22 Februari 2017

Konsert Diraja UKM 2017




Assalamualaikum dan salam sejahtera




Pada 18 Februari 2017 yang lalu aku telah menonton persembahan orkestra di Konsert Diraja UKM. Bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia , ianya merupakan suatu persembahan yang setiap tahun dianjurkan.
Pada mulanya , aku bercadang untuk berada di rumah sahaja , berehat tetapi memandangkan pensyarah aku mengajak , jadi aku ikut sahaja. Lagipun rumah maksu aku dengan UKM terlampaulah dekat, apa salahnya aku pergi kan?
Sebelum konsert tersebut, aku telah melihat rehearsal mereka, dan aku hanya sempat melihat latihan daripada Siti Nordiana sahaja. Sangat menarik, aku dapat melihat bagaimana penyanyi berlatih sebelum konsert dengan orkestra. Dapat dilihat juga bagaimana susahnya untuk penyanyi bernyanyi dengan muzik secara langsung.

Ketika Rehearsal Siti Nordiana

Ketika konsert, boleh dikatakn aku menyukai semua persembahan. Susunan muzik oleh Dato Dr Johari Salleh sangat mengagumkan. Walaupun sudah berumur 70 lebih , tetapi beliau mampu menghasilkan susunan muzik yang sangat indah.


Kedudukan ketika konsert berlangsung.


Tahniah semua!! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.