21 Februari 2017

Praktikal Di Istana Budaya 4 | Latihan Bersama OSK




Assalamualaikum dan salam sejahtera



Di edisi ini , aku akan menceritakan tentang Latihan bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan. Sebenarnya aku tak tahu pun ada latihan dengan orkestra , apa yang aku tahu hanyalah ada kelas bersama mentor sahaja. Tiba-tiba keluar notis di papan notis, yang ditulis tentang Latihan OSK bagi bulan Februari. Yang terlibat adalah ahli OSK dan juga pelajar praktikal.

CUAK!!

Siapa sahaja yang tak rasa cuak bila mana kena bermain orkestra bersama orkestra simfoni kebangsaan? Yang mana mereka merupakan pemain profesional dan membuat kesalahan dalam bermain instrumen merupakan sesuatu yang mustahil?
Dapat score lagu pada hari rabu dan pada hari jumaat latihan bermula. Ada masa beberapa hari sahaja untuk berlatih seorang diri. Alhamdulillah , lagu yang diberi tidaklah terlampau berserabut nota muziknya. Latihan bersama OSK bukan hanya dijalankan sehari tetapi 4 hari.
CLARINET !!

Pada mulanya ,aku ingatkan bahawa akan bermain bersama mentor aku , rupanya aku bersendirian bersama rakan clarinet aku. Mentor aku hanya akan berada di tepi dan melihat bagaimana aku bermain. Cuakk!!! Nasib baik ada sesi latihan bersama mentor dan yang pastinya banyak ilmu aku dapat daripada sesi latihan itu.

Jadi , di bawah adalah beberapa gambar daripada sesi latihan pertama bersama OSK



Perasaan kita bersama mereka sangat lain, lain daripada semasa bersama orkestra uitm. Mereka sangat profesional. Conductor juga sangat tegas. Walaupun conductor Uitm orchestra dan OSK adalah yang sama tetapi aku dapat kenal pasti sesuatu yang lain.

Sekian. 

  •  

2 ulasan:

  1. Pengalaman yang terbaik.... teruskan usaha menjadi pemain Clarinet yang terbaik...

    BalasPadam
  2. Good luck.

    Jom exchange blog link, http://lynk.my/w1cm

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.