masa kini , penyebaran fitnah berlaku secara berleluasa. Ya , mungkin orang pada zaman sekarang mengenali perbuatan itu sebagai menipu tetapi hakikatnya ianya adalah fitnah.
Dengan wujudnya media sosial yang tiada batas , sesiapa sahaja mampu memberi maklumat sama ada maklumat itu benar atau tidak. Seperti kes baru-baru ini di twitter, ada seorang mamat ini menyebarkan kononnya 4 keping gambar tempat iaitu kampung warna warni terletak di Pulau Pinang.
Mendapat ribuan retweet dan like , kemudian setelah beberapa waktu berjalan , pemilik sebenar gambar tersebut menyatakan bahawa gambar tersebut berasal daripada negara jiran iaitu Indonesia. Bukankah itu fitnah?

Itu hanyalah contoh sahaja, tetapi lebih banyak fitnah yang berlaku di luar sana. Sama ada di facebook, twitter mahupun media sosial yang lain. Mengapa manusia zaman sekarang sanggup menyebarkan sesuatu yang masih belum diketahui kesahihannya?

Kadang-kadang, surat khabar ataupun berita juga tidak boleh dipercayai kerana ianya mungkin satu penipuan.

Jika di universiti , untuk membuat penyelidikan ataupun research memerlukan seseorang penyelidik itu untuk mengetahui daripada mana sumber fakta yang diperolehi supaya faktanya valid dan tepat, sebegitu juga perlu dilakukan oleh mereka yang ingin menjadi menyebar berita.

Anda lupa pada cerita Mami Jarum? Bila mana dia ingin menjadi orang pertama yang menyebar berita tentang sesuatu perkara,akhirnya keluarga sendiri yang porak peranda. 

 Sekian ,terima kasih.

Read more ...

6 Februari 2017

Praktikal Di Istana Budaya 2




Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Ini adalah edisi kedua berkenaan cerita aku praktikal di Istana Budaya. Kita bermula dengan hari pertama. Hari pertama aku praktikal , aku di bawa ke bangunan Istana Buday 2. Baru aku tahu bahawa ada dua istana budaya. Hahaha. Di Istana Budaya 2 , dii situ terletaknya pejabat pengurusan dan pentadbiran serta tempat bagi Orkestra Tradisional Malaysia.
Jadi , hari pertama dimulakan dengan menguruskan penempatan pelajar praktikal di setiap bahagian. Macam aku dengan kawan-kawan aku , kami diletakkan di bahagian muzik. Di bahagian muzik pula terbahagi kepada dua iaitu Orkestra Simfoni Kebangsaan dan juga Orkestra Tradisional Malaysia.
Penempatan kepada dua bahagian ini ditentukan melalui alat muzik masing-masing. Macam aku , instrument yang aku belajar tergolong dalam orkestra simfoni kebangsaan. Kawan aku , dia bermain set drum , jadi dia ke bahagian Orkestra Tradisional Malaysia.
Kami semua di beri kad akses yang berfungsi memberi akses ke semua pintu masuk di dalam Istana Budaya. Orkestra Simfoni Kebangsaan berpangkalan di Istana Budaya satu, jadi selepas ini aku hanya perlu ke Istana Budaya 1 sahaja  dan tidak perlu ke bangunan satu lagi.
Kad akses tersebut ada tulis PRAKTIKAL jadi , itulah yang membezakan antara pekerja dengan pelajar praktikal di sini. Selain itu, tempat untuk punch card juga diberitahu oleh pekerja di pejabat pngurusan.

Selanjutnya, nantikan cerita dalam entri berikutnya.. 
Read more ...

5 Februari 2017

Pemenang Giveaway New Year by www.aerillhassan.com




Assalamualaikum dan salam sejahtera



Alhamdulillah , syukur ke hadrat Ilahi kerana sudah tiba masanya untuk pengumuman pemenang giveaway yang baru diadakan dan tamat beberapa hari yang lalu. Terima kasih diucapkan kepada para sponsor yang sudi memberikan sumbangan mereka sebagai sponsor untuk giveaway ini.
Pemenang bagi hadiah-hadiah berikut adalah :-


Berus & Shoe Horn RM 30 x 1 dari Jepun oleh Muhammad Khairuddin Lim




Meringue Kisses Choc RM 10 per jar x 2 oleh Shaidatul Aireen









Topup Bernilai RM30 x 2 oleh Jun Zie







 Topup RM10 x 2 oleh Unni Anje






Topup Maxis RM10 x 2 oleh Belogs JM









"Kepada para pemenang , anda diminta memberikan butiran anda di akaun facebook AerillHassan.com dengan kadar segera. Jika lambat lebih daripada 3 hari , maka pemenang baru akan dipilih.

Sila berikan butiran berikut :-

Nama :
Link Entri :
Hadiah yang dimenangi :

Butiran selanjutnya akan diberitahu di dalam mesej facebook kelak.

Terima kasih kepada semua peserta dan tahniah kepada yang memenangi giveaway kali ini. In shaa Allah , jika ada masa lagi , giveaway akan datang akan dijalankan dalam beberapa bulan akan datang. Kepada para sponsor , terima kasih banyak-banyak.
 Sekian , terima kasih.



Read more ...