6 Mac 2017

Apakah itu Ubat Gegat?


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aku baru sahaja kembali ke rumah sewa. Apa yang mengecewakan adalah apabila ketika sedang mencuci rumah , keluarlah beberapa jenis makhluk perosak yang juga menjadi enghuni tidak berbayar di rumah sewa aku. Aku bukanlah seorang yang menggelikan binatang perosak, aku cuma tak mahu hidup bersama binatang itu sahaja. Semua orang tahu bahawa makhluk ini membawa penyakit.

Apa itu Ubat Gegat atau Naphtalene ?



NAFTHALENE merupakan sejenis bahan kompaun organik yang lazim kita dengar ketika belajar dulu. Bahan ini memang sering kita gunakan dirumah sebagai bahan penghalau serangga didalam almari baju iaitu UBAT GEGAT sebagai salah satu daripada kegunaannya (Lihat foto diatas). Ubat gegat atau dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai 'Mothball' ini mampu menghapuskan serangga ini diperingkat larva. Umum mengetahui serangga ini dari menrosakkan pakaian (textiles)yang kita simpan terutama didalam almari kayu. Harga ubat gegat ini sangat murah dan mudah didapati dikedai-kedai runcit dan didapati sangat berkesan menjamin pakaian kita tidak rosak. Tetapi ramai diantara kita mungkin tidak tahu akan kandungan bahan kimia yang terkandung didalam ubat gegat tersebut. Pembacaan saya dari beberapa buku dan laman web mendapati menyatakan bahan utama dalam ubat gegat adalah Nafthalene. Bahan ini mempunyai formula C10H8 yang ujud didalam bentuk gas dan juga bentuk pejal. Ia mempunyai bau atau aroma yang kuat sehingga boleh diukur dengan kekuatan sebanyak 0.08 ppm mass. 
Nafthalene merupakan satu produk berasaskan petrol iaitu dalam bentu 'Cincin Benzin' seperti foto disebelah. Dari segi kimia, gabungan dua atau lebih cincin benzenoids ini dikenali dengan nama 'polycyclic aromatic hydrocarbon' atau ringkasnya PAH yang tidak berapa kompleks bentuknya. Lazimnya bahan pejal nafthalene berwarna putih sementara jika didalam bentuk gas ia mempunyai bau amat kuat. Rujukkan daripada sumber wikipedia mendapati, kebanyakan produk nafthalene adalah dihasilkan daripada bahan 'coal tar' walau pun ada juga dihasilkan daripada proses penapisan minyak petrol dan ia semakin berkurangan dibuat. Beberapa sifat atau ciri nafthalene diman warna asalnya daripada putih, jernih sehingga kepada warna coklat. Ia akan menjadi gas pada tekananan 0.087 mmHg dan mempunyai berat molikular padda kadar128.18 g/mol. Bahan ini juga mempunyai kadar larut dalam air pada 3 miligram/1 liter air pada keadaan suhu bilik.
Dalam pertanian dan kegunaan dirumah, bahan nafthalene paling luas digunakan untuk setor simpanan bagi mengawal serangga perosak atau cloth moths (Tineolla biselliela) yang merosakan pakaian (Lihat foto sebelah). Penggunaan ubat gegat mengandungi bahan nafthelene dapat menghindarkan serangan perosak ini didalam tempat simpanan seperti dalam almari. Bauh kuat yang dikeluarkan daripada bebola ubat gegat menghalang kehidupan perosak ini. Nafthalene juga merupakan bahan penting bagi mengawal perosak tupai (squirel), Kelawar (Bats) dan juga haiwan perosak lain didalam dusun buah-buahan jika diamalkan teknologi atau cata penggunaannya. 




9 ulasan:

  1. tak pernah guna lagi ubat gegat ...tapi baunyaa kuat

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg tu salah satu kelemahannya, pencemaran bau hehe

      Padam
  2. selalu guna, tapi buanya kuat sangat

    BalasPadam
  3. Baru letak beberapa biji dalam almari... semut tak lari pun, tapi lipas tak ada lah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke? saya letak alhamdulillah , binatang perosak semakin hilang dari pandangan.

      Padam
  4. saya letakkan dalam almari baju untuk elakkan lipas.
    Ada ubat gegat yang berwarna-warni. Kena berhati-hati letak kat rumah, tambah-tambah yang ada anak kecil, takut dikatanya gula-gula

    BalasPadam

The author will be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.