9 Februari 2017

Malaysia Oh Tanah Airku




Assalamualaikum dan salam sejahtera



Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaya saing. Aku masih ingat lagi ketika kecil , dimana ada pertandingan mewarna dan aku masuk. Lukisan yang diberikan adalah gambar Malaysia ketika tahun 2020. Di dalam lukisan tersebut terdapat kereta terbang , LRT dan pelbagai lagi bangunan tinggi yang menunjukkan bahawa Malaysia sangat-sangat maju.

2017 - 3 TAHUN LAGI SEBELUM 2020

Malaysia ketika ini masih lagi dalam arus pembangunan tetapi sangat perlahan. Dengan ekonomi yang semakin tenat. Bagaimana untuk kita mencapai target yang telah ditanamkan dalam setiap diri rakyat Malaysia? Bangunan tinggi sudah nampak tetapi hanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur sahaja, bagaimana dengan bandar-bandar lain?

Aku boleh katakan bahawa negara Korea Selatan merupakan negara yang sangat pesat membangun. Di zaman yang kononnya ekonomi dunia merosot , mereka masih lagi boleh berkembang maju. Penduduk mereka semakin merasa nikmat ekonomi mereka yang semakin pesat. Mereka semakin maju dan maju.

MALAYSIA OH TANAH AIR KU
Pembangunan di negara kita masih lagi berlaku tetapi ianya tidak seimbang. Pemimpin dan pentadbir negara lebih sibuk untuk berlawan membuktikan penguasaan masing-masing di dalam parlimen tetapi melupakan rakyat di bawah. Bila tiba waktu pilihan raya , semuanya baru nak turun padang sedangkan selama ini , padang pun tak pernah di jejaki.

Aku berdoa supaya negara kita , Malaysia ini akan bertukar wajah dalam masa terdekat. Biarlah sesiapa sahaja yang menjadi pentadbir , tetapi masa depan leih penting. Di harap supaya para pemimpin dapat menggunakan akal yang diberi untuk menajdi pemimpin sebenar dan bukan hanya boneka yang hanya berkata-kata apabila dicuit. 
 Sekian , terima kasih.

1 ulasan:

  1. Salam perkenalan.. blogwalking, done follow blog ini dan klik iklan menarik di sini. :). sama2x la kita doakan yg terbaik utk malaysia negara tercinta kita. :)

    BalasPadam

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.