7 Februari 2017

Sebar Benda Yang Tak Patut




Assalamualaikum dan salam sejahtera




Pada masa kini , penyebaran fitnah berlaku secara berleluasa. Ya , mungkin orang pada zaman sekarang mengenali perbuatan itu sebagai menipu tetapi hakikatnya ianya adalah fitnah.
Dengan wujudnya media sosial yang tiada batas , sesiapa sahaja mampu memberi maklumat sama ada maklumat itu benar atau tidak. Seperti kes baru-baru ini di twitter, ada seorang mamat ini menyebarkan kononnya 4 keping gambar tempat iaitu kampung warna warni terletak di Pulau Pinang.
Mendapat ribuan retweet dan like , kemudian setelah beberapa waktu berjalan , pemilik sebenar gambar tersebut menyatakan bahawa gambar tersebut berasal daripada negara jiran iaitu Indonesia. Bukankah itu fitnah?

Itu hanyalah contoh sahaja, tetapi lebih banyak fitnah yang berlaku di luar sana. Sama ada di facebook, twitter mahupun media sosial yang lain. Mengapa manusia zaman sekarang sanggup menyebarkan sesuatu yang masih belum diketahui kesahihannya?

Kadang-kadang, surat khabar ataupun berita juga tidak boleh dipercayai kerana ianya mungkin satu penipuan.

Jika di universiti , untuk membuat penyelidikan ataupun research memerlukan seseorang penyelidik itu untuk mengetahui daripada mana sumber fakta yang diperolehi supaya faktanya valid dan tepat, sebegitu juga perlu dilakukan oleh mereka yang ingin menjadi menyebar berita.

Anda lupa pada cerita Mami Jarum? Bila mana dia ingin menjadi orang pertama yang menyebar berita tentang sesuatu perkara,akhirnya keluarga sendiri yang porak peranda. 

 Sekian ,terima kasih.

2 ulasan:

  1. Setuju, ramai yang memilih untuk menekan butang share tanpa mengkaji sesahihan cerita.

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.